Thursday, November 25, 2021
Balik kampung
Sunday, April 25, 2021
Ramadhan 2021
Thursday, March 25, 2021
Anugerah terindah
Ujian tanda Allah sayang
![]() |
Dulu masa aku beranak rapat2 ramai jugak kata2 dibelakang yang aku dengar.. "asyik beranak je dia" huhu.. sakit ?? aah sangat sakit rasa tu.. rasa sedih sangat sebab kenapa kena pertikai apa yang Allah dah berikan.. paling aku stress masa mengandungkan anak ke3.. masa tu emosi aku sangat2 tak stabil.
Kemudian aku buat keputusan.. aku mesti khatam kan 1 al-quran masa pregnantkan anak ke3.. tu je cara aku nak tenangkan diri aku dengan kata2 manusia yang berkata2.. paling aku sedih bila orang cakap dekat aku... kita kena fikirkan kualiti dari kuantiti...
Aduh dalamnya kata2 dia..ada lagi tu kata... nanti anak2 da sekolah baru rasa peritnya anak rapat2.. down ??? memag aku down sangat2 la.. jadi cara aku kawal stress aku.. aku baca al-quran hari2.. tanpa miss aku buat.. alhamdulillah Allah bagi ketanangan yang sangat ajaib
Kesannya aku anak aku yang ke3 tu.. aku suruhlah dia buat apa.. senang je dia datang.. alhamdulillah.. begitu la kehidupan... bila kita rasa kecewa dengan sikap manusia.. kita berbalik kepada Allah.. sebab Allah tak pernah tinggalkan hamba2nya dalam keadaan apa pun.
Rezeki Allah bagi.. masa anak ke3 umur dia 4 bulan ayah dia dapat kerja lagi better dari sebelumnya.. benefit yang baik untuk staff2nya.. tu la kan kita kena yakin setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.. kadang2 mama ayah rasa.. mama ayah tumpang rezeki anak2 je..
Lepas je dapat anak ke3 aku terus cakap dengan husband.. aku nak planning guna kaedah moden.. alhamdulillah berjaya.. sekarang anak ke3 dah masuk 5 tahun. Dan sekarang orang tanya bila nak num 4.. aku mampu tersenyum dan jawab.. insyaAllah...
Kebaikan yang aku dapat rasakan.. aku suka tengok anak2 sebab dorang membesar sama2.. tu la kawan gaduh.. kawan main.. kalau pergi mana2 bawak salah seorang pasti akan teringat adik beradik yang lain..akan beli jugak untuk yang lain.. alhamdulillah...
Kadang2 kalau kita lihat kawan2 yang ada anak rapat2 jaga la kata2 kita.. xperlu mention apa2... sebab rezeki Allah bagi dalam pelbagai bentukkan.. lebih baik kita doakan yang baik2 sahaja.. mood orang pregnant ni lain.. emosi sangat2 mudah tercalar.. hati2 okey =)
Tuesday, March 23, 2021
Sakit pinggang tak boleh berjalan
Sunday, March 14, 2021
Kitchen label stickers

Sos2 pun aku beli bekas2 macam ni.. nak samakan semuanya.. lepas siap semuanya tu tunjuk dekat husband.. bagitau lepas ni senang la ayah nak cari barang.. baca label je. Cuma sos je label kena custom design... yang sos2 punya tak sampai lagi..
-
-
-
-
Label sticker beli dekat shopee = RM14 - 72 pcs ( sekali postage ) type je Kitchen label stickers
Balang plastik beli dekat shopee = RM1.35 - 1 pcs
Rak putih beli dekat DIY = RM79
Bekas sos beli dekat DIY = RM2.5 ( saiz sedang.. ada 3 saiz )
Tupperware harga berbaloi2 beli dekat my aunty klik LINK ni
Saturday, March 13, 2021
TOSHIBA mesin basuh automatic
Tapi tetap bersyukur jugak sebab ada jugak mesin basuh.. sebab pernah jugak basuh baju pakai tangan.. so bila husband belikan mesin basuh manual bersyukur. Dalam diam tak diam tu mampu bertahan pakai mesin tu dalam 6 tahun lebih jugak la. mesin basuh ni sangat2 berjasa dalam hidup aku.. banyak dia mudahkan urusan aku.. terima kasih sudi berkhidmat untuk aku..
Monday, March 8, 2021
tahun 2021
Hari ke2 aku setting balik... sebab anak sulung aku hana tak suka datang lambat, sebab nanti kawan2 da gerak masuk kelas dorang akan masam je muka. nanti bila balik kang macam2 la dia tanya.. kenapa hantar dia lambat.. kawan2 da tak de mama.. huhu. jadi untuk bagi dia gembira kena la hantar awal..
Disebabkan tahun ni hari pertama sekolah masa PKP, jadi anak ke2 yang tahun 1 tu aku dan suami dapat hantar haziq dekat pintu pagar sekolah je. Cikgu2 dah maklumkan awal2 dah memang kena patuh SOP. alhamdulillah haziq tenang je masuk sekolah. Mama pulak masa tu yang nangis.. hahaha
Ye la dia tadika masa umur 5 tahun je.. lepas tu masa haziq 6 tahun sempat tadika 3 bulan je.. lepas tu mama berhentikan dia tadika sebab covid masa tu teruk jugakkan. 2 minggu sebelum bukak sekolah aku da pesan macam2 da dekat haziq.. bagitau sekolah tu seronok.. sekolah tu ramai kawan2.
Sekarang haziq seronok dah pergi sekolah.. dia kata kawan2 ramai.. cikgu baik2.. belajar seronok. Lega betol hati bila dengar haziq cakap macam tu. Terima kasih sangat2 dekat cikgu tolong jaga anak2 kami dengan baik.. Tahun ni murid2 tahun 1 memang agak mencabar sikit.. cikgu memang terbaik .
Wednesday, August 19, 2020
welcome 2020
Tahun 2020 dah nak masuk bulan 8 tapi baru terdetik nak menjenguk ke blog yang dah lama bersawang. maafkan aku sebab dah lama tak update blog ni. terima kasih sebab masih ada yang sudi datang melawat blog aku yang sunyi ni.
So apa perkembangan korang? aku alhamdulillah setelah hampir 10 tahun berkhidmat di KPJ sekarang aku da move ke hospital lain. Sebab apa aku move 1 sebab husband aku dah dapat jawatan permanent dalam company dia , kedua sebab aku nak cari pengalaman baru.
Mula masuk kerja baru ni agak penat sikit. Sebab da 30an badan dah tak macam masa mula2 kerja dekat KPJ dulu.. dan nak kena sesuaikan diri dengan suasana sini lagi.. cara kerja lagi.. semua kena belajar. Jadi disebabkan tu juga la stress sikit.
alhamdulillah dah masuk bulan ke5 ni dah dapat sesuaikan diri dengan suasana baru. Dapat sesuaikan diri dengan budaya kerja dekat sini. semua stress dah dapat diatasi. kawan2 sini semua okey2.. banyak membantu apa yang aku tak faham.
Syukur sangat2 dengan nikmat yang dikurniakan. terima kasih Ya Allah..
Sunday, October 27, 2019
Hari Sukan Negara 2019
Sekolah anak2 ada buat walkathon larian dekat tasik shah alam sempena hari sukan negara 2019. mula2 macam malas nak join sebab nya petang tu kerja pm shift.. tapi sebabkan anak2 terus rasa macam okey la mama join la ye. saje je nak spend time dengan anak2.
Saturday, September 14, 2019
Gilir jaga anak

Hujung tahun lepas husband bagitahu yang dia akan masuk shift malam untuk setahun dua. aku dengan ligat berfikir macam mana nak handle kehidupan. aku jenis memang suka fikir dari awal sampai habis untuk harungi kehidupan seharian. dan alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku. aku decide untuk kami jaga anak2 sendiri. dan kebetulan aku start kerja shift balik... so aku request untuk kerja pm shift.. start pukul 2pm-9pm
anak2 da start sekolah untuk tahun 2019.. sekali 2 terus sekolah tadika.. hana 6 tahun dan haziq 5 tahun. syukur sangat2 mereka dapat sesi yang sama kelas yang sama. sekolah anak2 start pukul 8am-12.30pm. sebab tu jugak la aku mintak shift petang. sebenarnya penat jugak.. sebab pagi urusan rumah dan anak2.. petang masuk kerja pulak.. kerja aku jenis jalan2 prepare ubat.. bukan duduk kat meja hadap komputer sampai habis duty..
so aku mula buat jadual kehidupan... aku follow untuk sebulan yang pertama.. bila da dapat rentak aku rasa lega sikit la. selain usaha untuk megatur kehidupan seharian.. aku serahkan 100% tawakal kepada Allah.. doa supaya dipermudahkan urusan seharian. aku juga kena kuat untuk setahun 2019 tu.. kuat dari segi mental dan fizikal.. sebab bila da buat 1 keputusan tu kita kena hadap dengan tenang dan sabar.. nak xnak xboleh turn back da.
jadual 2019 yang aku da buat macam ni..
alhamdulillah bila aku buat jadual ni aku rasa tenang sikit... sebab masa aku sangat teratur.. sebulan tu memang aku follow betol2 la... betul la orang kata untuk jayakan sesuatu tu time management kena jaga.. bila kita jaga masa kita.. kita mampu untuk lebih tenang dan kurangkan stress. dan diam tak diam dah hampir 1 tahun aku buat semua tu.. yang mana mula2 rasa mampu ke.. mampu ke.
nasib la husband pun bagi kerjasama.. aku tetapkan anak2 balik sekolah mesti dia yang amek.. aku xkan amek.. sebab aku da susah payah pagi2 hantar mereka dan tunggu dia dekat sunway..so kita kena fair la jalankan tanggungjawab ni. setakat ni husband xpernah fail amek anak2 dekat sekolah. hampir sudah tanggungjawab untuk tahun 2019.. lagi 2 bulan lebih je lagi.. lepas tu aku da masuk kerja office hour untuk 1 tahun pulak..
tahun 2020 kita kena buat jadual baru pulak.. hihi. untuk tahun 2019 ni memang gilir2 jaga anak.. aku settle pagi2.. dia pulak settle belah petang lepas aku g kerja.. tapi anak2 aku da besar dah.. dah xhisap susu botol.. pakai pampers pun iffat je.. so mudah sikit la nak dibandingkan dengan masa semua kecik2 lagi tu. zaman 3 anak semua pakai pampers.. fuhhhhh... semua tu kenangan yang indah.. semoga Allah sentiasa melindungi mereka sampai bila2
Sunday, August 11, 2019
Pusat akuatik shah alam
untuk hari selasa - jumaat
( kolam terbuka ) kanak-kanak rm2.. dewasa rm3 .. oku, pesara, warga emas rm1.50
( kolam tertutup ) kanak- kanak rm3.. dewasa rm4.. oku, pesara, warga emas rm1.50
untuk hari sabtu, ahad cuti umum
( kolam terbuka ) kanak-kanak rm2.50 ... dewasa rm3.50 .. oku, pesara, warga emas rm1.50
( kolam tertutup ) kanak-kanak rm3.50 .. dewasa rm4.50.. oku, pesara, warga emas rm1.50
waktu operasi kolam renang
1) 9am - 11.15am
2) 12pm - 2.15pm
3) 3pm - 5.15pm
4) 6pm - 8.15pm
waktu operasi kaunter tiket
1) 9am - 10.45am
2) 12pm - 1.45pm
3) 3pm - 4.45pm
4) 6pm - 7.45pm
- kanak-kanak ( 0-3 tahun ) percuma , yang dikira start dari umur ( 4 - 12 tahun )
- isnin kolam renang ni tutup untuk proses penyelenggaran
- kategori warga emas start dari umur 50 tahun
Sunday, June 23, 2019
Raya tahun 2019
Tahun ni tema pilihan raya warna kelabu.. dan tahun ni aku buat kelainan sikit untuk pemilihan warna.. aku da xnak boria semua kami2 ni sama je sepesen warna kelabunya. Tahun ni aku buat anak2 light grey.. aku dan husband dark grey. so nampak la kontra sikit.. xde la dalam gambar suram je. Dan lepas2 ni mungkin sama dengan anak perempuan.. husband sama dengan anak lelaki. jom la kita transform dalam memilih warna..
Tapikan untuk tahun2 akan datang.. anak2 kena pilih yang dark2 je biar mak ayah pulak pilih yang light2.. sebab nya alahaiiii.. susah jugak la bila baju kena makanan.. kotor... aku da redha je.. tak pe la janji perut anak2 kenyang dan xmeragam sebab lapar. balik tu kena rendam dulu baju dalam baldi untuk hilangkan kotor2.. esok tu baru boleh basuh dalam mesin basuh. untuk anak2 mama xbijak lagi pilih warna ye.. haha.. biasa la nak membesar... makan mana nak elok lagi kan..
Boba tea..
Saturday, November 17, 2018
Anak nak sekolah dah...
Sunday, October 28, 2018
Amalan untuk ibu2 mengandung =)
sepanjang mengandung kita xdatang bulan.. jadi gunakan 9 bulan tu sebaik mungkin. baca al-quran hari2 dan cuba khatamkan. silap2 dengan kelebihan yang Allah berikan tu.. 3 kali kita dapat khatam. kalau xmampu pun sekali tu da cukup bermakna da selama 9 bulan haid xdatang2 tu. indahkan ciptaan Allah.. 9 bulan Dia hentikan haid kita untuk kita gunakan untuk beribadat. lepas tu bila darah nifas da keluar.. kita boleh rehatkan diri sementara nak pulihkan dalaman selepas melalui proses kelahiran yang sakitnya hanya Allah yang tahu.
macam aku.. anak sulung.. masih kabur dengan semua tu. cuma amalkan surah2 pilihan je. tu je yang aku amalkan hari2 dan berulang kali sampai selamat bersalinkan anak sulung. dan selain tu ingat pesanan mak.. sebelum tidur salam tangan dan mintak ampun dari suami. tu syurga kita sebagai seorang isteri. alhamdulillah anak sulung lahir dengan mudah dan senang sekali. dan sifat2 dia sekarang memang aku perasan dia boleh ikut arahan dan pandai kemas barang2 kalau aku suruh kemas balik apa yang dia sepahkan.. alhamdulillah =)

anak ke dua pulak.. masa tu macam malas sangat2 sebabnya penat dengan anak pertama yang masih kecik.. susu badan still on.. sampai xtahu la nak cakap macam mana. last2 hari2 amalkan baca al-quran surah2 yang atas tu dan tu pun ikut mood. tapi hari2 akan pastikan baca surah yassin. sebab bila baca surah yassin hati jadi tenang sangat2. badan yang penat dapat la di charge slow2. alhamdulillah.. proses melahirkan anak ke2 pun dipermudahkan jugak
anak ke tiga advance sedikit sebab masa tu xberapa bersedia mental dan fizikal nak dapat anak lagi. so mengambil langkah keselamatan jiwa dan raga.. aku nekad nak khatamkan 1 al-quran sebelum dia dilahirkan didunia ni. alhamdulillah sempat khatam dan esoknya terus bersalin. karekter anak ke3 ni lain macam sikit. dia paling senang nak suruh buat apa2. tahap kecekapan dia kalah abang dan kakak dia. jadi aku memang sarankan kepada semua. sebenarnya nak didik anak2 bermula dari dalam rahim lagi =) jom sama2 kita amalkan =) =)

selain tu jugak.. insyaAllah dengan izin Allah proses kelahiran tu berjalan dengan lancar. semua nya rahsiaNya.. kita bertawakal dan terus berdoa tanpa henti. kalau boleh jom sama2 kita belajar spesifikkan doa kita. insyaAllah.... semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Saturday, October 20, 2018
service tunda kereta PERCUMA

tahu kah kita bila kereta kita mengalami sebarang kerosakan atau kemalangan kita boleh hubungi insurance kenderaan yang kita telah bayar setiap tahun. dan service itu adalah PERCUMA tertakluk kepada perjanjian kita semasa memperbaharuinya. sebab tu masa kita nak renew road tax kena tahu insurance yang kita bayar tu cover apa. kalau cermin tu selalu nya memang kena tambah la. maksud aku yang kita bayar tu kita kena tanya apa yang boleh di cover apabila berlaku apa2 nanti.
contoh macam yang terjadi dekat husband aku baru2 ni. 2 hari lepas... masa tu dia baru habis kerja malam. aku duk la tunggu2 dia.. last2 pukul 12.30 tengah hari dia call bagitahu yang tayar kereta pecah dekat highway kesas dekat petronas. aku pulak nak masuk kerja shift pukul 2pm. buntu sekejap.. dia bagitau jet kereta da loss habis.. nak tukar tyre spare susah sebab memang xjalan jet tu. dia try pinjam dekat orang2 semua xde dan mungkin xde siapa nak bagi kot. mungkin nak cepat ada hal lain.
kesian suami masa tu. da la handset xbawak sebab dia time kerja memang xboleh pakai. kerja malam pulak tu. so dia pinjam phone orang yang dekat petronas tu je. nasib baik la kejadian tu jadi dekat situ. last2 dia kata cuba call kan etiqa tanya sebab rasanya macam leh dapat servies towing kereta percuma. aku call2 bagi details semua dan dia kata aah memang boleh... terus legaaaa.... fuhhhh.. alhamdulillah ada pun jalan nya. dia inform dalam masa 30 minit-1 jam akan sampai.
kereta aku pakai insurans etiqa.. dan dia kata cover 200km untuk penghantaran ke bengkel.. tapi ni lupa la setahun ke atau macam mana.. dia kata lepas je naik kereta towing tu.. kalau ada tol kita yang kena bayar.. dan bengkel ikut la kita nak pilih atau nanti dia akan bawak kan ke bengkel yang terdekat dengan tempat kejadian. so pandai2 la kita buat keputusan ye. masa call insurans nak mintak tolong tu.. tanya betol2 la.. macam aku.. aku tanya banyak kali. dan memang FREE.. xpayah bayar apa2.. ye la services towing kan beratus jugak. huhu. tanya sekali berapa jarak cover ke bengkel tu.
lepas insurans amek details semua2 pasal kereta dekat mana.. kena tunggu pihak towing pulak call untuk pengesahan. dan lepas tu tunggu la diam2 sampai dia datang. masa dia sampai.. tanya betol2.. ni ke towing yang dari pihak insurans tu. kang xpasal2 pulak salah orang.. habis kena bayar pulak.. huhu. lepas dan settle towing datang dan sampai bengkel.. kena sign form dari pihak towing sebab dia nak kena hantar ke pihak insurans. dan guna servies towing ni NCD xberkurangan ye. kerosakan x kacau NCD.. tapi kalau kemalangan memang kacau NCD.
Sunday, October 14, 2018
Ketenang yang hakiki. =)
tapi percaya la.. kalau kita dapat melaluinya dengan kegembiraan dan sentiasa bersyukur.. walaupun sedikit kita akan merasa tenang dan nyaman sahaja setiap detik itu. semuanya indah2 sahaja.. selain usaha yang berterusan kita juga perlu selitkan doa dan tawakal. kita hambaNya.. kita adalah pendosa. saat gembira atau sedih jadikan al-quran sebagai pegangan. usaha mencuri masa untuk mengejar membaca dan menhayati setiap ayat2 yang terkadung didalam nya..
sungguh.. jika kita sentiasa ingat Allah disaat senang mahupun disaat sukar.. pasti apa pun keadaan kita dapat memlaluinya dengan keadaan yang sentiasa baik-baik sahaja. kehidupan ini pun kita tak tahu apa yang akan datang esok hari. jadikan al-quran sebagai pegangan kehidupan seharian kita. aku bukan la baik mana.. tapi aku sedang cuba perbaiki diri.. terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan selama hidup didunia ini.
Tuesday, October 9, 2018
8 tahun berkhidmat
alahai... macam xpercaya pun ada.. xperasan da 8 tahun kerja di sini. alhamdulillah.. macam2 benda yang aku belajar dekat sini. dari mula2 masuk kerja pening2 lalat sampai la sekarang ni boleh je kerja dalam situasi apa pun.
bila busy sangat2 tu da semakin mampu untuk bertenang dan kerja dengan waras. da boleh nak handle situasi busy tu. ye la.. kalau kat inpatient 8 ward nak kena layan. so kita tenang tapi kena pantas la. plus kena lebih2 hati2.
Allah aturkan kehidupan kita tu da cantik sangat2 da... tinggal kita kena usaha... tawakal dan berdoa supaya hari2 akan mendatang dipermudahkan urusan dan dilancarkan kehidupan dalam kehidupan seharian.
Thursday, October 4, 2018
12 tahun perkenalan









































