Sunday, May 15, 2011

Recipe kek chocolate

ha.. korang mesti suke kan makan kek chocolate..
aku yakin mesti ramai yang suke makan kan..
xsusah pun tau nak wat kek chocolate ni
sedap tau.. try la.. ha meh nak kongsi kan recipe nyer..


BAHAN A
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

(bahan A ni kan masuk kan dalam periuk dan panas kan atas api yang kecil
kacau hingga hancur/cair)

BAHAN B
3 biji telur
1 sudu teh vanilla

(pukul hingga kembang)

BAHAN C
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate

SUDU TEH TU.. KALAU ADE YANG XTAU... SUDU KECIK... =)

cara2 nak wat pula : masuk kan bahan A dalam bahan B kacau hingga sebati dan agak2 da sebati tu.. korang masuk kan pulak bahan C. pastu boleh la dikukus selama 1 jam..
pasti kan sebelum masuk kan kek dalam periuk kukus tu.. air dalam periuk kukus tu mendidih.

k la.. selamat mencuba kawan-kawan... =) =)

sumber dari : my cousin.. so xpayah la link2 kan mane dapat sumber ni kan.. hehe.. tapi sape nak amek.. sila link kan okey...!!! thanx .. =)

0 comments: