Tuesday, July 19, 2016

Pengalaman...

alhamdulillah Allah rezekikan lagi untuk aku mengandung kali yang ke 3. Ya Allah... terima kasih kerana rezekikan aku untuk kali yang ke3 dengan mengandung yang tiada alahan langsung. setiap yang terjadi Allah dah tetapkan sejak azali lagi. syukurlah dengan setiap apa yang kita miliki. apa yang kita miliki xsama dengan insan lain. bila tiada alahan senang untuk aku melakukan kerja seharian dengan kudrat yang ada. uruskan anak2.. suami.. rumah serta menjalankan tanggungjawab sebagai seorang perkerja.

perasaan malas memang banyak.. kalau ikutkan hati nak baring 24 jam tanpa gangguan. tapi kena tepis semua perasaan tu sebab anak2 yang sedia ada masih kecik.. jadi mahu atau tidak kena buat2 kuat. lain lah kalau mengandung kali pertama.. xbanyak kerja yang perlu dilakukan. cukup uruskan diri sendiri.. suami dan rumah. itu pun rumah bukan la sepah mana pun.. xde siapa nak sepahkan.. kemas seminggu sekali pun xpe..bila mengandung kali ke2.. kali ke3 dan seterusnya mana boleh nak bersantai2 macam anak pertama..

nak cakap diri kuat sangat pun.. xde la kuat mana.. kita tetap manusia yang perlukan rehat.. tapi tu la sebab anak2 kecik.. maka kena kuat jugak hadap semua benda.. kena rajin kan diri kemas rumah.. basuh baju.. masak. eh semua la kena buat. kalau dah penat sangat baru rest. aku pulak jenis xreti nak rehat selagi kerja tak settle.. bagi aku buat dulu kasi settle.. nanti2 rehat la.. haaa.. sampai ke sudah mana nak rehat nya.. bila kerja dah settle.. anak2 pulak ajak main.. layan kerenah dia.. layan kan je.. xpe la.. mama okey je.. huhu..

kerja pagi ke.. petang ke.. malam ke.. semua memang penat. tapi eh mana boleh relax.. kehidupan kan.. kena la kuat.. hadap je semua. sebab kita mampu la kita layak dapat semua ujian ni. so fikir la secara positif. maka akan lahir lah tindakan yang positif. dan datang la apa pun masalah pasti ko akan tenang nak hadapi.. dan yang paling penting kena la berusaha.. doa dan last sekali tawakal. Allah sentiasa ada untuk kita.. bila kita lemah.. kita dekat kan diri dengan Nya.. Dia rindu dekat kita.. sebab tu ujian tu datang... =) =)



0 comments: