Saturday, September 14, 2019

Gilir jaga anak



Image result for sunway pinnacle office

dekat area2 sini la aku dengan iffat tunggu husband.. sunway area... =) =) 

Hujung tahun lepas husband bagitahu yang dia akan masuk shift malam untuk setahun dua. aku dengan ligat berfikir macam mana nak handle kehidupan. aku jenis memang suka fikir dari awal sampai habis untuk harungi kehidupan seharian. dan alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku. aku decide untuk kami jaga anak2 sendiri. dan kebetulan aku start kerja shift balik... so aku request untuk kerja pm shift.. start pukul 2pm-9pm

anak2 da start sekolah untuk tahun 2019.. sekali 2 terus sekolah tadika.. hana 6 tahun dan haziq 5 tahun. syukur sangat2 mereka dapat sesi yang sama kelas yang sama. sekolah anak2 start pukul 8am-12.30pm. sebab tu jugak la aku mintak shift petang. sebenarnya penat jugak.. sebab pagi urusan rumah dan anak2.. petang masuk kerja pulak.. kerja aku jenis jalan2 prepare ubat.. bukan duduk kat meja hadap komputer sampai habis duty..

so aku mula buat jadual kehidupan... aku follow untuk sebulan yang pertama.. bila da dapat rentak aku rasa lega sikit la. selain usaha untuk megatur kehidupan seharian.. aku serahkan 100% tawakal kepada Allah.. doa supaya dipermudahkan urusan seharian. aku juga kena kuat untuk setahun 2019 tu.. kuat dari segi mental dan fizikal.. sebab bila da buat 1 keputusan tu kita kena hadap dengan tenang dan sabar.. nak xnak xboleh turn back da.

jadual 2019 yang aku da buat  macam ni.. 


6am - 6.30am  = solat subuh dan terapi diri sendiri
6.30 - 7am  = siapkan anak2 lepas tu aku kena mandi bagi segar
7am - 7.30am   =  beli sarapan dan hantar anak2 kesekolah
7.30am - 9am   =  amek husband dekat sunway.. jem lagi kena hadap
9am - 10am   = balik rumah.. husband pulak drive
10am - 11.15am  =  buat kerja rumah apa yang patut
11.15am-12pm  =  masak untuk semua.. kemas dapur sekali
12pm  =  kejut husband amek anak2 dekat sekolah
12pm- 12.30pm =  aku akan rehat kan badan lelap sekejap ke
12.30pm-1pm   =  suap anak2 makan nasi
1pm - 1.40pm  =  mandi dan solat zuhur lepas tu siap2 pakai baju kerja
1.40pm - 2pm   =  gerak g kerja..
2pm - 9pm =  kerja shift petang
9pm - 9.30pm  =  otw balik ke rumah
9.30 pm - 10 pm  =  kemas apa yang patut sebelum naik atas.. anak2 kena ikut naik atas
10pm - 10.30 pm  = solat isyak.. terapi diri sendiri
10.50pm  = mesti dekat atas katil untuk tidur.. tutup lampu bilik


alhamdulillah bila aku buat jadual ni aku rasa tenang sikit... sebab masa aku sangat teratur.. sebulan tu memang aku follow betol2 la... betul la orang kata untuk jayakan sesuatu tu time management kena jaga.. bila kita jaga masa kita.. kita mampu untuk lebih tenang dan kurangkan stress. dan diam tak diam dah hampir 1 tahun aku buat semua tu.. yang mana mula2 rasa mampu ke.. mampu ke.

nasib la husband pun bagi kerjasama.. aku tetapkan anak2 balik sekolah mesti dia yang amek.. aku xkan amek.. sebab aku da susah payah pagi2 hantar mereka dan tunggu dia dekat sunway..so kita kena fair la jalankan tanggungjawab ni. setakat ni husband xpernah fail amek anak2 dekat sekolah. hampir sudah tanggungjawab untuk tahun 2019.. lagi 2 bulan lebih je lagi.. lepas tu aku da masuk kerja office hour untuk 1 tahun pulak..

 tahun 2020 kita kena buat jadual baru pulak.. hihi. untuk tahun 2019 ni memang gilir2 jaga anak.. aku settle pagi2.. dia pulak settle belah petang lepas aku g kerja.. tapi anak2 aku da besar dah.. dah xhisap susu botol.. pakai pampers pun iffat je.. so mudah sikit la nak dibandingkan dengan masa semua kecik2 lagi tu. zaman 3 anak semua pakai pampers.. fuhhhhh... semua tu kenangan yang indah.. semoga Allah sentiasa melindungi mereka sampai bila2
















Sunday, August 11, 2019

Pusat akuatik shah alam


Minggu lepas kebetulan aku punya day off jatuh sama dengan day off husband.. so fikir punya fikir nak bawa anak2 kemana la kali ni kan.. nak bawa pergi mall aku memang malas.. sebab dengan mereka yang tengah lasak nak berlari sana sini je.. xlarat nak handle semuanya. fikir punya fikir sekali ajak husband.. eh jom la kita bawa anak2 pergi swimming.. rasa macam dekat sana ada taman sekali.. so terus on..  kita pergi sana je bawa anak2. bukan main seronok anak2.. 

Masa bawa dorang tu hari rabu so tak ramai sangat la orang dalam tu.. kita rasa kolam itu kita yang punya ye.. enjoy ke sana ke sini.. hihi.. mama baru nak berenang.. sekali anak2 semua duk ikut sebab dorang xpandai sangat berenang.. xpe nanti kita pergi selalu.. lama2 ok la tu.. mula2 memang takut. dulu pun masa kecik2 tokwan selalu bawak mama pergi mandi kolam awam macam ni.. seronok sangat sebab berenang tu best.. jom aku share details untuk akuatik shah alam ni .. 




ni kolam renang bahagian kanak2.. kalau kita dewasa ni paras lutut la..xde la dalam sangat...  tak de la cetek sangat.. sedang2 la... tapi kalau anak2 nak main gelunsur tu kena pantau sikit.. kalau da pandai renang tak pe.. kalau jenis baru nak belajar kena pantau la sebab takut lemas pulak nanti.


untuk hari selasa - jumaat    

( kolam terbuka ) kanak-kanak rm2.. dewasa rm3 .. oku, pesara, warga emas rm1.50

( kolam tertutup ) kanak- kanak rm3.. dewasa rm4.. oku, pesara, warga emas rm1.50

untuk hari sabtu, ahad cuti umum 

( kolam terbuka ) kanak-kanak rm2.50 ... dewasa rm3.50 .. oku, pesara, warga emas rm1.50

( kolam tertutup ) kanak-kanak rm3.50 .. dewasa rm4.50.. oku, pesara, warga emas rm1.50


waktu operasi kolam renang

1) 9am - 11.15am

2) 12pm - 2.15pm

3) 3pm - 5.15pm

4) 6pm - 8.15pm


waktu operasi kaunter tiket 

1) 9am - 10.45am

2) 12pm - 1.45pm

3) 3pm - 4.45pm

4) 6pm - 7.45pm


  • kanak-kanak ( 0-3 tahun ) percuma , yang dikira start dari umur ( 4 - 12 tahun ) 
  • isnin kolam renang ni tutup untuk proses penyelenggaran
  • kategori warga emas start dari umur 50 tahun  







Sunday, June 23, 2019

Raya tahun 2019




Selamat hari raya untuk tahun 2019.. alhamdulillah hari raya tahun ni bersyukur sebab masih diberi peluang untuk menyambut dan meraikan dengan insan2 yang tersayang, terima kasih Ya Allah. Tahun ni turn beraya rumah mak mertua.. rumah mak mertua dekat ampang je. so xde la nak kena menghadap jem kan.. haha. eh tapi rumah mak abah aku dekat sabak bernam je pun. syukur sebab dekat2 je kampung2 aku. ampang-sabak bernam-shah alam..

Tahun ni tema pilihan raya warna kelabu.. dan tahun ni aku buat kelainan sikit untuk pemilihan warna.. aku da xnak boria semua kami2 ni sama je sepesen warna kelabunya. Tahun ni aku buat anak2 light grey.. aku dan husband dark grey. so nampak la kontra sikit..  xde la dalam gambar suram je. Dan lepas2 ni mungkin sama dengan anak perempuan.. husband sama dengan anak lelaki. jom la kita transform dalam memilih warna..

Tapikan untuk tahun2 akan datang.. anak2 kena pilih yang dark2 je biar mak ayah pulak pilih yang light2.. sebab nya alahaiiii.. susah jugak la bila baju kena makanan.. kotor... aku da redha je.. tak pe la janji perut anak2 kenyang dan xmeragam sebab lapar. balik tu kena rendam dulu baju dalam baldi untuk hilangkan kotor2.. esok tu baru boleh basuh dalam mesin basuh. untuk anak2 mama xbijak lagi pilih warna ye.. haha.. biasa la nak membesar... makan mana nak elok lagi kan.. 



tahun ni xsempat nak bergambar 1 keluarga sebab beraya rumah mertua.. malu pulak nak amek gambar 1 keluarga.. huhu. nanti kena pakai balik baju raya.. amek sendiri2 je la kot.. huhu


so raya pertama tu pagi macam biasa makan dulu.. lepas husband pergi sembahyang raya terus gerak dengan mak mertua pergi beraya area2 kl.. 1st rumah ke rumah sedara kl entah la apa nama tempat tu.. lupa pulak.. lepas tu gerak ke keramat... habis keramat terus ke segambut. Dan last sekali rumah nenek husband dekat pandan indah.. settle semua rumah kita terus gerak balik sabak bernam.. 


ni raya ke dua.. tema pilihan adalah dark blue untuk anak2 dan mama ayah pakai warna grey dan hitam.. ni semua last minit punya pilihan ni.. huhu. raya kedua kita ikut mak beraya ke perak.. rumah makngah abah aku dan tiba2 last minit mak ajak beraya ke ipoh rumah kak long.. along aku xraya tahun ni sebab kerja.. so kita jalan2 la ke ipoh.. alhamdulillah sampai.. mak mintak husband drive kan kereta.. abah naik dengan abang ke3. balik dari ipoh tu aku tido.. nasib baik la mak setia teman menantu dia bawak kereta... hahaha 


bersama anak2 mama.. tiga da anak aku.. semua da pandai bawak diri masing..  sekejap je raya tahun ni sebab nya raya ke3 husband aku dah start kerja malam da.. so lepas zohor raya ke 3 dah gerak balik ke shah alam da... tema raya ke3 pun tak dirancang pun... huhuhu.. 


mama ayah warna merah.. anak2 hitam dan dark blue... sebelum balik shah alam memang rancang nak amek gambar dekat sawah padi area sekinchan.. dekat Padi box sekinchan tu.. sawah padi dekat situ best.. nak2 musim tengah hijau ni.. cantik la pemandangan nya... 


bukan senang ye nak kawal anak2 ni ambek gambar.. semua nak berlari sana sini.. mana nak jaga takut ada kereta time tu.. so semua kena alert.. anak gambar dan kepuasan bergambar.. haha. nasib la dapat suami sporting..  layankan je isteri dia nak bergambar... terima kasih sayang =) 


selamat hari raya dari kami.. family mohd idzuan dan norhidayu.. Raya tahun 2019

  
nur hana irdina binti mohd idzuan


muhammad haziq iman bin mohd idzuan


muhammad hasif iffat bin mohd idzuan 

Boba tea..




Sekarang ni tengah trending air buba tea.. jadi di kesempatan itu aku pun tak melepaskan peluang untuk merasai sendiri beberapa air dari brand2 itu.. jom aku nak review dari tekak aku la.. yang aku try ni semua pearl dan fresh milk..  aku memang suka sangat2 fresh milk..kalau yang tak berapa suka susu tu mungkin xberapa suka la kot fresh milk ni...bagi aku, aku boleh terima semua nya.. Dari brand2 ni aku try flavor ni je setiap 1.. so aku review apa yang aku try la ye.. 

1) tealive - bang bang fresh milk ( rm8.45)

2) family mart - brown sugar bubble milk ( rm4.90)

3) xi fu tang - brown sugar pearl milk ( rm13.50)

4) The alley - brown sugar deerioca fresh milk (rm12.90) 

bagi aku semua ada rasa sedap masing-masing.  daaaannn paling best bagi aku dari xi fu tang sebab dia rasa berlemak dan berkrimmm... so setakat ni xi fu tang paling best. kalau korang tak minat susu korang oder la yang ada tea.. mungkin rasa dia takde la mauk sangat.  apa2 perasa semua ikut tekak masing-masing...  so pilihan di tangan anda sendiri.. 

korang boleh waze je SS15 subang jaya... semua tu ada dekat area2 sana... senang sebab dekat2 2 kedai tu.. xi fu tang dan the alley.. daboba dekat SS15 jugak.. boba tea yang lain ada dekat sunway pyramid.. 

Ada lagi tau yang kena cuba.. Tiger sugar bubble tea... Chizu tea ... Daboba tea ... Koi the tea.. so lepas aku cuba nanti aku buat review lagi okey..  selamat mencuba semua.. 



tapi ramai yang cakap brown sugar deerioca creme brulee milk best.. dan aku dah cuba pun.. sedap jugak bagi tekak aku... boleh habiskan sorang2.. tak mau share dengan siapa2 pun.. haha

Saturday, November 17, 2018

Anak nak sekolah dah...

Bulan 11 dah nak habis dah.. sekejap je rasanya masa berjalan. Tak lama lagi anak2 pun nak masuk sekolah dah. alahai sekejapnya... dan mama macam belum bersedia lagi nak menghadapai semua tu. Anak pertama tahun depan  masuk umur 6 tahun. anak ke 2 tahun depan masuk umur 5 tahun. so dua2 tu sekolah kan sekali je senang. perasaan aku sebagai mak agak berdebar2 sikit sebab ini kali pertama anak2 nak sekolah dan terus 2 orang sekali.

Aku hantar anak2 sekolah dekat tadika kemas. dan sesungguhnya apa2 pun tadika yang kita hantar aku percaya yang kita sebagai ibubapa jugak perlu untuk mengambil berat pasal pendidikan anak2 semasa dirumah. so aku harap aku mampu jalan kan tanggungjawab tu. semoga aku mampu untuk terus pantau pembelajaran anak2 aku nanti. fuhhhhh kena bersedia ni. sebab 2 anak kan nak sekolah. sekali jalan 2 terus... huhuhu.

Sunday, October 28, 2018

Amalan untuk ibu2 mengandung =)

Bila da disahkan pregnant oleh doctor best sangatkan. nak2 kalau tu zuriat yang kita nanti2kan dengan suami. disebalik kegembiraan tu apa kata kita selitkan sekali dengan tanda kesyukuran kepada Allah.. dan tanamkan diri untuk khatam al-quran. bila mengandung ni mood kita memang lain sangat2. kadang2 boleh jadi sangat2 sensetif. nak2 lagi kalau tu anak ke2 atau ketiga sebab kena bagi jugak perhatian dekat anak2 yang dah sedia ada. penat xpayah cakap la.. memang dah tanggungjawab dan amanah jadi kena jalankan dengan sebaik mungkin.

sepanjang mengandung kita xdatang bulan.. jadi gunakan 9 bulan tu sebaik mungkin. baca al-quran hari2 dan cuba khatamkan. silap2 dengan kelebihan yang Allah berikan tu.. 3 kali kita dapat khatam. kalau xmampu pun sekali tu da cukup bermakna da selama 9 bulan haid xdatang2 tu. indahkan ciptaan Allah.. 9 bulan Dia hentikan haid kita untuk kita gunakan untuk beribadat. lepas tu bila darah nifas da keluar..  kita boleh rehatkan diri sementara nak pulihkan dalaman selepas melalui proses kelahiran yang sakitnya hanya Allah yang tahu.

macam aku.. anak sulung.. masih kabur dengan semua tu. cuma amalkan surah2 pilihan je. tu je yang aku amalkan hari2 dan berulang kali sampai selamat bersalinkan anak sulung. dan selain tu ingat pesanan mak.. sebelum tidur salam tangan dan mintak ampun dari suami. tu syurga kita sebagai seorang isteri. alhamdulillah anak sulung lahir dengan mudah dan senang sekali. dan sifat2 dia sekarang memang aku perasan dia boleh ikut arahan dan pandai kemas barang2 kalau aku suruh kemas balik apa yang dia sepahkan.. alhamdulillah =)


                        

anak ke dua pulak.. masa tu macam malas sangat2 sebabnya penat dengan anak pertama yang masih kecik.. susu badan still on.. sampai xtahu la nak cakap macam mana. last2 hari2 amalkan baca al-quran surah2 yang atas tu dan tu pun ikut mood. tapi hari2 akan pastikan baca surah yassin. sebab bila baca surah yassin hati jadi tenang sangat2. badan yang penat dapat la di charge slow2.  alhamdulillah.. proses melahirkan anak ke2 pun dipermudahkan jugak

anak ke tiga advance sedikit sebab masa tu xberapa bersedia mental dan fizikal nak dapat anak lagi. so mengambil langkah keselamatan jiwa dan raga.. aku nekad nak khatamkan 1 al-quran sebelum dia dilahirkan didunia ni. alhamdulillah sempat khatam dan esoknya terus bersalin. karekter anak ke3 ni lain macam sikit. dia paling senang nak suruh buat apa2. tahap kecekapan dia kalah abang dan kakak dia. jadi aku memang sarankan kepada semua. sebenarnya nak didik anak2 bermula dari dalam rahim lagi =) jom sama2 kita amalkan =) =)






selain tu jugak.. insyaAllah dengan izin Allah proses kelahiran tu berjalan dengan lancar. semua nya rahsiaNya.. kita bertawakal dan terus berdoa tanpa henti. kalau boleh jom sama2 kita belajar spesifikkan doa kita. insyaAllah.... semoga dipermudahkan urusan kita semua.




Saturday, October 20, 2018

service tunda kereta PERCUMA

Image result for towing kereta free


tahu kah kita bila kereta kita mengalami sebarang kerosakan atau kemalangan kita boleh hubungi insurance kenderaan yang kita telah bayar setiap tahun. dan service itu adalah PERCUMA tertakluk kepada perjanjian kita semasa memperbaharuinya. sebab tu masa kita nak renew road tax kena tahu insurance yang kita bayar tu cover apa. kalau cermin tu selalu nya memang kena tambah la. maksud aku yang kita bayar tu kita kena tanya apa yang boleh di cover apabila berlaku apa2 nanti.

contoh macam yang terjadi dekat husband aku baru2 ni. 2 hari lepas... masa tu dia baru habis kerja malam. aku duk la tunggu2 dia.. last2 pukul 12.30 tengah hari dia call bagitahu yang tayar kereta pecah dekat highway kesas dekat petronas. aku pulak nak masuk kerja shift pukul 2pm. buntu sekejap.. dia bagitau jet kereta da loss habis.. nak tukar tyre spare susah sebab memang xjalan jet tu. dia try pinjam dekat orang2 semua xde dan mungkin xde siapa nak bagi kot. mungkin nak cepat ada hal lain.

kesian suami masa tu. da la handset xbawak sebab dia time kerja memang xboleh pakai. kerja malam pulak tu. so dia pinjam phone orang yang dekat petronas tu je. nasib baik la kejadian tu jadi dekat situ. last2 dia kata cuba call kan etiqa tanya sebab rasanya macam leh dapat servies towing kereta percuma. aku call2 bagi details semua dan dia kata aah memang boleh... terus legaaaa.... fuhhhh.. alhamdulillah ada pun jalan nya. dia inform dalam masa 30 minit-1 jam akan sampai.

kereta aku pakai insurans etiqa.. dan dia kata cover 200km untuk penghantaran ke bengkel.. tapi ni lupa la setahun ke atau macam mana.. dia kata lepas je naik kereta towing tu.. kalau ada tol kita yang kena bayar.. dan bengkel ikut la kita nak pilih atau nanti dia akan bawak kan ke bengkel yang terdekat dengan tempat kejadian. so pandai2 la kita buat keputusan ye. masa call insurans nak mintak tolong tu.. tanya betol2 la.. macam aku.. aku tanya banyak kali. dan memang FREE.. xpayah bayar apa2.. ye la services towing kan beratus jugak. huhu. tanya sekali berapa jarak cover ke bengkel tu.

lepas insurans amek details semua2 pasal kereta dekat mana.. kena tunggu pihak towing pulak call untuk pengesahan. dan lepas tu tunggu la diam2 sampai dia datang. masa dia sampai.. tanya betol2.. ni ke towing yang dari pihak insurans tu. kang xpasal2 pulak salah orang.. habis kena bayar pulak.. huhu. lepas dan settle towing datang dan sampai bengkel.. kena sign form dari pihak towing sebab dia nak kena hantar ke pihak insurans. dan guna servies towing ni NCD xberkurangan ye. kerosakan x kacau NCD.. tapi kalau kemalangan memang kacau NCD.

Sunday, October 14, 2018

Ketenang yang hakiki. =)

dalam kehidupan ni kita yang pilih sama ada nak melalui semua nya dengan kegembiraan atau kedukaan. jika kita lalui setiap liku itu dengan perasaan yang duka maka kita akan sentiasa merasakan apa yang kita ada tak kan pernah cukup dan tenang. semua nya seperti ada je yang tidak kena. masa berjalan dengan laju tanpa kita sedar akan apa yang menguntungkan. kita akan rasa kecewa.. terkilan.. menyesal... lalu kita akan terus berduka dan melara dengan apa yang terjadi..

tapi percaya la.. kalau kita dapat melaluinya dengan kegembiraan dan sentiasa bersyukur.. walaupun sedikit kita akan merasa tenang dan nyaman sahaja setiap detik itu. semuanya indah2 sahaja.. selain usaha yang berterusan kita juga perlu selitkan doa dan tawakal. kita hambaNya.. kita adalah pendosa. saat gembira atau sedih jadikan al-quran sebagai pegangan. usaha mencuri masa untuk mengejar membaca dan menhayati setiap ayat2 yang terkadung didalam nya..

sungguh.. jika kita sentiasa ingat Allah disaat senang mahupun disaat sukar.. pasti apa pun keadaan kita dapat memlaluinya dengan keadaan yang sentiasa baik-baik sahaja. kehidupan ini pun kita tak tahu apa yang akan datang esok hari. jadikan al-quran sebagai pegangan kehidupan seharian kita. aku bukan la baik mana.. tapi aku sedang cuba perbaiki diri.. terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan selama hidup didunia ini.

Tuesday, October 9, 2018

8 tahun berkhidmat



alahai... macam xpercaya pun ada.. xperasan da 8 tahun kerja di sini. alhamdulillah.. macam2 benda yang aku belajar dekat sini. dari mula2 masuk kerja pening2 lalat sampai la sekarang ni boleh je kerja dalam situasi apa pun.

bila busy sangat2 tu da semakin mampu untuk bertenang dan kerja dengan waras. da boleh nak handle situasi busy tu. ye la.. kalau kat inpatient 8 ward nak kena layan. so kita tenang tapi kena pantas la. plus kena lebih2 hati2.

Allah aturkan kehidupan kita tu da cantik sangat2 da... tinggal kita kena usaha... tawakal dan berdoa supaya hari2 akan mendatang dipermudahkan urusan dan dilancarkan kehidupan dalam kehidupan seharian.


Thursday, October 4, 2018

12 tahun perkenalan


Related image


Diam xdiam dah 12 tahun dah kenal dengan husband ye. kenal husband masa sekolah menengah tingkatan 5 masa tu. 2.10.2006. aku yang mengorat dia.. huhu. aku masuk sekolah tu 1 tahun je.. sebelum2 tu sekolah dekat kuantan masa form5 pindah duduk sabak. so sekolah situ setahun je. 

dah jodoh kot.. usha2 sekali on je terus couple. alhamdulillah. couple dalam 5 tahun lebih lepas tu terus nikah. nikah kira awal jugak la.. masa umur 23 tahun. umur 24 tahun dapat anak sulung.. 25 tahun dapat anak ke dua... dan 27 tahun dapat anak ketiga. dan insyaAllah tahun depan nak sorang lagi. haaa.... kannnnnn.. masa keluar number 3 kata xnak da.. haha... ni nak lagi.. =) =)

semoga terus terusan kita tetap menjadi sahabat yang baik ye. sebab memang dengan husband je tempat share macam2.. cerita ni... cerita tu.. pasal kerja.. pasal itu dan ini. hahaha. 

Tuesday, October 2, 2018

Night shift permanent


Image result for night shift




Sekarang husband kena masuk shift malam kekal.. mula2 rasa macam eh2.. macam mana ye. last2 xpelah kita redha je la.. sebab kalau Allah kata x kan terjadi.. maka xterjadi la ia kan. Perancangan Allah tu sangat2 bagus untuk setiap hambanya..xpe la kita jalan je dengan tawakal dan doa yang berterusan supaya semua nya berjalan dengan lancar.




Sunday, September 23, 2018

Office hours... rutin ku berubah...





Sekarang aku dah start masuk balik shift. dah 1 bulan da reshuffle. alhamdulillah berjaya harungi kehidupan kerja office hours. bukan apa sejak 4 tahun ni aku jarang sangat2 masuk kerja office hours. sebab aku ada 1 kereta je nak kena share2 dengan husband. Dan alhamdulillah sepanjang tempoh tu Allah permudahkan urusan aku dan suami untuk pergi dan balik kerja.

mula2 macam berfikir2 jugak macam mana la nanti kan.. tapi syukur sangat2 okey je selama 6 bulan tu kerja office hour. urusan anta anak2 ke pengasuh pun okey je. anta anak2 sama je xde la hari2.. sebab nya husband still lagi ada cuti 2 kali 1 minggu. sabtu ahad jarang2 sangat anta anak2, melainkan kalau kena shift malam je kena book awal2 dengan pengasuh.

Bila kerja office hours anak2 hantar pagi la. anak2 aku xmandikan waktu pagi.. cuma memang akan tukar diapers dan baju lain. sebab sampai2 dekat rumah pengasuh mesti kena tidur balik kan. huhu. so bila kerja office hours ni.. pagi2 husband yang akan hantar kami semua. aku siapkan baju anak2 nak pakai untuk pagi tu dan beg diaorang masa nak ke rumah pengasuh.

Pagi2 husband yang akan siapkan ketiga2 anak2. aku da bagi tugas dekat husband. sebab kalau semua aku nak buat memang xberdaya rasanya.. huhu. so aku memang macam ni. akan terus bagi je apa husband kena buat. xnak buat acah2 hebat last2 stress sendirian.. oh itu bukan aku.. =) =) so selalu nya akan kejutkan husband bila aku da siap mandi.

kiranya masa aku nak siap2 pakai baju semua.. husband siapkan tiga2 anak. bila aku da siap semua.. terus masuk kereta. bukak dan tutup pagar kerja hakiki aku. kalau xde mood baru la husband aku punya kerja.. haha. pagi2 beli roti gardenia 3 ketui untuk anak2 sarapan dalam kereta. wajib supaya perut diaorang teralas sementara sarapan dekat rumah pengasuh.

aku pernah bagi sarapan pagi.. pengasuh kata xpayah.. sebab anak2 akan tidur balik bila da sampai rumah dia. so sejak tu terus aku bali roti je makan siap2 dalam kereta. aku akan paksa semua anak2 makan. lepas settle anak2.. husband akan hantar aku pulak. lepas tu dia balik. time aku rehat aku akan hantar dia ke office dia dekat sunway..

okey la.. sempat dalam 1 jam tu uruskan semua urusan. sebab nak ke sunway banyak sangat2 jalan. time gaji selalu nya dia akan naik grab.. so aku dapat la lunch. kalau lepas2 gaji memang aku yang akan hantar dia. =) =) xpe la.. kena selalu kuat untuk jalankan semua ni. hati kena kental. xpe suatu hari nanti pasti ada kemudahan nya =) =)

begitu la selama 6 bulan kehidupan office hours aku. kena ubah sikit time nya. bila husband off day aku akan lunch dengan kawan2 la. kalau x.. memang itu je kerja aku bila time lunch. makan sama2 dengan husband dalam kereta.. huhu. okey apa dapat la dating dengan dia kan. sesi suap menyuap. hahaha... pernah dekat traffic light ada orang siap pandang2 lagi.. aku senyum2 malu jugak la.. sambil dalam hati kata.. lantak sana la..

p/s : sentiasa berdoa semoga setiap hari urusan dipermudahkan =)


Sunday, September 9, 2018

Awal muharram

alhamdulillah masih di izin kan untuk terus bernafas dibumi ini. lagi 2 hari kita akan masuk tahun baru dalam islam. semoga dengan pertambahan tahun ni kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan.



Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram

Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharam adalah:
.
1.  Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)
 .
.
2.  Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam
“Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
 .
.
3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”

 ..

4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

“Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)



kredit to blog klik sini

Monday, September 3, 2018

Akhlak diri sendiri

Dulu saya selalu berharap bahagia dari suami, bila harapan diletakkan pada makhluk, maka saya banyak kecewa, marah dan sedih bila suami tak capai standard/piawaian yang diharapkan.

Dalam banyak perkara, saya nak sauami jadi begitu begini, jangan buat begitu begini, jenuh hari-hari saya membebel, marah, sindir suami dan sebagainya, dengan harapan suami akan berubah.

Dalam masa yang sama, saya tak rasa saya bersalah, sebab semua saya ajar suami yang baik-baik, membebel suruh jadi baik, suruh jadi soleh, suruh jadi pimpin anak isteri dan sebagainya perkara yang baik-baik

dimana salahnya saya??

Rupa-rupanya salah saya pada AKHLAK. Allah tidak pandang siapa betul siapa salah, tapi kita sering tertipu dengan "aku betul , kau salah"

Jika "siapa betul siapa salah" jadi ukuran, sudah tentu Nabi saw tak pernah mengaku salah dengan isteri Baginda, yang ketika itu memang Banginda tidak bersalah, tapi tetap juga Baginda mengaku salah.

itulah akhlak yang mulia

Akhlak saya tidak baik, membebel sikap yang tidak baik, marah-marah adalah sifat syaitan, bagaimana saya ingin menyeru hati manusia menjadi baik, sedangkan akhlak saya sendiri tidak baik?

Saya menyeru kebaikan, pada masa yang sama saya suburkan kebencian dalam hati suami dan anak. Sebab itulah bebelan, herdikan, tengkingan, tidak akan jadi "asbab hidayah" untuk orang sekeliling berubah

Membebel, memarahi secara mengking, megherdik, ia bukan kaedah mendidik , sebaliknya ekspresi kemarahan yang dilepaskan oleh nafsu mazmumah dalam diri

Kaedah mendidik manusia, tidak dapat adalah tidak adalah kaedah Nabi yang tersusun cantik dalam sunnah Baginda saw

Akhlak must comes first

Jika tidak akhlak, bahkan membebel meleteri 24jam non-stop sekalipun, tiada yang terpikat untuk berubah menjadi lebih baik

Perkara yang baik perlu diajak dengan kebaikan, bukan dipaksa dengan kebencian dan hati yang panas membara. Tiada jiwa manusia yang tenang saat sedang membebel

Dimarahi, dileteri, ditengking, dihina, diherdik, tak ada jiwa manusia yang suka perkara begini, tapi semua membenci. Asbab itulah Baginda tidak mendidik dengan kaedah yang dibenci oleh fitrah manusia ini, kerana ia menjahan dan merosakkan hati-hati yang baik

Di satu ketika apabila saya muhasabah diri, saya "pejam mata" akan kekurangan suami, saya mula bicara dengan Allah kembali, saya letakkan harapan pada Dia Yang Satu, saya ubah diri sendiri tanpa pedulikan ingin mengubah suami atau orang sekeliling

Hebat Allah Ta'ala, ila saya fokus ubah diri sendiri , Allah tak semena-mena mengubah suami saya.

Dulu saya penat lidah, penat emosi, penat mental membebel setiap hari, tapi sebaliknya keburuka yang saya dapat, bergaduh siang malam, hati tak tenang, stress, jiwa kacau, tapi once saya ubah diri saya, baiki solat awal waktu, baiki akhlak sendiri, baiki hubungan dengan suami, fokus didik anak, tanpa sepatah kata, Allah telah ubah dia, malah jauh lebih baik dari apa yang saya mahukan selama ini

Beliu jaga solat berjemaah 5 waktu di masjid , makin banyak luangkan masa dengan aak-isteri, berkasih-sayang, berlumba-luba khidmat dalam rumahtangga, tiada lagi sikap berebut malas, bersama-sama berpimpin tangan berganding bahu, lead anak buat khidmat diluar rumah, jaga amal, ikram ahli keluarga, infaq sana sini.. masya Allah..

Benarlah Allah kata, "jika kamu bersyukur, maka Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, namun jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih (QS, 14:7)

JANGAN UBAH PASANGAN KITA... TAPI UBAH DIRI KITA...


credit : komen di ruang FB ... MOHAMED BETUL


Thursday, August 23, 2018

Permata hatiku.

Image result for anak2 syurga

kadang2 bila kita penat kemarahan susah nak kawal... nak2 kalau anak2 buat benda yang mengundang kemarahan kita. tapi lepas marah baru la rasa bersalah je. huhuhu. anak2 kecik banyak akal bila nak membesar ni.

aku cuba dan cuba untuk terus bersabar dalam membesarkan mereka. bersyukur la anak2 aku dikurniakan sempurna.. tapi kenapa aku sering kali mengeluh bila mereka xreti nak duduk diam. sedangkan mereka cuba untuk balajar menerokai dunia...

maaf kakak.. abang dan adik.. kadang2 mama xmampu nak tahan kemarahan. semoga anak2 mama membesar dengan sebaik mungkin. mama sayang semua anak2 mama. 

Saturday, August 18, 2018

siblings day out


15 July 2018 yang lepas lepak2 dekat M city dekat ampang. Husband tak dapat ikut untuk hari sabtu tu sebab dia kerja.. ahad je dia join sebab dia off day. Masa hari sabtu tu aku lepas habis kerja pukul 2 pm aku terus gerak ke untuk hantar husband ke tempat kerja. dia ada bagitau yang kena lalu ampang nak ke rumah mak dia.. masa tu cuaca agak panas.. so aku dengar gitu2 je la. last2 aku kata xpe la ikut je google maps. sebab malas betul nak fikir. lagi pun maps tu abang yang share kat group so follow je senang. tambah2 pulak tengah sakit kepala.


sekali bila follow google maps sampai ke sungai besi dia bawak. yang pelik nya aku duk keluar masuk balik still lagi la dia tunjuk jalan yang sama... aku nampak klcc tu.. tapi macam xtau nak ikut mana. berapa kali aku brek berhenti tengok balik google maps tu tak payah nak cakap la. last2 hati da lain macam dah... eh kenapa dia bawak sampai ke bangi nanti. so aku keluar dan search balik tapi still lagi jalan yang sama.. huhuhu.. dalam hati asyik la duk ulang2 baca ayat kursi supaya xtersesat jauh lagi. call semua xangkat. last2 sekali adik num 5 yang angkat. aku tanya dia...sekarang aku berhenti ada persimpangan.. putrajaya/cyberjaya dan 1 lagi xde signboard.

nasib la adik kata bukan jalan tu. aku da mengucap da.. huhu. kenapa google maps tu nak main2kan aku ye. seram sejuk da. ikutkan hati nak balik shah alam balik je. tapi disebabkan anak2 nak sangat jumpe sepupu2 mereka maka aku kuatkan la hati.. dengan bateri dah nak mati nya. so aku undur kereta dari persimpangan tu.. masuk jalan yang xde signboard. sebab adik kata cari klcc. so aku buat keputusan nak patah balik ke sunway jalan tadi. dan aku ikut fedral je senang. kalau nak ke klcc aku tau la ikut fedral.. sebab kadang2 pergi rumah mak mertua husband bawak ikut situ kalau nak jalan jauh sikit.. so aku tau la jalan tu. 


last2 sampai sana dekat pukul ampang dalam pukul 5pm cari petrol pump.. sebab nak cas nset. alhamdulillah depan sikit dari klcc tu ada shell.. so berhenti la situ dan cas nset untuk call adik aku. uwaaa... kenapa la boleh sesat kan.. xtahu la saka mana yang kawal google maps aku masa tu.. huhu...tekejut kita. sampai2 homestay tu dalam pukul 5.30 petang terus tukar2 baju terjun kolam renang. wahhhh cantik nya tempat dia.. sangat2 best... umah kondo 2 tingkat. cantik dalam rumah tu. besar sangat. bawah ada 1 bilik.. atas ada 2 balik.. dekat ruang atas ada katil. aku bagi adik aku tidur situ.. aku tidur dekat lantai je.. sebabnya anak2 aku memang aku bagi tidur bawah je. sebab takut kalau jatuh katil lagi.. huhu... 


mandi kolam renang sampai kecut jari jemari.. huhu .. anak2 agak takut sebab diaorang memang jarang mandi kolam renang. rasanya ni kali ke2 diaorang mandi kolam.. kesian anak2... bila masuk kolam tu masing2 takut2.. huhu. nak mandi dekat kolam awam mama macam seram sikit sebab banyak penyakit. kalau homestay atau hotel okey sikit sebab xseramai macam tempat public kan. 



malam tu buat steamboat.. grill dan rebus2.. banyak jugak la... kenyang sangat2 makan malam tu. siap ada lamb lagi.  



sesi makan dan makan sampai kenyang. 


ada game untuk anak2 semua... =) 


penyampaian hadiah oleh abang sulung.. huhu.. 


so stay dekat situ 1 malam je la. tapi memang puas hati. terim kasih kakak ipar dan abang yang sponsor tempat ni. memang sangat2 selesa dan enjoy sangat. lepas da check out gerak makan durian. makan dan makan. terima kasih semua sangat2 seronok spend masa dengan adik beradik. terima kasih adik aku sebab sudi tunggu kakak dia kat klcc hampir 1 jam.. so touching... TQ.... =)  

Saturday, August 11, 2018

melatih anak2 tidak memakai diapers seawal 3 hari



Image result for potty training


1) Tunjuk dekat anak2 toilet... bagitau tu toilet untuk kencing atau berak berulang kali.

ha... betul... aku duk ulang kat anak2.. abang.. kakak nak kencing ke nak berak ke bagitau mama.. kita pergi toilet ye.. sambil tunjuk2 toilet. cakap toilet tempat nak kencing... berak dan mandi tau.  sambil2 diaorang ngah leka tu buat2 tanya.. abang kakak nak kencing ke nak berak ke dekat mana?? dengan pantas akan cakap dekat toilet mama. duk ulang2 dan ulang serta ulang dan ulang lagi tanpa jemu. mula2 buat setiap setengah jam. lama2 benda tu akan jadi seronok sebab boleh bergurau2 dengan anak2 sekali..

2) Tanya anak2 nak kencing atau berak dengan kerap

aku pernah guna teknik bawak anak2 ke toilet  setiap  2 jam.. tapi langsung xberjaya.. bila g toilet tak nak pulak kencing ke berak ke. dia duk sengih2 je. tapi bila kat luar toilet terus kencing laju je.. huhuhu. so kali ni aku tukar sikit.. aku tanya je..abang kakak nak kencing ke?? kalau nak bagitau mama ye.. nanti kita pergi toilet sama2 tau. mama xmarah tau. kadang2 anak takut nak bagitau bila kita marah.. huhu. so dengan cara kita bagi diaorang rasa sendiri perasaan nak control tu automatik sekejap je akan berjaya. malah bila malam pun akan berjaya jugak.

3) Puji anak2 setiap kali diaorang berjaya pergi toilet 

dah macam kawan2 diaorang dah.. yelah kena buat serentak dekat 2 anak pulak tu. so kena la enjoy kan keadaan tu. macam aku.. setiap kali diaorang berjaya kencing atau berak dekat toilet.. aku akan tepuk lompat2 dengan riang nya. akan cium kepala anak2. puji2 cakap wahhh anak mama pandai... bijak dah.hebatttt nya anak mama.. sambil2 sep2 tangan dengan diaorang. mama sayang abang.. sayang kakak. secara xlangsung anak2 pun rasa dihargai. usaha mereka xsia2 la kan. diaorang happy diaorang akan usaha lagi supaya bila nak kencing atau berak.. pergi toilet.

4) Reward dengan apa yang diaorang suka 

start dari nak ajar tu aku da janji dengan anak2 nak belikan mainan. macam anak lelaki aku dia suka spiderman... ultraman. yang perempuan tu pulak suka masak2 atau make up. so aku duk la ulang... nanti bila abang dah xpakai diapers mama belikan abang spiderman / ultraman banyak2 ye. dan anak perempuan pulak cakap dekat dia.. nanti kakak dah xpakai diapers mama belikan kakak mainan masak2 ye.. xpun make up ye sayang. haaa... dengan itu anak2 akan bersemangat la nak buat lagi dan lagi sampai berjaya. seronok kan...
-
-
-
-
-
-
-
alhamdulillah berjaya aku latih dan ajar anak2 supaya tidak memakai diapers lagi. aku start sangat lambat.. anak yang sulung dah 5 tahun dan anak ke dua dah 4 tahun baru kesedaran tu ada. ada pun disebabkan anak2 nak masuk sekolah da..huhu. pernah cuba bukan xpernah tapi semua gagal. mungkin tahap kesabaran aku xberapa nak tinggi. so anak2 takut nak cakap. cara aku senang je dalam masa 3 hari anak2 dah berjaya bebas diapers siang dan malam terus.aku try cara ni sebab dulu aku akan marah bila diaorang xberjaya. so last sekali aku MALAS... huhu.

husband la banyak kali ingatkan... tu budak2.. jangan la marah sangat. mana nak berjayanya. so kita tukar la cara lain. tapi yang penting nak latih tu masa kita tengah bercuti. sebab kalau ngah berkerja susah nak buat benda ni.. sebab nanti anak2 keliru. paling penting memang kena kawal perasaan MARAH tu.. sebab bila kita berjaya kawal. anak2 pun enjoy nak tunjuk kat kita mereka hebat.. pandai dah. terima kasih husband sebab bagi kerja sama jugak nak jayakan misi ni. sayang awak selamanya =) =)

dalam masa 3 hari aku guna teknik ni memang betul2 berjaya sangat misi aku. siang dan malam anak2 da xpakai diapers lagi. nak keluar pun xpayah risau da... sebab sebelum keluar wajib tanya anak2 nak kencing atau x. kunci utama nya adalah bersabar =) =) walaupun berak still kena teman sebab diaorang gayat... tapi xpe.. mama happy bila anak2 da pandai buang air dekat toilet sayang2 mama semua.. mama sayang anak2 mama semua.


hidung masuk bateri ilthium

hospital shah alam seksyen 7 (kerajaan) 



masa ngah siap2 dalam hati memang agak dah kompem kena admit ni.. sebab nya kalau ada benda asing ni selalu nya kena masuk ward. masa ni husband xnak mandi.. dia men sarung je. yang kata kat dia... kejap nak siap betul2. sebab nanti takut lama2 kang. kita yang malu. yela kan nak pergi hospital kerajaan so memang akan amek masa yang lama la. sampai sana lebih kurang dalam pukul 4.30 pagi dah. masa ni hidung dia da berair je dan kua nanah dan berdarah sikit2. asyik kena lap je. puas dah tanya apa benda yang di masuk kan tu. iman masih relax dan xmengadu sakit pun. 

dalam pukul 5 pagi baru dapat jumpe doctor dekat emergency department . doctor duk suluh2 dan kata memang macam ada benda.. tanya aku xkan xperasan apa benda yang anak masuk kan tu. aku cakap la memang xde apa2 sebelum ni sebab anak xmengadu sakit ke apa ke. so dia suruh buat x-ray. pergi la x-ray nasib la sekejap je. sebab xde orang pun masa tu. relax2 je la. dalam masa 10 minit da settle da dekat x-ray department. lepas buat x-ray masuk balik jumpe doctor. dan doc tunjuk la memang ada benda asing dalam hidung iman. aku da start risau da... huhuhu. 

    

doctor emergency refer ke doctor pakar. kena tunggu klinik bukak dalam pukul 8.30 pagi. so sempat la nak solat subuh dan sarapan sekali. alhamdulillah... xpe la ok je sebab da inform bos aku amek emergency leave.  terpaksa amek demi anak walau cuti aku pun ngah nazak.. huhu. kul 9.30 pagi baru klinik bukak. lepak2 tunggu dengan penuh kesabaran. nasib baik anak2 baik2 je.. hahaha. doctor pun panggil dan doctor tengok report semua. kena remove.. doctor suruh masuk bilik rawatan. dia panggil geng2 dia. okey get ready nak keluarkan benda asing tu. sekali bila da berjaya keluar... terus dia kata.... ibuuuu... ada bateri ni... bateri bahaya tau ibu.. 

aku bila tau bateri yang masuk tu terus menangis... eh2 tak2... da start menangis masa anak duk meraung masa bateri tu nak kena tarik keluar. kesiaaannn nya.. terasa macam mak xberguna pun. huhu. bila aku da memangis tu... doctor.. senior MA.. MA.. semua x cakap banyak da. biasa la lelaki kalau tengok mak menangis.. memang malas nak layan...HAHAHA. lepas dah berjaya kua kan bateri tu.. hidung anak kena sedut pulak.. sebab darah mengalir je.. kesiannn nya dia.. nangis lagi dan lagi. lepas doctor dah berjaya removed tu.. terus dia tidur... kesian dia.. mengantuk sangat la tu. sebab dari semalam dia xboleh tidur. 

so kena hati2 la lepas ni kalau nak beli mainan dekat anak2. kalau ada bateri ni kena buang siap2. bukan apa... bateri ni sangat2 bahaya.. nak2 kalau bateri baru... sebab dia ada arus.. bila dia bercampur dengan body fluid akan kua kan alkali... alkali tu yang bahaya.. akan menyebabkan hidung terhakis atau akan rompong tengah2 hidung tu. nasib baik la masa tu suami cuti.. kalau lambat xtau la apa jadi dekat anak aku. terima kasih sayang ku.. sebab alert tentang anak2..  ni la bateri yang dah duduk dalam hidung anak aku tu. nasib xlebih 8 jam... semoga Allah sentiasa lindung anak2 aku. anak2 ngah membesar ni banyak akal nya... 




dan semua2 rawatan ni kos nya adalah RM1 SAHAJA. alhamdulillah berjaya prosedure nya.. xde apa2 komplikasi yang terjadi masa proses tu. syukur sangat2. dan apa yang aku nak puji services dekat hospital shah alam sangat2 la bagus dan berpuas hati.. dari emergency sampai la farmasi layan sangat2 baik. senyum je semua staff dia. doctor2 pun layan dengan baik... good job hospital shah alam. terima kasih atas layanan yang diberikan. semoga terus kekal berpanjangan.