Saturday, August 11, 2018

hidung masuk bateri ilthium

hospital shah alam seksyen 7 (kerajaan) 



masa ngah siap2 dalam hati memang agak dah kompem kena admit ni.. sebab nya kalau ada benda asing ni selalu nya kena masuk ward. masa ni husband xnak mandi.. dia men sarung je. yang kata kat dia... kejap nak siap betul2. sebab nanti takut lama2 kang. kita yang malu. yela kan nak pergi hospital kerajaan so memang akan amek masa yang lama la. sampai sana lebih kurang dalam pukul 4.30 pagi dah. masa ni hidung dia da berair je dan kua nanah dan berdarah sikit2. asyik kena lap je. puas dah tanya apa benda yang di masuk kan tu. iman masih relax dan xmengadu sakit pun. 

dalam pukul 5 pagi baru dapat jumpe doctor dekat emergency department . doctor duk suluh2 dan kata memang macam ada benda.. tanya aku xkan xperasan apa benda yang anak masuk kan tu. aku cakap la memang xde apa2 sebelum ni sebab anak xmengadu sakit ke apa ke. so dia suruh buat x-ray. pergi la x-ray nasib la sekejap je. sebab xde orang pun masa tu. relax2 je la. dalam masa 10 minit da settle da dekat x-ray department. lepas buat x-ray masuk balik jumpe doctor. dan doc tunjuk la memang ada benda asing dalam hidung iman. aku da start risau da... huhuhu. 

    

doctor emergency refer ke doctor pakar. kena tunggu klinik bukak dalam pukul 8.30 pagi. so sempat la nak solat subuh dan sarapan sekali. alhamdulillah... xpe la ok je sebab da inform bos aku amek emergency leave.  terpaksa amek demi anak walau cuti aku pun ngah nazak.. huhu. kul 9.30 pagi baru klinik bukak. lepak2 tunggu dengan penuh kesabaran. nasib baik anak2 baik2 je.. hahaha. doctor pun panggil dan doctor tengok report semua. kena remove.. doctor suruh masuk bilik rawatan. dia panggil geng2 dia. okey get ready nak keluarkan benda asing tu. sekali bila da berjaya keluar... terus dia kata.... ibuuuu... ada bateri ni... bateri bahaya tau ibu.. 

aku bila tau bateri yang masuk tu terus menangis... eh2 tak2... da start menangis masa anak duk meraung masa bateri tu nak kena tarik keluar. kesiaaannn nya.. terasa macam mak xberguna pun. huhu. bila aku da memangis tu... doctor.. senior MA.. MA.. semua x cakap banyak da. biasa la lelaki kalau tengok mak menangis.. memang malas nak layan...HAHAHA. lepas dah berjaya kua kan bateri tu.. hidung anak kena sedut pulak.. sebab darah mengalir je.. kesiannn nya dia.. nangis lagi dan lagi. lepas doctor dah berjaya removed tu.. terus dia tidur... kesian dia.. mengantuk sangat la tu. sebab dari semalam dia xboleh tidur. 

so kena hati2 la lepas ni kalau nak beli mainan dekat anak2. kalau ada bateri ni kena buang siap2. bukan apa... bateri ni sangat2 bahaya.. nak2 kalau bateri baru... sebab dia ada arus.. bila dia bercampur dengan body fluid akan kua kan alkali... alkali tu yang bahaya.. akan menyebabkan hidung terhakis atau akan rompong tengah2 hidung tu. nasib baik la masa tu suami cuti.. kalau lambat xtau la apa jadi dekat anak aku. terima kasih sayang ku.. sebab alert tentang anak2..  ni la bateri yang dah duduk dalam hidung anak aku tu. nasib xlebih 8 jam... semoga Allah sentiasa lindung anak2 aku. anak2 ngah membesar ni banyak akal nya... 




dan semua2 rawatan ni kos nya adalah RM1 SAHAJA. alhamdulillah berjaya prosedure nya.. xde apa2 komplikasi yang terjadi masa proses tu. syukur sangat2. dan apa yang aku nak puji services dekat hospital shah alam sangat2 la bagus dan berpuas hati.. dari emergency sampai la farmasi layan sangat2 baik. senyum je semua staff dia. doctor2 pun layan dengan baik... good job hospital shah alam. terima kasih atas layanan yang diberikan. semoga terus kekal berpanjangan.