Thursday, September 4, 2014

Bila Hana Irdina pujuk mama =)



tadi tengah hari keluar dengan encik suami dan hana. dalam perjalanan pulang.. dengan jalan jem dekat fedral highway tu.. tibe2 mood nak meletup pun jadi dalam kereta. aku duduk belakang dengan hana. aku duk membebel.. biasa lah perempuankan. xboleh dipisahkan dengan membebel. hahaha. duk aku membebel tu.. hana diam je. bila aku pandang luar tingkap..

tiba2... tanpa disangka2... hana panggil aku.. "ma...mama.. ma.. mama.." aku buat2 xlayan. lepas tu dia tarik tudung aku.. "ma..mama..ma..mama..mamama" terus cair hati aku... hahaha... aku toleh je tengok dia.. tup2 dia muncungkan mulut dia nak cium pipi aku. alololo. sweet nya dia.. lepas dapat cium pipi mamanya.. terus dia senyum dia sepetkan matanya...hahaha...

alahai anak.. pandainya awak. ayahnya pun tergelak.. hahaha.. syukur.. anak penyeri kehidupan. pandai hana pujuk mama. beria sungguh dia panggil aku.. tarik tudung aku. good job hana. =) =) sayang hana. banyak dah akal baru dia. kadang2 kelakar sangat. yelah umur2 macam dia ni lah banyak benda yang dia nak terokai. semoga hana membesar dengan sihat... =)


0 comments: