Thursday, February 13, 2014

Bubur nasi anak..


hari ni night duty lagi. first night. alhamdulillah.. semua kerja malam dah settle.. bereh sudah. boleh lah nak update 1 entry baru. sejak2 ada anak ni.. kerja shift pulak. agak susah nak duduk lama2 nak update entry. bila anak dah tidur.. buat kerja rumah. basuh baju lah.. angkat kain baju lah. kemas itu dan ini lah. so nak mengadap semua benda ni agak terbatas. bila time dia terjaga nak kena layan dia pulak. biasa lah dah ada anak kehidupan berubah 360 darjah. sangat berubah okey. 

semalam tidur pukul 2 pagi.. hana ajak main. huh tension mama. apa pasal lah ajak main pagi2 buta ni. bagi susu xnak jugak dia tidur. last2 pukul 2 lebih baru dia nak tidur. okey hana.. mama pun dah zzzz. bangun2 dah tengah hari. oh nikmat nya hidup. hana pun bangun lambat jugak. isyh ini budak. bangun2 susu kan dia. lepak2 sekejap.. dan mandi. lepas tu masak kan nasi dia. hari ni buat bubur nasi.. ikan bilis + kentang + kurma sebiji. saja je letak kurma... manis yang original kan. 

cara nya senang je. letak beras segenggam.. lepas tu campak ikan bilis sikit dan pastikan dah siap2 buang tulang semua.. lepas tu campak kentang suka hati.. lepas tu kurma tu buangkan biji dan potong halus2. cuci semua bahan tu.. dah siap semua letak air separuh periuk. haa settle. lepas tu biarkan mendidih selama mana kita suka lah. dah agak2 sedap hati kita.. "eh dah boleh dah ni" ha tutup lah api dapur tu. lepas tu biarkan sekejap.. masuk kan dalam blender.. tekan je..

agak2 semua dah halus mulus dan gebu.. boleh lah dihidangkan kepada si manja anda... aku start bagi anak aku makan nasi ni masa umur dia 7 bulan ++ sebelum start dengan bubur nasi ni aku bagi nestum dulu.. sebab nestum tu ringan je kan. babykan kena start makan pejal bila dah masuk 6 bulan. bawah 6 bulan xdigalak kan sebab usus dia xmatang lagi. so bila hana irdina dah pandai nak tarik2 makanan mama dia.. aku pun bagi lah dia makan.. bila dah start makan ni senang sikit. 

selalu nya bila dia makan bubur nasi ni.. aku bagi sekali air masak.. dalam 5 kali suap dia bubur lepas tu 1 atau 2 sudu air.. kasi balance balik. kalau asyik bagi bubur je.. nanti mak aku cakap. kesian anak tu. bagi lah air cikit. okey opah. hana ni makan banyak jugak.. cuma tu lah nak melayan dia makan tu.. lambat. suka main2. mak cakap nak bagi budak kecik makan ni ke banyak bersabar.. fuhh.. memang betol lah. sekejap2 nak capai benda lain.. xpe lah janji dia makan.. 

so lepas ni.. boleh lah kadang2 letak carrot.. kadang2 letak sayur. kena kasi balance lah. selang2 kan. kalau makan tu je setiap hari bosan pulak budak kecik tu. aiya... sejak gigi atas pun dah tumbuh.. suka betul dia nak mengigit. ada ke hari tu dia gigit aku.. aii hana ni.. kena kang dengan mama ni. nak main gigit2 pulak. kadang2 aku letak jari dalam mulut dia.. buat acah2.. laju je dia nak gigit. lepas tu senyum buat muka xbersalah... aisyyyh.. macam2 lah hana irdina ni =) 

p/s : hana makan banyak2 tau.. tapi jangan gemuk dah lah ye.. hihi =) =)  

 

0 comments: