Thursday, July 7, 2016

Gula bayi rendah??

dah lama xjenguk blog ni.. dah bersawang banyak sangat dah. rindu nya.. =) emmm.. alhamdulillah dah selamat bersalin anak ke3 pada 11.4.2016. ni dah habis pantang 44 hari.. lama dah hai.. tinggal pantang 100 hari.. lepas tu merdeka. mak pesan bukan 100 hari.. kena jaga badan elok2. muda2 memang xnampak.. kang sok tua baru rasa. ok mak baik.. mengikut perintah. berpantang ni bukan senang.. sangat2 susah nak displinkan diri sendiri. mencabar tahap keimanan.. haaa... oevr sangat okey.

anak ke 3 selamat dilahirkan tepat jam 8 .15 malam. dengan berat 3.5kg. bersalinkan dia dekat kampung jugak.. hospital daerah sabak bernam. masa nurse bagitau berat dia 3.5kg aku terkejut sangat2. ye la last scan hari jumaat 8.4.2016 doctor bagitau berat dalam 2.9kg je. dalam hati terus cakap.. oh patut la perut kecik je.. baby kecik je kali ni. kakak hana dulu 3.4kg.. berat abang haziq 3.1kg. sekali adik 3.5kg..mama agak terperanjat. nasib baik la senang je mama nak teran adik.. alhamdulillah..

dah beranak setahun sorang.. jalan dah ada.. sebab tu kot semua nya dipermudahkan. teran 2 kali.. terus keluar muhammad hasif iffat. bila keluar.. nurse cakap adik hypoglycemia.. nurse suh mama susukan adik. mama bagi susu.. tapi tetap xnaik2. nurse tanya mama ada kencing manis ke. mam bagitau la.. dah 2 kali minum air gula.. saya bebas kencing manis during pregnancy nurse. nurse pun diam je. lepas tu doctor datang. dia bukak buku apa tah.. duk angguk2 dengan nurse. jam 10.30 malam.. gula adik dah okey.. so mama boleh transfer masuk ward.. boleh rest.. esok boleh discharge.

masa dalam ward.. nurse cek adik dan mama.. okey tahap gula tiada masalah.. bila tanya kenapa anak saya boleh kena hypoglycemia.. nurse diam.. emm.. malas nak fikir. aku syak masa anak aku lahir diaorang dah bagi susu formula dah.. sebab aku dengar gula baby semakin rendah. tiba2 bila dia call doctor dan doctor datang gula anak aku naik. xpe nurse dan doctor.. saya redha.. janji anak saya selamat. sihat dan okey sahaja. xpe la adik.. lain anak lain ragam.. kadang2 kita kena fikir anak.. kalau nak exclusive breastfeed boleh.. kalau lahir2 anak ada masalah.. kita kena redha.. jangan zalim dengan anak.

bila doctor decide kena topup susu formula.. sila redha.. mungkin itu jalan terbaik. jangan nak berkeras sangat dengan pendirian kita.. kesian dekat anak. nak2 baru beberapa jam lahir.. banyak dia kena survive sendiri. so sebagai ibu yang baik.. jangan la kita terlalu berdegil nak pertahan kan apa yang xpatut. maksud nya bila anak dah krtitikal tetap nak susu ibu jugak. eh jangan.. kesia dekat anak. xpe kita serahkan kepada Allah.. semua yang dia tentukan adalah yang terbaik untuk hamba2nya.. =)

p/s : aku syak doctor bagi susu formula.. sebab dia tanya nurse.. baby muntah x tadi.. dia habiskan x 30ml tu. oh my!! tidakkk.. huhu.. xpe la.. mama redhoooo... =)