Saturday, May 26, 2018

berdikari





zaman sekarang ni kita sebagai perempuan memang kena berdikari sedikit.. xboleh nak harapkan suami 100%. contoh nya kita kena pandai memandu kereta. bukan apa bila melibatkan hal2 emergency xkan nak tunggu orang lain untuk bawak kereta. disamping tu kehidupan seharian pasti akan mudah dan berjalan secara baik.

aku masa mula2 kawin memang xpandai pun nak bawak kereta. memang takut.. memang harapkan suami je nak g mana2. reti pun bawak motor. lepas 3 bulan kawin disahkan pregnant. kerja pulak shift masa tu. suami kerja naik tren.. so memang stress sebab susah nak arrange kehidupan. last2 bagitau husband nak amek lesen memandu.

sebelum pregnant pergi balik kerja baik motor sendiri2 je. lepas da kandungan masuk 4 bulan macam risau je nak naik motor so buat la lesen kereta. nasib baik kereta suami kereta auto so senang la nak bawak kan. masa tu bayar sikit2 sebab lesen kereta da rm1000 lebih okey.. pengsan nak bayar. huhu. dan masa amek lesen dipermudahkan.

alhamdulillah senang bila da ada lesen kereta ni. nak pergi mana bagitau husband je.. bila dia kata okey terus start kerja dan jalan. berbaloi2 rasanya bila reti bawak kereta. pernah jugak terjadi kes emergency.. husband semput.. malam2 kul 2 pagi angkut semua anak2 pergi ke hospital. so bukan apa.. kita gunakan dia kearah kebaikan sahaja.

bila kita sedikit berdikari maka kita lebih berani untuk menghadapi saat2 terjadinya kesusahan tu. kita boleh berpijak di atas kaki sendiri. sebab langit xsemestinya akan cerah selamanya. jadi kena la sediakan payung sebelum hujan membasahi bumi. sebab hidup di atas bumi ni.. akan ada ujian.. mesti ada.. walau xbanyak pasti akan ada...