Tuesday, March 23, 2021

Sakit pinggang tak boleh berjalan



Muhammad haziq iman anak aku yang ke2. dia lahir 10.12.2014.. masa mula2 tu aku tak tahu aku dah pun pregnant dalam 4 minggu ++ , tahu pun sebab ada 1 kes tu aku xboleh berjalan.. badan aku jadi lemah sangat2. Masa kejadian tu aku nak siap2 pergi kerja tup2 pinggang aku bunyi TUPP.. lepas tu nak berdiri tegak terus tak boleh..  call bos bagitahu aku MC.. 

Lama jugak la keadaan aku masa tu.. terbaring je.. last2 mak kata kena pergi hospital.. nasib masa tu mak stay dengan aku.. so mak banyak la membantu bagi kata2 semangat. lepas da zuhur tu aku still lagi tak boleh nak pijak lantai.. maka mak pun suruh pergi hospital , abah dan husband pulak kata tak berani nak angkat sebab pinggangkan bahaya jugak lah..

Call ambulan hospital suruh pick up amek dekat rumah.. sampai2 emergency tu terus doctor inject ubat tahan sakit.. ada rasa lega sikit lah. lepas tu doctor suruh pergi x-ray untuk buat x-ray.. masa sampai dekat x-ray department tu staff tanya bila last period.. ah sudah.. masa tu aku tak boleh nak jawab.. betol2 lupa sungguh. Staff tu cakap.. xpe kita kena ikut procedure wajib puan.. kita buat UPT dulu kalau negetive kita proceed.. kalau postitif memang tak boleh teruskan.

Tunggu punya tunggu.. tiba2 doctor datang bagitahu yang "Norhidayu bt hamid tahniah awak pregnant".. husband masa tu eh2 suka betol dia.. tersenyum indah dia bila tahun isteri pregnant. aku pun alhamdulillah.. lepas tu mintak doctor untuk admit jugak sebab memang tak tahan nak balik.. nak rehat dalam ward je. so admit la dalam 3 hari. Rawatan masa tu cuma makan ubat paracetamol dan buat physio sahaja.. dalam ward je belajar berjalan dan berdiri..

Lepas keluar ward tu dapat la MC 1 minggu.. dekat rumah memang mak suruh berehat je.. lepas tu staff physio bagitau dekat rumah nanti kena tuam2 belakang dekat bahagian pinggang tu dengan beg  tuam yang dia bagi. alhamdulillah lepas 1 minggu keadaan kembali okey.. cuma ada jugak la sengal2 sikit dekat bahagian pinggang tu. Tapi memang tak sangka la sebenarnya pregnant.. sebab memang tak de simptom apa2.. tup2 pinggang terus cramp tak boleh jalan.. tu la pengalaman yang tak dapat aku lupakan.. sakit betol.. huhu 

Kejadian tu jadi dalam bulan 4.2014.. then masa pregnantkan haziq.. anak aku yang sulung hana baru umur 10 bulan lebih... pantas sungguh hana dapat adik.. baru 10 bulan lebih dah beradik baru hihi. nasib la masa aku pregnantkan haziq.. hana jenis tak banyak ragam.. senang je jaga hana masa tu.. dia sangat2 paham mak dia tengah pregnantkan adik dia. Dan bersyukur jugak.. masa pregnantkan haziq xde alahan.. masa hana alahan aku cuma pada minyak wangi lelaki..bagi aku masa tu busuk sangat2 minyak wangi lelaki... lain2 alhamdulillah..