Thursday, December 24, 2015

suami dan isteri =)



dah masuk 3 tahun dah nikah. biasa la dalam perkahwinan banyak dugaan yang kena hadap. antara sabar dan x je. suami dan isteri masing2 ada tanggungjawab yang tersendiri. bila sama2 jalankan tanggungjawab masing2 barulah aman dan damai. 3 tahun ni macam baru je bagi aku. sebab masih lagi di fasa perkenalan dengan lebih dalam. hahaha. yelah walaupun couple 5 tahun belum tentu lagi kita kenal siapa pasangan kita dengan sebetulnya kan. so kenalah belajar dan faham dengan sendiri. 



sebagai seorang perempuan memang matlamat dan impian untuk menjadi isteri yang baik dan solehah untuk suami. xkiralah macam mana suami tu.. dah menjadi tanggungjawab untuk kita layan dia dengan baik. kalau nak suami kita ingat dekat kita.. kita sendiri kena mendekatkan diri dengan Allah.. perbaiki hubungan dengan Allah.. insyaallah hubungan kita dengan orang disekeliling juga akan baik. selebihnya kita tawakal je.. semoga semuanya baik2 sahaja.. 





0 comments: