Sunday, July 31, 2016

Rezeki anak-anak..




bila anak dah 3 ni..dan jarak umur setiap seorang dekat2... serius aku nak bagitau.. kau kena kuat.. kena kental.. kena happy.. relax je.. sebab Allah bagi sebab kau mampu nak handle.. sebab tu Dia bagi anak2 tu. percaya la.. kalau tu bukan rezeki kita.. xpakai apa2 protection pun.. tetap bukan rezeki kita jugak kan. percaya kepada Qada dan Qadar.. maka kehidupan akan lebih tenang dan kurang la kita duk fikir macam2 perkara. insyaallah setiap anak tu rezeki nya lain2. semua xsama.

macam aku... aku kerja shift. husband pun kerja shift. cuma sekarang husband kerja office hour.. training untuk 1 bulan. haaa.. masak la kau nak fikir kerja apa. sebab anak2 kitaorang jaga sendiri. nasib boleh handle. syukur.. haa... tu pun rezeki jugak. kiranya aku dan husband kerja silih berganti shift. tapi alhamdulillah tetap ada masa dengan anak2 dan masa bersama. kena pandai adjust la. kena fikir banyak sikit. bukan senang nak senang.. dan bukan susah pun nak susah... relax je..



husband dapat offer kerja tempat lain. shift jugak. cuma sebulan ni kena hadap office hour. stress aku. nak xnak demi masa depan... xpe la.. aku cakap dengan dia.. "KALAU ITU DAH REZEKI ANAK2... INSYAALLAH ALLAH PERMUDAHKAN. ADA JALAN NYA SEBAB TU ALLAH LORONGKAN REZEKI YANG NI" alhamdulillah dapat arrange shift. aku amek kerja malam.. masyaAllah penat xpayah nak cakap la. tapi bila aku letak kan ikhlas kerana Allah.. redha tu datang slow2. membebel.. membebel jugak.. penat oi.. 3 anak nak kena handle..nak2 semua kecik2.

selasa hantar resume... rabu panggil 1st stage interview.. seminggu lepas tu 2nd stage interview. 2 hari lepas tu dapat jawapan.. " u r selected" ha?? cepat nya.. alhamdulillah rezeki anak2.. setelah 8 tahun berkerja dengan spm.. husband dapat gaji yang setimpal dengan pengalaman dia. kalah aku yang ada diploma ni. dan kerja 6 tahun di company yang sama.  bersyukur... bila husband forward massage dekat aku dia dapat.. terus aku buat sujud syukur. syukur rezeki anak2.. insyallah mungkin akan lebih selesa.. alhamdulillah... itu la kehidupan.. ada turun naik nya..

p/s : bila mana kita terasa penat dengan ujian Allah.. ingat la kita mampu untuk menghadapi setiap dari nya. ujian tanda Allah sayang kita.








0 comments: