Tuesday, May 8, 2018

campak belakang




Hampir genap 4 tahun dah menjalani kehidupan kerja shift sama2 dengan suami. Pada mula nya risau bila lahir anak ke2 tahun 2014 . sebab masa tu memang kiteorang xmampu nak hantar pengasuh. ramai yang tanya kenapa x hantar anak2 dekat pengasuh maka aku dengan senyum2 jawab xpe la. boleh je arrange shift dengan suami ni. memang masa 2 tahun tu struggle jugak la pas2 kereta. bila aku kerja pagi dia masuk petang. bila aku petang dia masuk pagi. bila aku malam dia masuk pagi. bila dia malam aku amek la shift petang sebab shift malam dia start pukul 12 am - 9 am. so memang kena amek shift petang. memang dari tahun 2014 sejak husband kerja shift jugak aku yang akan tengok jadul kerja dia dengan aku. tugas dia masa tu bila aku kata tukar tarikh2 sekian kena masuk shift2 ni sebab aku xdapat nak cari kawan2 untuk tukar shift.. tu je kerja dia. selebih nya aku yang akan kaji jadual. terasa hebat pulak.. hahaha. sebab semua benda kena fikir. rumah.. anak2.. semua benda la.. kerja2 rumah lagi.. dengan kerja ku yang banyak pakai tenaga fizikal lagi.. sungguh aku dah xberapa nak larat da... hampir tepat.. aku da PUTUS ASA.....

penat?? memang penat okey. sebab setiap kali jadual keluar memang tu tugas abadi aku. kena arrange kan. masa tu aku hampir give up. cuma 1 je aku pinta setiap kali lepas solat "Ya Allah berikan kemudahan aku dan suami dalam arrange jadual untuk jaga anak2 sendiri" dan alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya. kena kutuk2 belakang kawan2 aku dah biasa da.. dah kental tahap xpe la. tapi alhamdulillah kawan2 tolong jugak =) nak buat macam mana memang xmampu nak hantar pengasuh sebab rm700 tu sangat2 berat untuk aku dan suami. tapi tu la.. aku xpernah jemu berdoa hampir setiap hari.. tu je doa aku.. permudahkan urusan ku Ya Allah. dan sesungguh nya Allah permudahkan setiap hari untuk aku menjaga anak2 sendiri dengan suami tanpa menghantar ke pengasuh. pernah sampai tahap kena EL pun ada.. huhu.. pengalaman semua mengajar kita untuk lebih berjaya dan berdikari kan. sebab tu masa tu berat aku turun ke 56kg. sebab aku xlalu makan.. tambah2 menyusukan anak pulak tu.


tahun 2015 aku pregnant lagi anak ke3. sampai kan ada aku dengar eh kata xmampu tapi kenapa ada anak lagi. oh my.. ko tahu apa perasaan aku. sampai aku rasa aku xnak anak tu. aku rasa kenapa la cepat sangat dapat no3. bodoh betul masa tu. kadang2 bergaduh dengan suami kenapa la kena pregnant lagi. xbaik kan menidakkan rezeki Allah. aku rungsing sebab tahap ekonomi aku masa tu memang susah jugak la. rupa2nya dalam diam.. suami aku hampir setiap hari cuba cari kerja lain untuk cari kerja yang gaji lebih tinggi. sebab aku kata dah xlarat nak arrange shift da.. kepala da penat sangat da. dia macam biasa diam je la. aku betul2 tertekan masa tu. cara aku atasi tekanan masa tu. aku berazam.. masa aku pregnant kali ke 3 ni aku nak khatam 1 al-quran. dan alhamdulillah lepas habis katam 1 al-quran aku terus beranak dan senang je jalan Allah bagi. dan masa tu aku buat solat sunat banyak2. untuk tenangkan hati dan perasaan.. untuk belajar terima takdir. Allah yang menjadikan nya pasti ada hikmah.. pasti aku dan suami mampu.

selepas anak ke 3 lahir masa tu umur dia dalam 3 bulan.. suami bagi tahu nak pergi interview.. bagitahu gaji dia offer macam2 ni. aku pun okey cuba la.. start dari dia interview sampai la dapat result tu aku selalu berdoa.. sendainya ni takdir Allah nak bagi dan senang nak uruskan anak2 maka akan dipermudahkan. alhamdulillah suami dapat kerja dekat sana. dan gaji yang ditawarkan alhamdulillah.. dapat la untuk bayar dekat pengasuh. tapi bajet cuma dalam rm600 sahaja. aku fikir punya fikir.. kena bajet dalam 15 hari je untuk anak2 dihantar ke pangasuh. aku cuba kita off day dia dengan off day aku. memang anggaran dalam 15 hari je hantar dekat pengasuh. dan alhamdulillah dapat deal dengan pengasuh. aku memang jujur je.. aku cakap.. memang antar 15 hari je. tapi setakat idea ni aku cetuskan.. alhamdulillah.. memang xpernah lebih anak2 hantar dekat pengasuh. kalau lebih aku akan bayar 1 hari punya bayaran ke pengasuh.



oh suami aku kerja shift petang je. memang habis shift pukul pagi2 punya.. pukul 1 pagi.. 2 pagi dan 3 pagi. dan paling aku bersyukur sebab bila balik memang company dia sediakan transport. cuma masa nak pergi je kena g sendiri. mudahnya jalan yang Allah aturkan. cantik sekali dengan putaran kehidupan. selepas aku redha.. selepas aku percaya akan kehadiran anak ke3 ada rezeki.. mungkin bukan pada duit.. tapi rezeki dipermudahkan urusan dalam kehidupan seharian pun dah bersykur sangat2. dalam kita berdoa.. sudah pasti kita jugak kena ada usaha untuk memajukan kehidupan, seiring usaha dan tawakkal serta doa. Allah maha mendengar dan mengetahui.. maka jangan pernah jemu untuk terus meminta dan berharap.. Allah jua maha kaya. doa supaya sentiasa dipermudahkan urusan. berdoa supaya dipermudahkan kesulitan juga.