Monday, May 7, 2018

Cuti panjang-sabak bernam





Tak lama lagi dah nak dekat mengundi. Sebenarnya ni rezeki dari Allah. Sebab selalu fikir nak cuti lama2 jaga mak ,  dan alhamdulillah Allah permudahkan jua. Kebetulan 11-13hb may pengasuh mintak cuti sebab ada kenduri kahwin. so dari bulan 1 dah apply dah cuti siap2 dah. dan xlama tu dalam bulan 4 tiba2 kata PRU14 jatuh pada 9 may dan hari tu sebagai cuti umum. alhamudlillah gembira x terkata.. syukur2.. sangat2 bersyukur..

Jadinya.. dan diberikan lagi kemudahan dalam nak berbakti untuk mak tersayang.. dapat pulak malam 6hb dan 7hb.. so sleep day jatuh 8hb dan off day jatuh 9hb. dan bilamana off day jatuh pada cuti umum automatic la dapat cuti tambahan 1 hari.. so 10hb hari terus dapat cuti tambahan 1 hari. so alhamdulillah.. 8hb-13hb dapat lah bercuti lama2.

suami pulak.. dah apply jugak 11-13hb tu.dia pun sama apply bulan 1 jugak. dan rezeki sangat2.. 8hb n 9hb jatuh hari off dia. cuma 10 hb je dia x dapat cuti.. sebab dah ramai sangat. huhu. xpe la.. sabak bernam dengan shah alam tu dekat je pun.. 2 jam je sampai.. dia pun shift petang.. so xde masaalah lah dia nak ulang alik sabak shah alam. lagi pun sabak bernam tu pun kampung tempat dia membesar. tak de masaalah la dia nak ulang alik.

bila aku kata apa kata cuti lama2 ni kita balik kampung.. nak sangat2 jaga mak dengan keadaan mak sekarang ni. alhamdulillah suami izinkan. yang mana pada asal nya ingatkan nak bawak anak2 pergi jalan2 je.. nak spend time sama2 dengan anak2. nak bawak anak2 mandi kolam. bawak anak2 pergi taman.. bawak anak2 pergi pusing2. huhu.

aku memang sentiasa prepare awal2 kain baju mana nak kena bawak. semalam aku off day.. habis siap2 dah aku kemas2 baju semua. ye la aku nak kena fikir 5 orang punya pakaian.. suami.. aku dan anak3 aku. anak2 pulak.. mana baju siang nak main.. baju malam nak tidur.. baju jalan kena spare jugak sebab kat kampung ada pantai. dekat kampung ada pantai. aku pencinta pantai.

p/s : mak aku sakit xboleh bangun.. dia mengalami kecederaan tulang belakang dekat part C.. dekat bahagian bahu tu. so dia baring je atas katil sekarang ni. 

0 comments: