Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia.. =)

selamat hari malaysia semua. so kiranya hari ni public holiday lah kan. seperti biasa.. kita berkerja lah dengan selapang-lapang dada nya. xpe dia bayar kita triple punya. hoho. tapi gaji xberapa nak besar so triple tu kira boleh lah buat tambah2kan. alhamdulillah hana irdina dah okey cikit dah. demam dah okey dah. oh macam ni perasaan seorang ibu..mak..mama yang melahirkan..membesarkan anak nya...bila anak sakit.. kita pun merasai lah macam2 perasaan. risau.. sedih.. takut semua ada... complete semua nya.

cuti tahunan tinggal 2 hari je. lari dari plan. tu lah kita plan punya plan last2 terbabas jugak. huhu. benda dah nak jadikan.. nak buat macam mana. hari ahad tu patutnya duty 7am. tapi terpaksa EL jugak sebab badan hana panas sangat. mak abah xde dekat rumah sebab ada family day sebelah mak dekat janda baik. aku xpergi sebab xcukup cuti. last2 terpaksa EL sebab anak sakit. dugaan. maka disebabkan mak abah xde dekat rumah.. aku xberani nak ambik risiko biarkan hana tinggal dengan ayah dia.

biarlah apa nak jadi. kena marah ke.. kena apa ke.. huhu. anak segalanya. dulu masa xde anak.. masa bujang2. xpernah pikir semua ni. sekarang dah ada anak.. baru tahu. hana pulak malam sabtu tu xberhenti2 menangis. paling best pukul 2 pagi duk tunjuk dekat pintu masuk. ha?? xterkejut ko.. meremang bulu roma aku. menangis sampai mata dia bengkak. kesian sangat2. kalau boleh bagi lah demam tu dekat mama hana. xsanggup dah rasanya nak tengok hana tanggung semua tu. kesian hana..

nak cakap sakit... dia xreti lagi. so menangis lah retinya. haa.... hana... mama dah xsanggup nak tengok hana macam ni. =( isnin aku off.. tukar duty dengan kawan. sebab badan hana panas lagi. 38 suhu dia time tu. pagi tu dalam pukul 9 am encik iwan ajak balik sabak bernam. lepak rumah atuk dia. lagi pun dah lama sangat xbalik sana. rindu nya kampung. seronok kan duduk kampung. best nya lah. masa isnin tu hana demam lagi. sampai kampung.. terus mandikan dia. air kolah dekat kampung sejuk sangat.

mandikan dia beberapa kali alhamdulillah.. pagi tadi masa nak balik suhu badan dia dah normal. mungkin sebab air dekat kampung tu sejuk semulajadi kot. so turunlah suhu dia. doctor ada cakap.. nak turunkan suhu.. bagi anak mandi time demam.. kalau boleh bagi dia duduk dalam besen.. main2 air. buat dan buat sampai suhu dia 37. dalm 10 minit. lama2 kecut kang.huhu.  lepas tu suhu akan naik balik.. pastu ulang balik suka hati kitalah nak selang beberapa jam. aku buat dekat rumah xmenjadi.. hoho..

balik kampung jadi pulak. kita berusah selebihnya bertawakal lah kan. alhamdulillah.. syukur sangat2. memang best lah mandi dekat rumah atuk. sejuk sangat2. damai je suasana kampung. tengok burung terbang. tengok pokok2. =) dalam pukul 10 gerak balik. kelam kabut lah mama siap2 nak pergi kerja. dan akhirnya... duty public holiday dah nak habis.. yahoooo.. =) semoga hana sentiasa sihat. xnak lah demam macam ni lagi.. mama takut sangat2 hana... kesian tengok hana... mama sayang hana... =)

p/s : gigi hana nak tumbuh lagi 4 batang. sekarang dah ada 6 batang. 4 batang gigi atas. 2 batang gigi bawah.