Sunday, February 2, 2014

Mama saya nak yang fresh....




bila semalam dah first night duty.. hari ni kita teruskan dengan second night pulak ye =) emm.. dugaan.. hari ni badan rasa macam xberapa nak sihat cikit. hari ni bangun lambat... sedar2 jam dah pukul 1 lebih.. puas sangat dapat tidur hari ni. hana irdina pun tidur sama2. bila bangun je.. aku suruh ayah dia mandikan.. hari ni mama malas + xlarat. badan rasa sengal2. nak bangun pun malas. bangun makan.. lepas tu sambung membuta balik.. zzzzz mama mengada2...

tapi sekarang ni hana irdina buat hal lah.. opah dan ayah dia cakap.. kalau bagi susu dalam botol dia mengamuk xnak.. isyhhh geram pulak. dulu masa duduk dekat nursery pun ada jugak buat hal. xnak minum susu dalam botol.. masa tu full breastfeed lagi. ha sudah.. xsenang hati mama nya nak berkerja. dah lah kerja petang. last2 msg ayah dia.. suh search botol susu apa yang sesuai. mula2 dia tolak jugak botol pigeon tu. last2 bila dipaksa.. dia redha jua... pasrah..



sekarang ni mama nya malas dah nak pump susu.. dah start bagi hana susu formula.. emm.. mama mungkir janji nampak nya. maafkan mama ye sayang. semoga hati lebih tabah untuk anak2 yang lain. come on mama.. sila jangan give up lagi tau!!! kalau aku balik kerja.. hana nampak aku terus mengamuk nak aku. nak susu lah tu.. hoho. dengan pantas terus kena angkat dia. aisyhhh.. ni yang lemah ni. hana ni pandai betul amek hati mama kan.. saje je tau... gigit kang

tapi nasib baik lah walaupun dia xnak minum susu sangat.. dia makan pun kuat. emm.. kadang2 risau jugak. sihat ke anak aku tu. mengadakan nak protes2 xnak minum susu dalam botol.  mama gigit kang. baby ni kalau kita marah pun dia senyum je.. apa dia tau kan.. oh bila dia senyum nampak lesung pipit dia kiri dan kanan.. terus cair hati aiii... come to mama sayang.. come.. mama peluk hana kuat2. lepas tu kita tidur sama2.. kita mimpi yang indah2..

p/s: paling xsuka bila kena fikir tajuk.. penat nak fikir.. huhu...

0 comments: