Saturday, August 16, 2014

Hari raya 2014





dah 20 syawal dah. xlambat lagi rasanya nak ucapkan selamat hari raya kan. alhamdulillah tahun ni raya kena kerja time raya. walaupun kena kerja.. tapi still lagi boleh pergi raya. hari ahad malam tu aku kena kerja malam. first night.. so dengar takbir dekat tempat kerja je lah. sedih xpayah nak cakap. tapi disebabkan kerja dah shift kerja hospital pulak.. apa boleh buat... kena ikut turn. kena adil. baru saksama.

pagi2 lepas balik dari kerja.. terus iron baju raya. kemas rumah cikit2. basuh kain baju. dalam pukul 10 pagi baru gerak ke ampang. rumah mak mertua. yang best nya. rumah nenek husband pun dekat KL.. rumah nenek2 sedara pun area KL.. so xde lah sedih sangat pun. sebab still lagi dapat beraya. dapat kenyangkan perut dipagi raya.. tu pun dah kira nikmat dunia tu. huhu. rezeki masing2 kan. mana sama..

sebelah mak mertua asal singapura. so makanan lain cikit lah. xpe kita belajar. kenal satu sama lain. kalau xjalan2 mana nak kenal sedara. so sekarang dah kenal. huhu. kalau selalu nya. pagi2 makan ketupat rendang. kuah kacang. rendang ayam. dan macam2 lagi. tapi masa pergi beraya belah husband makan lontong. nasi impit buat dalam daun pisang. sedap wangi je nak makan. bertambah aku makan.



lepas tu ada jugak kuah kacang. pastu ada paru sambal. wahhh.. happy perut. happy anak. sebab mama memang mengidam sangat nak makan paru. alhamdulillah Allah permudahkan. rezeki ibu mengandung. memang sungguh2 aku makan. memang amek lontong ngan paru je. hihi. masa first raya xde lah nak beraya sangat. tapi dapat jugak beraya 3 rumah. sebab malam nya nak sambung kerja. second night.

rasa kedua sambung beraya. pergi rumah makcik sedara husband. first time makan nasi jagung lauk nya ayam masak merah. dah lah lapar. ye lah baru habis shift malam kan. mana sarapan lagi. lantak nak cakap apa.. memang aku makan sungguh2. haha. ibu mengandungkan. lapar lain macam sikit. bertambah2 aku makan. dah tuan rumah suruh makan. haha. terima kasih makcik. sedap sangat nasi tu.

lepas tu gerak pergi rumah nenek dia. first time makan rendang kuda. pelik tapi kita try je . nak telan memang xlalu. sebab benda xbiasa makan kan. tapi okey lah rasa dia manis. makan dan makan. kenyang. sendat perut aku. lama jugak lepak situ. dalam pukul 5 baru gerak pergi rumah makcik dia yang lain. alhamdulillah dah kenal sedara mara belah mak mertua. boleh dah pergi raya lepas2 ni.. =) eh bukan raya je.

tahun pertama kawin raya belah sabak. ikut husband jugak. kenal sebelah ayah dia. tahun kedua raya sebelah aku. tahun ketiga sebelah mak dia pulak. syukur. hari raya ke 5 baru start cuti raya. lepas tu raya ke empat kot. lupa lah.. baru adik beradik aku berkumpul. memang best sangat. sebab semua ada. alhamdulillah.. apa yang mengidam semua dapat time raya... syukur sangat2. senyum sampai telinga.


gambar aku ngan husband xde. sebab aku mengantuk. sementara nak tunggu zohor.. aku tidur kejap dekat rumah mak mertua. mengantuk dik oii. kerja malam memang kelaut sikit.. huhu. so post gambar anak je lah. yang baju oren tu family abang yang sulung. yang baju merah tu family abang num 2. yang pakai jubah tu abang num 3. pakai baju merah adik num 5. kiri kanan tu adik num 6 dan 7. gambar mak abah dan gambar opah aku. mak kepada mak aku. tahun ni mak beraya dekat pahang. dan abang2 semua sebelah mertua. so tahun depan raya paling best. sebab semua raya pertama raya rumah mak. yahooo.. xsabar nak tunggu tahun depan. mesti best malam raya. sebab tu saya pilih tahun ni kerja time raya.. haha. otak kena ligat cikit. eh xde lah kebetulan.. =) =)

lagi pun tahun depan anak dah 2. kesian pulak nak tinggal baby dengan ayah. xpe turn kerja lagi 2 atau 3 tahun. xkisah dah. kerja je. xpe mak mertua dekat ampang je. nenek husband pun dekat KL. kalau kena kerja raya raya dekat sana. still lagi mood raya on. alhamudulillah rezeki Allah. dapat kawin dengan orang dekat. xpayah nak pening nak bertolak balik kampung pukul berapa. malam raya pun steady lagi nak gerak balik kampung. =) =) syukur =) ketemu lagi kalau umur masih panjang untuk sama2 menyambut hari raya aidilfitri. =) =) salam kemaafan dari saya yang serba kekurangan ini. =)

kesimpulan nya... raya tahun ni.. memang happy enjoy dan terhibur. dapat mengeratkan silaturahim. kenal satu sama lain. dapat makan yang best2. kenyang perut xhingat dunia. memang belasah je makan. mata macam panda sebab kerja malam pastu beraya pastu kerja malam esok raya lagi. xcukup tidur. tapi tetap seronok. semoga tahun depan dan tahun seterusnya tetap best. semoga hari raya dapat memberikan kemaafan setulus hati. bukan sekadar lahir di bibir mulut je. keikhlasan tu akan terpancar jelas kalau ianya betul2 ikhlas. jangan depan lain.. belakang lain.. hihihi. bahaya tu adik2.. =) =)


p/s : susah senang... adik beradik tetap bersama.. tetap ada untuk kita... =) terima kasih kepada semua. family tetap nombor 1. =) =)

0 comments: