Tuesday, September 30, 2014

Nak masuk 7 Bulan




xlama lagi dah nak masuk 7 bulan. pregnant kali ni macam agak xberapa nak larat sangat kot. mungkin faktor dulu2 masa dalam pantang hana.. aku main2 je. mak suruh bertungku aku main2 je.. suh pakai bengkung kadang2 mengelat. nasib baik lah berat berjaya jugak cecah target 63kg. tu lah orang2 tua cakap dengar. jangan nak tunjuk hebat sangat. jangan nak sombong sangat.. alah xpe.. okey je kalau xpantang sangat pong.. oh tidak2...

mak cakap kalau xnak ikut suka hati.. nanti diri sendiri yang tanggung. ha masa tu tau lah.. eh betul lah mak cakap dulu. huhu. dah terjadi okey. sebab tu insaf 100%. ni mengandung anak num 2 aku dah sakit2 pinggang, kalau aktive sangat buat kerja rumah.. OT banyak sangat dekat tenpat kerja dan busy teramat sangat.. malam mula lah aku menanggung sakit pinggang. sampaikan bila dah baring tu nak mengiring encik iwan yang kena tolak.

so disebabkan dah xberapa nak mampu nak berjaga malam.. memang aku request xboleh dah nak buat kerja malam. dah lah malam sekarang busy sangat. nak2 kalau kena prepare sorang2.. lagi lah hazab nya. hehehe.. =p dulu boleh lagi nak bertahan sampai nak masuk 9 bulan. sekarang dah xmampu. nak fikir orang sangat pun diri sendiri yang terseksa xguna jugak kan. sebab kadang2 orang pun bukan fikir kita... so surrender lah.. =) =)

tahun ni nak bersalin dekat government je. sebab dekat sini mahal lah hai.. banyak lagi boleh guna untuk benda lain. so berkorban lah. xpe dah pernah rasa dah bersalin dekat swasta.. so anak num 2 ni.. kita jimat2 lah mana yang boleh ye. tahun ni nak bersalin dekat hospital daerah dekat kampung. senang nak berpantang. xpayah nak travel jauh2 lepas bersalin. penat wo duduk lama2 dalam kereta. sakit pinggang. kesian diri sendiri..

p/s : tahun ni nak mintak mc awal seminggu... yeahhh xsabar nak berpantang.. nak rehat. penat sangat dah otak ni... =) =)  

2 comments:

Anira Abdul said...

Hihihi....simptom2 yang sama melanda saya juga...sebelum ni masa mengandungkan Darish, bertenaga, tahan lasak, kerja smpi nk due...tp kali ni mmg x brp nak larat. nak jalan bawa badan sendiri pun rasa x larat sgt2...baru 35 minggu..tp rasa lama nak deliver...boleh macam tu? Anyway...semoga sis dipermudahkan semuanya ye...amin.

ayu Shaklee said...

tu lah lain anak lain simptom nya. yang ni memang xlarat sangat. cepat penat. okey lah tu 35 minggu.. saya baru nak masuk 28 minggu. huhu. lagi pun anak sulung baru 1tahun 4bulan.. so penat cikit lah.. dia nak manja2. tq =) sis pun sama.. semoga dipermudahkan jugak amin...