Sunday, September 7, 2014

Kakak dan Adik



Pengalaman mengandungkan anak pertama dengan anak kedua amat sangat berbeza. masa hana dulu.. aku steady je. aku aktif bukan main. syukur jugak masa tu aku xkena morning sickness. rezeki Allah bagi. disebabkan xkena morning sikness langsung maka berat sepanjang mengandung dari 63kg cecah ke angka 85kg. lebih kurang 22kg jugak lah berat naik. nampak x bertapa kuatnya aku makan. pagi2 selera mesti nak makan nasi lemak. harus.. wajib... aku suka sangat nasi lemak makcik tu. memang tiap2 kali kalau duty office hour atau kerja pagi mesti beli. lepas tu kuih rm2 untuk bekal pukul 12 tengah hari.

kadang2 sentap jugak bila orang tegur gemuk.. tembam.. biasa lah mood orang mengandung memang macam ni. ah tipu lah kalau mood orang mengandung tu okey je. huhu. okey berbalik kepada cerita kita. masa mengandungkan hana jugak... aku rajin sangat2. hari2 kemas rumah. hari2 aku basuh baju. dalam bakul mesti kosong. mungkin juga masa tu xde apa nak buat.. so rajin terlebih2 sangat lah. sebab tu kot hana aktif jugak. tu mak aku lah yang cakap. hana ikut mama masa mengandung. haha. budak kecik tu memang. pantang celik mata.. terus zappp... macam2 aktiviti nak dibuatnya. happy tengok dia.. =)



anak no 2 ni pulak pun xde morning sickness tapi masa awal kehamilan tu angin dalam badan aku banyak sangat. sampaikan kena on syrup gaviscon. sebelum mengandungkan baby second ni capai jugak lah target ke berat asal 63kg. tup2 lepas tu pregnant lagi. haha... rezekikan. rezeki setiap orang mana sama. ada orang rezeki duit banyak. ada orang rezeki senang dapat anak. ada orang rezeki kesihatna yang baik je. ada orang rezeki ada rumah sendiri muda2. eh macam2 lah nikmat Allah dekat manusia. jadi kita kena lah sentiasa bersyukur. walaupun pahit nak lalui.. pasti ada sebab kenapa kita dipilih untuk melalui nya =)

sekarang dah nak masuk 6 bulan dan berat aku dh cecah 70kg, masa anak num 2 ni.. aku malas sikit. hai anak jangan malas2 tau. huhu. nasib baik.. ayah nya boleh diharap jaga hana tu. malam2 kejut suruh buat susu semua tip top. umur hana 3 bulan dia dah pandaikan mandi. nak buat macam mana bini kerja shift nak xnak kena cepat sikit belajar. alhamdulillah setakat ni baby sihat. perut mama xberapa nak nampak. masa hana dulu.. cepat je nampak. xpe asal anak mama sihat okey lah. ha lepas ni boleh lah nak stop sekejap. nak rehat2 cikit. setahun sorang penat jugak.. hoho. nak2 kalau kakak dia buat hal.. dugaan betul...

dugaan yang teramat sangat masa disahkan mengandungkan anak no2.. aku kena masuk ward.. sebab sakit pinggang.. masa tu Allah je yang tahu peritnya sakit yang terpaksa dilalui. disebabkan mengandung.. aku on panadol tablet je. selebihnya semangat dari diri sendiri. ye diri sendiri kena kuat untuk melawan. kena gagahkan diri untuk mengiring.. kena gagahkan diri untuk berdiri. kena gagahkan diri untuk buang air. oh itu pengalaman yang xkan dilupakan. sangat2 perit. sampaikan terfikir mampu ke aku nak berjalan lagi. dan alhamdulillah berkat doa suami dan mak. akhirnya.. hari ke3 aku dah boleh berdikari =) =)

kesimpulan nya. jatuh bangun nya kita dalam kehidupan ni. kita xmampu nak suruh orang faham. dan diri sendiri sebenarnya yang kena atasi semua sifat2 yang negetif. kena kuat. kena tabah. orang bagi lah nasihat macam mana pun kalau xfaham2 memang tang tu je lah. ada orang cakap.. muda2 sibuk nak kawin awal. xsempat nak kumpul harta sibuk nak kawin.. sedih kan. tapi.. dah rezeki.. Allah dah tetapkan umur sekian2 kita kawin.  ajal maut jodoh semua Allah dah tetapkan. mendoakan kebaikan kan lagi bagus dari mencerna. kecik hati sangat2. huhuhu. xpelah.. kita insan lemah.. banyak kekurangan.  terima kasih sangat2 =) =)

p/s : kesentapan msg dari sesorang itu amat dalam kesan nya. terima kasih.. =)



0 comments: