Thursday, December 24, 2015

Haziq turn 1

10.12.2015 yang lepas anak yang num 2 genap la 1 tahun. alahai sekejap je rasanya anak mama dah masuk 1 tahun. seronok tengok anak membesar dengan jaya nya. tengok gelagat anak2 membesar depan mata. hari2 bangun tengok muka anak memang indah. bila tengok lama2 lepas tu dia pun senyum balik dekat kita alahai cair hati. biasa la mak2 ni kan touching sikit.. mudah tersentuh. haha.. mama memang over anak2. eh mama haziq baru 1 tahun tapi mama dah mengandung 5 bulan. oh mama kenapa cepat sangat mama bagi abang haziq adik ni. anak lelaki memang manja sikit. nak2 kalau nak dapat adik. manja nya alahai kadang2 kesian.. kadang2 geram pun ada.. 

bayangkan nak bergerak jauh sikit dari mata dia pun dia boleh melalak bagai nak rak. nak naik atas nak letak kain yang dah siap lipat pun menangis selak. huuuu stress mak nak!! terpaksa la buat kerja laju2 supaya cepat2 dapat tunjuk kan balik diri depan dia. haziq oh haziq.. manja nya dia. kadang tu nak mandi pun susah.. dia tolak pintu bilik air tu kuat2. nak mandi pun xsenang. nak sabun semua kena laju2. nak mandi puas2 bila ayah dia ada je. tolong jagakan abang haziq. time tu baru lah boleh nak mandi betol2. biasalah semua mak akan rasa macam tu.. kena pandai kawal persaan je. anak2 kan nak manja2 dengan kita. dah kita mak bapak dia.. hohoho.. =) 

tapi haziq bukan dengan aku je dia macam tu.. dengan ayah dia pun sama jugak. dia memang macam tu. mungkin sebab dia membesar dengan mama ayah.. dan kakak hana je kot. so dengan orang2 lain ni dia janggal sikit. nak masuk line tu lambat sikit. kena amek masa. pergi la dekat mana2.. pantang letak terus melalak bagai nak rak. alahai... kadang2 tu geram sangat. nak buat kerja pun susah. rumah opah pun macam tu. rumah nenek dia pun macam tu. tapi aku seronok jugak sebab dapat dukung dia main2 dengan dia. kalau dekat rumah.. muka mama pun dia tak kesah. dia nak main je kerjanya. tapi kalau hilang je la dia kesah. aippp.. biasa dia ni.. nak kena gigit ni.. !!

untuk anak mama.. muhammad haziq iman bin mohd idzuan. mama sayang haziq. mama doakan haziq sentiasa sihat dan membesar bagaikan juara. yeaahh tahun depan haziq ada kawan. adik haziq lelaki tau sayang. kakak la kesian sebab dia xde kawan. xpe lagi 2 tahun mama dan ayah pastikan kakak akan ada kawan. lepas tu kita stop produce anak ye. hahaha. kita tumpukan jaga diri sendiri.. kita besarkan anak2 je. tapi kalau nak lagi pun sebelum umur mama 35 tahun lah ye. sebab lepas umur 35 tahun mama dah pecen nak ngandung. mama dah xlarat anak2... sekian... =) =) 


0 comments: