Saturday, August 23, 2014

Penghibur hati didunia...


alhamdulillah kandungan dah masuk 5 bulan. semoga dia selamat lahir. insyaallah kalau dia dah memang ditakdirkan untuk lahir kedunia.. walauapapun tetap akan lahir. semua Allah dah tentukan. sebenarnya masa doctor bagitau gender anak lelaki aku happy sangat. happy xterkata. syukur walaupun jarak kehamilan hanya 1 tahun Allah kurniakan sepasanag anak. jujur aku cakap. sebenarnya kalau nak difikir2kan balik... takut sebenarnya nak bersalin lagi. sakit nya Allah je yang tahu. bertarung nyawa.. teran. tahan sakit contraction lagi. mmmmm hebat nya kita mampu tahan dengan sabar.

tahun lepas... lepas je bersalinkan hana. memang nak jarak sebab ngeri sangat bila nak bersalin tu. tapi dah rezeki. nak buat macam mana. setiap anak ada rezeki nya kan. best sangat sebab anak num 2 ni anak lelaki. excited terlebih. macam mana lah ragam nya. macam kakak nya masa dalam pantang memang kuat sangat menyusu badan. masa baby senang nak jaga dia. tapi sekarang ni... ha... penat nak kawal. nak2 lepas dapat berjalan sendiri. pantang letak.. xsempat nak kejar. lagi kejar lagi dia happy nak main2 dengan kita. tapi seronok layan kerenah anak. =) penghibur dikala tension...

nak2 kalau tengok dia bergurau senda dengan ayah dia. ketawa terbahak2. bukan main lagi ye hana. nanti dah ada adik jaga adik baik2 ye. jangan buli adik. kakak kan anak yang solehah. mama sayang sangat dekat hana. sekarang ni adik dia dah aktif jugak. berbeza dengan kakak. kakak dalam perut xaktif sangat.adik nya lasak jugak. anak lelaki kan. lepas tu nafsu makan aku memang bertambah2. asyik lapar je. siang malam adik hana ni bergerak2. xpe adik.. selagi adik sihat.. mama xkisah. mama happy =) adik nanti jaga kakak baik2 tau. kakak tu garang sikit. nanti main sama2 dengan kakak ye =)

p/s : nama dah ada. tapi ayah selalu xnak nama yang mama pilih. huhu. =( =(

0 comments: