Saturday, August 30, 2014

Kita orang yang hebat.


Kadang2 dalam kehidupan. Kita xsangka dengan ujian yang mendatang. Puas kita menangis. Perit nya rasa. Rasa nak menjerit puas2. Lepaskan semua yang terbuku dihati. Kadang2 kita xsanggup nak laluinya.kita putus asa. Tapi... Sebenarnya kita lah insan yang hebat yang kuat.sebab tu kita terpilih untuk menghadapi semua ujian ni. 

Kadang2 kita sangka kehidupan kita yang paling teruk. Tapi kita lupa. Kita kecewa. Sebab apa. Kita sibuk nak bandingkan kehidupan kita dengan orang yang diatas kita. Sedangkan orang yang dibawah kita lagi teruk penderitaan yang terpaksa dilalui. Jadi bangun lah. Siapa kita yang dulu bukan cerita nya. Itu bukan penyebabnya.

Xperlu nak tonjolkan. Cukuplah keberkatan yang kita dapat untuk teruskan kehidupan. Tawakal.. Berdoa. Ubah kehidupan. Fikir positif. Ini semua mungkin kifarah dosa2 yang lalu. Kita bukan manusia yang sempurna. Kita xlayak nak adili seseorang. Kita sendiri xtahu kehidupan kita macam mana. Biarkan apa orang nak kata. Mereka belum tentu kuat seperti kita untuk merasai setiap detik saat yang kita lalui.

Bukan kita nak kata kita hebat. Tapi kita kena hebat.  Sebab kita kena kuat. Biar pura2 hebat. biar kita saiko. Kalau kita lemah. Kita akan terduduk dengan longlainya. jangan pernah sesekali mengalah. Kehidupan kita.. Kita yang tentukan. Biar orang nak kata apa. Mereka hanya tahu berkata2. Hakikatnya. Kita yang rasa. masa lalu biarkan jadi kenangan. Tersimpan jauh disudut hati. pandang kedepan cari jalan peyelesaian. Gembira lag hati. Senyum... =)


0 comments: