Saturday, August 4, 2018

hidung anak berdarah


Image result for hidung masuk baterai lithium


bila ingat2 balik memang agak kelakar jugak la. dan terfikir macam mana la anak boleh masuk kan bateri tu dalam hidung kan. ceritanya macam ni. 27hb tu janji ngan anak nak belikan dia mainan sebab dia berjaya xpakai diapers da. nak lepaskan dia dari diapers tu alahai susahnya. dia lelaki.. asyik tertarik2 cakap xselesa bila pakai diapers dan sebab dia pun da 4 tahun nak masuk 5 tahun tapi duk pakai diapers lagi. so nak motivated dia suruh xpayah pakai tu macam2 cara la kena fikir. last2 dapat idea cakap dengan dia "kalau abang da xpayah diapers nanti mama belikan abang banyak2"

setiap hari la duk mengadap ayat tu bagi dia semangat. setiap kali dia berjaya buang air dekat tandas aku sebagai mak dia kena sorak2 dan puji2 dia.. cakap... wahhh bangus nya nanti mama boleh la belikan mainan banyak2 untuk abang sebab abang hebat. so berulang2 kali.. akhirnya dalam masa 3 hari dia berjaya kawal kencing dan nak buang air dekat tandas. dan aku sangat la berbangga dengan pencapian yang dia lakukan. sesungguhnya sangat2 la susah nak ajar dia. sebab sebelum2 ni dah pernah cuba.. xpernah berjaya. siap amek cuti 1 minggu pun gagal jugak. bila da berjaya dalam masa 3 hari tu aku ssangat2 la happy. 

tiba la masa... balik2 dari kerja belikan dia mainan yang di janjikan. aku beli ultraman.. harga 4 ketui tu rm30. balik dengan hati yang girang. tengok anak2 melompat2 riang syukur seronok sangat hati aku. kegembiraan hati yang xdapat nak digambarkan. sangat2 la happy. dalam pukul 8 malam tu aku da xlarat sangat.. cakap dekat husband nak tidur. kebetulan dia cuti. so suruh dia jagakan anak2. tiba2 dalam pukul 12 malam husband kejut aku.. cakap.. mama bangun hidung anak berdarah ni. aku dalam mamai2 cakap.. laaaa.... nanti2 esok la.. penat sangat la. sambung tidur.

pukul 4 pagi husband kejut kan lagi.. awak bangun anak nafas da xbetul ni.. hidung dia berdarah ni.. aku cepat2 la bangun. amek lampu handset suluh tengok dalam hidung. aku cakap eh ada benda la dalam hidung dia. husband cakap jom siap2 g hospital. dalam malas2 tu aku cakap.. esok je la. husband dengan pantas.. xkira malam ni jugak pergi. so siap2 la.. aku cakap nak mandi nak siap2.. pakai elok2. masa tu da stand by da baju semua.. sebab aku memang fikir kena admit je. da benda asing masuk kan.. kompem la kena admit. 


0 comments: