Tuesday, September 9, 2014

6 bulan =)



hari ni duty petang. disebabkan kena mendouble duty untuk 2 hari berturut2. maka nya keletihan agak ketara kelihatan. balik2 dari kerja mandi2 terus tidur. haha.. memang badan aku dah lebik sangat dah. kepala pun dah berpusing. nasib baik hari ni kerja petang dapat lah rehatkan sikit badan dan kepala. esok ada check up dengan doctor. xsabar nak tengok baby mama.. rindu nak dengar jantung dia. rindu nak tengok dia gerak2 comel dalam perut tu. besok kerja malam. so boleh lah bawak hana sekali. boleh hana tengok adik dia. eh budak kecik tu reti ke nak tengok adik dia...

sekarang ni hana dah aktif sangat. kadang2 penat nak kejar dia. huhu. mencabar jugak ye kalau mengandung dan kakak nya baru setahun lebih. sangat2 menguji kesabaran mental dan fizikal. sebab umur yang macam ni lah kakak nya tu nak belajar macam2. belajar nak pegang itu ini, belajar nak jalan laju.. belajar nak baling2 badan bila mengamuk. belajar nak berlari. dan paling penting umur2 macam ni lah kakak nya nak bermanja lebih2. kadang2 kesian tengok. sebab mama penat.. huhu. hana pandai berjalan pun masa aku disahkan mengandung. dia tahu nak dapat adik kan... =) =)

0 comments: