Thursday, May 3, 2018

hari cuti umum


Image result for hari buruh



semalam hari cuti umum. hari buruh.. alhamdulillah dapat cuti. tapi bila kita bergelar isteri dan ibu mana kan hari buruh itu mampu untuk dimanfaatkan untuk merehatkan diri. tidak apa la.. kerana kasih dan sayang haruslah berkorban untuk terus berkhidmat untuk keluarga yang tersayang. selagi nyawa dikandung akan setia terus berkhidmat untuk mereka.. amanah dari Allah... 

pukul 7am dah start buat kerja rumah. basuh kain.. kemas rumah dan dapur. sapu halaman rumah dari daun2 kering dan pasir2 halus. selesai itu mop lantai.. buang segala habuk. fuhhh.. lega semua nya sudah siap. lepas tu sambung pulak lipat kain di ruang tamu sambil melayan tv. sambil melayan telefone.. maka dengan itu hampir 2jam la mengadap ke kain baju. 

jam sudah menunjukan pukul 2pm.. jom la kita melangkah kedapur untuk memasak. aduhh malasnya nak masak. dari malas2.. siap potong2 semua.. capai santan dalam peti ais maka terjadilah ayam masak lemak.. geledah lagi jumpe kacang botol. dengan pantas terus aku buat kacang botol goreng dan sambil2 tu buat ikan bilis sambil kering. 

lepas siap masak terus makan . aduhai sedap pulak gabungan ayam masak lemak + kacang botol goreng + ikan bilis sambal goreng kering2. makan dengan nasi panas2. last2 terus tambah 2 kali nasi nya.. aduhai kenapa la bila cuti je begini tahap kelaparan nya?? lapar atau masak sedap?? hihi. xpe la.. janji rasa ada semua cukup.... memang tambah 2 kali la =) =)