Friday, February 14, 2014

Bila anak sakit.. xnak makan ubat.




yes second night... menghitung hari untuk balik.. peluk anak kuat2. emmm rindu sangat dekat dia ni. sekarang budak kecik tu meragam je kerja nya. dia tengah kena batuk dan selsema. kesian hana... kadang2 sedih tengok dia. kalau lah boleh mama amek sakit dia tu.. mama rela hana.. asal kan hana sihat je. kesian mama tengok hana macam tu. nak tidur pun xselesa.

haaaa.... kan mama dah cakap.. makan ubat.. makan ubat. mengada sangat kan. nak protes depan tokwan dan opah. gigit kang. first time bagi dia okey lagi.. lepas tu nak bagi ubat2 yang lain terus memberontak. ai geram pulak tengok. macam mana nak baik kalau xnak makan ubat tu. bila dia dah nampak aku nak syringe out ubat tu.. dia buat2 tolak dengan tangan dia...

okey fine mama buat2 xfaham. bila mama paksa jugak. dia tolak dengan hebat nya.. siap muntah bagai lagi. hai drama sangat ang ni hana. last2 aku paksa jugak. ah xkira.. mama nak hana sihat. nanti kalau hana sakit.. hana mengamuk. hana xnak tidur. bila je dah sumbat dalam mulut dia... sekali dia muntah betol2 lah... hempeh... penat je mama paksa2 tadi..

anak oh anak... macam ni rupa nya kalau anak xsihat ye. hati banyak susah. kepala banyak serabut. dia kecik lagi.. nak cakap sakit tekak mana reti. nak cakap hidung sumbat mana reti. tau nya menangis je. kesian tengok. xpe lah hana.. ujian untuk mama dan ayah ni. xpe hana kan anak mama. mama bersabar je lah. bila mama marah hana gelak.. mama pun surrender...

p/s : bila dah jadi mak.. baru faham.. oh macam ni mak besarkan aku dulu. terima kasih mak. =) =)


0 comments: