Sunday, October 14, 2012

Mak yang tersayang....




selamat pagi yang xberapa nak pagi dah... yang mana lagi 50 minit akan masuk lah tengah hari. =) 14.0ct.2012... so hari ni genap lah 5 hari mak masuk ward. dekat PPUM. hospital sabak bernam suruh cari mana2 hospital yang ada pakar orthopedik. dan mak pun pilih lah PPUM...angah boleh guna GL dia untuk mak abah. alhamdulillah.. unlimited kalau masuk ward untuk parents.

10.oct.2012 ni sebenar nya second appointment mak dengan doctor. mula2 datang tu doctor suruh buat x-ray..  buat appointment ambil darah. lepas tu hospital bagi tarikh 10.oct.2012 untuk second appointment. dan lepas jumpe doctor tu.. doctor decide mak kena tahan dekat ward...  sebab keadaan mak dah semakin teruk sebenar nya. dia berjalan pun pakai tongkat empat.. kalau banyak jalan kaki bengkak.

tangan belah kanan mak pun macam xboleh nak guna sangat. makan pun guna tangan kiri. tu pun kena pakai sudu. kesian tengok mak. bila mak makan sedih sangat2 tengok. tangan kanan tu lah yang suap makanan dekat mulut kiteorang adik beradik masa baby2 dan kecik2 dulu.. dan sekarang tangan tu dah xkuat. emmm.... nak cakap lebih2 kang meleleh pulak air mata aku ni... huhuhu..................

semalam dalam kereta.. encik iwan cakap.. abah cerita dekat dia. abah tanya doctor.. apa yang patut kita buat untuk keadaan yang sekarang ni. doctor nasihat kan operate.. sebab keadaan tulang belakang mak tu ada masalah. kalau nak makan ubat boleh.. tapi lambat lah baik..lambat sangat. dan ada side effect lah. ok doctor saya paham.. mintak2 mak setuju untuk buat operate...


2 comments:

Emma Kamal said...

ayu, baru tauu mak hang msuk hospital. doa byk2 kat allah, moga mak hang diberi kesihatan spt sedia kala. Insyaallah, Sedih bila hg cite psl mak hang :(

ayu iwan said...

=) insyaallah... T.q adik..