Sunday, December 27, 2015

Terima kasih mak!!





mak... sungguh agung kasih seorang insan yang bernama mak.. mengandungkan..melahirkan..dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. kadang kala diketepikan perasaan penat seharian demi melayan kerenah kita setiap waktu. xpernah sekelumit pun rasa bosan melayan kita. menangis.. mengamuk.. meraung... dengan sabar.. mak jua yang hadir menghulurkan kedua belah tangan untuk menyambut kita dalam dakapannya. magik..!! dengan sekelip mata kita kembali tenang. kasih nya tiada tandingan. 

mak... terima kasih sebab melahirkan orang kedunia ni. orang sayang mak. ikutkan hati setiap minggu nak balik kampung jumpe mak. tengok mak lama2. emmm... mak... bila tengok mak.. kadang kala orang xdapat nak tahan dari menitiskan air mata. mak yang dulunya kuat.. xpernah kenal erti penat. kini mak lemah.. perlukan bantuan untuk berjalan.. perlukan kerusi roda untuk bergerak. Allah... sungguh hebat dugaan mak. Allah bagi ujian untuk mak.. untuk mak rehat... rehat dari masak... rehat dari buat kerja2 rumah. rehat lah mak... alhamdullilah takdir Allah.. cantik... Allah kurniakan adik2 perempuan untuk menjaga mak seharian. 

qada dan qadar. beza adik num 5 dan num 6.. 9 tahun.. oh ini rupanya takdir Allah.. cantik dan tersusun. kami pergi mencari kehidupan sebagai insan di dunia.. dan adik2 tinggal untuk menjaga mak di saat ini. perempuan. bila di teliti.. sungguh sempurna adik2 jaga mak. walaupun baru berusia 15 tahun dan 14 tahun. Allah berikan tahap pembesaran yang baik untuk mereka jaga mak. Allah kurniakan kepandaian dalam diri adik num6 untuk belajar masak... masak yang sedap untuk mak makan. alhamdulillah. mak orang selalu harap.. supaya orang mampu gembirakan hati mak. sumpah nangis bila tengok mak tengah makan. 

tangan yang dulunya gagah dan kuat.. dakap orang untuk tidurkan... untuk susukan.. untuk mandikan.. untuk suapkan makan..malah dengan tangan itu juala mak cuci najis orang sewaktu kecil.... kini lemah.. tergetar2 mak nak masuk kan nasi ke dalam mulut mak. kadang2 tu tercicir jatuh ke baju mak. sungguh !! tersentuh melihat semua tu. takdir Allah siapa dapat halang. begitu la kita... kita jua akan tua.. melalui saat2 sebegitu. semoga mak tetap kuat dan tabah.. mak orang doakan mak cepat2 sihat dan boleh berjalan seperti biasa.. terima kasih mak untuk semua yang mak dah berikan... sayang mak ketat2. 


0 comments: