Wednesday, January 31, 2018

kesan pengambilan suntikan depo-provera


Image result for depo provera

rancang keluarga itu memang penting jugak pada zaman sekarang ni. bukan nak tolak tadir tapi dengan ekonomi yang semakin membimbangkan ianya bagi aku perlu. aku masa anak pertama dan kedua aku amek perancang jenis pill. kena makan setiap hari. dengan kerja yang xtentu hala masanya memang selalu lupa la. disebabkan selalu ter skip so mana nak berjayanya.. dan termengandung la aku.. lepas tu berhuhuhu la bila buat test pregnancy double line..

lepas je bersalin anak ke tiga aku jumpe doctor pakar perbidanan ( obstetrik & ginekologi O&G ) .. cakap dengan yakin.. doctor saya rasa.. saya nak merancang anak la.. aku pun masa anak kedua xboleh berjalan sebab sakit pinggang. so aku bagitau la.. aku kena rancang la. dan doctor pun suggest la guna cara cucuk. aku ingat nak masuk implanon yang dekat bawah lengan tu.. tapi doctor kata kita cuba depo provera dulu.. aku pun okey je la..

sebelum cucuk berat aku 58kg. dan depo provera ni kena amek setiap 3 bulan sekali dan jangan lambat. aku pun okey je sebab setiap 3 bulan dan kos dia pun murah je. aku memang kena amek dekat KPJ sebab kerja dekat sini.. nak lari g government macam xsempat je. setahun pertama aku okey je amek. tapi lepas da amek 3 kali cucuk aku macam dan xboleh nak teruskan sebab side effect dia macam dah xboleh nak hadap. 

antara side effect dia yang aku kena adalah moody je.. huhu.. cian anak2 dan suami.. lepas tu lutut sebelah kanan sakit je. lepas tu cepat penat. dan paling xsuka berat aku dengan jaya nya naik kepada 72kg.. nafsu makan masyaAllah tersangat la xboleh nak dikawal sekali. so dengan berat yang semakin bertambah lagi la membuatkan aku stress dan stress.. huhu. mana xnak semua benda xmuat da aku pakai. berat 72kg ni berat aku dalam pantang la. 

side effect yang yang dekat bawah ni memang ada la aku kena. so bagitau husband aku xboleh g da dengan depo provera ni. aku nak stop. 10 side effect ni aku kena... dan ianya sangat la tidak memuaskan hati aku. rungsing la umur baru 27 tahun dah rasa macam tua sangat da. huhu. lepas stop ni terus xamek apa2 perancang da.. da nak dekat 1 tahun lebih jugak stop. anak yang bongsu da 1 tahun 9 bulan.. semoga adik jadi adik lama2 sikit.. hihi =) 

1. Kitaran haid tidak menentu
2. Mengalami sakit kepala
3.  Rasa berdebar-debar
4. Pening(berpusing)
5. Jerawat
6. Perubahan selera makan , samada rasa cepat lapar dan ada yang lambat lapar
7. Penambahan berat badan
9. Keguguran rambut
10. Kereputan pada tulang



0 comments: