Friday, May 25, 2018

Anak ke tiga part 4




terima kasih sangat2 dekat husband sebab support aku masa aku down. lagi pun tu anak dia jugak.. so kena la sama2 susah dan senang. bersyukur sebab dikurniakan suami yang sama2 jaga anak. dari anak 1st lagi sampai anak ke 3 dia ok je kalau kena jaga anak. dan selepas 1 minggu iffat pun boleh discharge balik umah. Alhamdulillah semua nya ok sahaja. tu la bila kita xnak dan xredha dengan rezeki yang Allah berikan dia datangkan kita dengan ujian berbentuk kasih sayang.

bersyukur dengan semua yang ada dan alhamdulillah kehidupan semakin okey. dan sekarang sayang nya dekat muhammad hasif iffat tu sangat2 mendalam. dia anak yang sangat2 mendengar kata. suruh je buat apa semua dia akan tolong. paling cair bila tengah marah2 dia lemparkan senyuman.. oh cair nya... lepas tu sibuk nak cium2 pujuk kita. lepas kena kiss pipi ingat mama boleh la nak marah lama2. xde maknya nya.. hati terus cair. anak2 semua da besar2 sikit.. bersyukur =)

lagi 1 perangai iffat ni.. bila datang dia nak bercakap dengan kita.. dia akan tolak kepala kita suh tengok dia. sungguh2 dia kan tolak kepala.. kuat betul tenaga dia. haha. dia pandai masuk kan baju kotor dalam bakul.. buang pampers dalam tong sampah. lepas tu aku jenis kalau lepas sampai umah amek anak2 dari umah pengasuh aku terus siap2 kan beg anak2 nak ke rumah pengasuh esoknya.. baju2 kotor yang aku kuakan letak kat lantai.. jap2 lagi iffat la yang tolong kutip

emmm tu la... rezeki Allah dia tau.. kita xberapa nak suka itu.. dia beri kita ujian supaya kita akan lebih sayang anak tu. dan dia mudahkan semasa proses mengandung dan bersalin kan anak tu jugak. adil kan Allah.. cantik percaturan Nya.. Dia tahu bila masa yang sesuai untuk bagi sesuatu. jadi apa pun percaturan yang telah disediakan oleh Allah berlapang dada la dalam menerima nya. berusaha dan berdoa semoga semuanya baik2 sahaja.. mama sayang anak2 mama. hana.. iman dan iffat. dan sekarang mama nak berehat sekejap.. hihi.. bagi iffat jadi adik lama2 sikit =)