Tuesday, May 8, 2018

Anak ke tiga part 2

Lega bila kali ke2 anak aku kena admit cuma untuk 3 hari je. kuning dia turun ke paras untuk keluar ward.... tapi last2 sekali doctor kata anak aku prolong jaundices. so kena datang pada hari ke sekian2 untuk hantar sampel air kencing dan amek darah.  alhamdulillah tiada apa2 yang serius selepas 1 bulan dari tu. tapi bukan setakat tu ujian yang aku kena hadapi. masa dia umur 43 hari dia kena batuk dan selsema yang sampai bila menyusu dia muntah.

malam tu pukul 1 pagi aku bawak dia ke emergency dekat hospital sabak bernam ditemani ayah aku. selepas buat penyaringan doctor menasihatkan untuk aku admit.. sebab paru2 dia macam ada dot sikit. emm pada mula nya aku tolak sebab dah nak balik shah alam 2 hari lagi.. ingat nak follow up dengan doctor dekat kpj selangor je. doctor pakar kanak2. dan xsangka anak aku teruk jugak selsema dan batuk dia sampai berkahak.

Allah masa tu rasa xpijak tahan kaki ni.. rasa macam ni kenapa anak aku kena tanggung semua ni. kenapa aku yang xredha akan kehadiran dia.. Allah datang diakan ujian yang macam ni. masa tu rasa sayang dekat dia semakin kuat dan ukuh. semakin rasa ye.. ni anak aku.. aku kena jaga dia dengan penuh kasih sayang. kena bagi dia perhatian yang baik. sebab dia anak aku.. yang aku kandungkan selama 9 bulan. bawak sana sini.. 

keesokan hari..dia menangis. aku bagi dia susu.. aku penat sangat2.. lepas aku menyusukan dia..aku terus letak dia dan aku rasa nak tidur sekejap tapi tiba2 dia macam xselesa.. dan tiba2 dia biru. bergegas doctor dan misi datang untuk lihat. doctor bawak anak aku ke bilik pemeriksaan. aduhai apa yang terjadi ni.. kenapa anak aku. hospital sabak bernam ni hospital daerah. mereka2 semua doctor medical officer. pakar datang sekali sekala dan bila ada appointment sahaja. 

aku dengar doctor call  doctor dekat hospiatl teluk intan. dengar dia menerima arahan. dan dia dengan tenang cakap.. kalau sekali lagi anak puan biru.. kita kena transfer puan ke hospital teluk intan. sana ada doctor pakar. sini xde. aku tahu.. sebab aku kerja hospital.. masa tu aku da runsing da.. alahai.. jauh nya dari sabak nak ke sana tu. sedihnya. macam xnak hadapi da semua ni.. macam nak lari. lepas satu2 dugaan kena hadapi

doctor terus pasang oksigen dekat anak aku.. doctor kata dia kena pakai oksigen sebab oksigen dia xsampai 100%. dah la baru lepas kena kuning.. tup2 kena pakai lagi semua2 tu. emmm. sedihnya. selepas 1 jam anak aku macam batuk2 dan dan aku nampak biru jugak.. terus aku panggil doc... doctor kata.. kita memang kena ke teluk intan. xboleh tunggu2 dah ni.. dia uruskan urusan transfer semua.. kena naik ambulance  

masa proses transfer tu.. aku xhenti2 menangis.. xhenti2 tanya doctor mintak kepastian akan tahap kesihatan anak aku. anak aku kenapa. dan apa diagnosis dia. tapi doctor xbagi jawapan yang tepat lagi.. dia kata sabar tunggu sampai teluk intan. yang ikut aku dalam ambulance tu 1 orang doctor.. 1 orang nurse.. da 2 minit berjalan.. tangki oksigen pulak x berfungi pulak. terpaksa berpatah balik. dari anak aku da tenang tidur.. terus mengamuk2.

doctor masa tu agak marah.. kerana ada sedikit kerosakan dan patient dia terus menangis, aku apa lagi... memang menangis xhenti2 la.. dan tiba2 nurse tu cakap " kalau ibu nangis macam mana anak ank tenang.. ibu kena kuat "terus aku kesat air mata dan baca ayat kursi berulang kali. sungguh xterdaya aku tengok anak aku macam tu.

doctor bacaan oksigen pesakit 78%.. 89%.. 90%... turun 80%.. aku nampak kepala doctor tu geleng2. Ya Allah.. sungguh berat aku rasakan. perasaan bersalah semakin menebal dalam hati aku. maaf kan mama adik. sebab mama adik kena macam ni. selepas hampir 20 minit tiba la di hospital teluk intan. sampai2 disana.. aku ingat kena pergi emergency dulu.. tapi silap.. diaorang da sediakan semuanya. anak aku ditempatkan di ward kanak2.. bahagian HDU.

selesai aku mendaftar semuanya.. oh masa tu suami ada bergegas balik dari shah alam untuk sama2 memberi semangat. sebab aku masa tu tengah down sangat2. lepas siap urusan pendaftaran. terus gerak ke ward kanak2. sampai2 dekat sana.. doctor pass report. sekian dan sekian.. yang aku dapat tangkap.. anak aku di diagnosis acute pneumococcal. masa aku dengar tu.. terus dada berdebar2... alahai kesian nya anak aku.....




0 comments: