Tuesday, May 8, 2018

Anak ke tiga part 3




lepas dah dapat katil semua.. datang la staff nurse setting kan semua wayar2 dan oksigen dekat badan anak aku. huhu.. sedih masa tu lemah je. lepas semua2 siap.. datang pulak doctor houseman (HO) tanya semua sejarah apa benda. dan aku pun terangkan. dia banyak terangkan kat aku.. kalau disebabkan virus ok lagi.. kalau bakteria kena alert sikit.. sebab bacteria jahat.. dia boleh main cak2. lepas doctor HO buat pemeriksaan.. datang pulak doctor medical officer (MO).. lepas semua nya selesai.. tiba part malam.. doctor pakar kanak2 pulak round ward ditemani doctor2 HO n MO. dan aku dengar dia kata anak aku suspect pertussis iaitu batuk kokol,

dan ini lagi membuatkan aku lemah selemah lemah nya... aku cemas.. aku sedih... nasib ada suami yang tenangkan aku masa tu. xsampai sehari duduk dalam ward HDU.. terus kena transfer ke ward kuarantin sebab penyakit tu berjangkit. so bermalam la aku malam tu dekat bilik jauh kebelakang. bilik2 kuarantin semua nya ada penghuni. suami tak dibenarkan untuk teman.. alahai da la kebelakang bilik nya.. lepas tu berdua pulak dengan anak. nasib anak aku xmeragam menangis. dia tenang je dalam tu. alhamdulillah sangat2. so hati aku pun xde la fikir yang bukan2. dan aku pun dapat la bertenang.. dan boleh tidur dengan baik.

disebabkan dah disyaki pertussis jadi kes kena dilaporkan kepada kementerian kesihatan. waktu petang tu datang la staff dari kementerian kesihatan untuk menjalankan siasatan kenapa semua. dia kata penyakit ni penyakit berjangkit yang bahaya. dan masih terkawal oleh kementerian. so sebab tu kena laporkan. dia kata ada sorang pesakit tu.. dia duduk ICU dekat atas. langsung xboleh menyusu semua.. terus aku bersyukur.. sekurang2 nya anak aku masih lagi doctor benarkan untuk menyusu jugak. mereka bekal kan ubat antibiotik supaya siapa yang tinggal di rumah tersebut xterkena jangkitan. kena prevent dari merebak

tapi aku macam lega sikit.. sebab diaorang kata macam bukan pertussis tapi kena jugak amek langkah berjaga2. xpela sekurang2 nya ada sedikit kelegaan. dan anak aku kena amek sampel dari hidung dan kahak untuk dihantar ke makmal..keputusan nya selama 1 bulan selepas dari tarikh sample dihantar. disebab kan anak aku biru 2 kali dekat hospital sabak bernam.. aku nak pergi toilet pun semua cepat2. sebab fobia jugak dengan situasi tu. dekat hospital teluk intan pun sama.. pernah jugak 1 kali dia biru lepas dia menyusu.. dia batuk2.. tapi nasib baik xjadi apa2.. lepas bagi oksigen perlahan2 dia okey.

tidur malam aku selama 1 minggu dekat sana xtenang pun sebab setiap 3 atau 4 jam dia akan terjaga untuk menyusu. suami aku amek cuti..pendek kata dia EL..sbb cuti xde da.. sebab aku masa tu memang tengah down sangat2.. perlukan sokongan dia untuk terus pandang ke hadapan. dan kehadiran dia hari2 datang melawat sedikit sebanyak lega jugak la. aku masa dalam hospital tu memang xlalu la nak makan. yang aku leh telan.. sarapan pagi je.. air milo n biskut. nasi memang xlalu nak makan.. susah sangat2 nak telan.