Saturday, February 1, 2014

Teringat saat itu..




hari ni night duty.. first night.. selalu nya kalau first night energy masih 100% full. second night bergantung kepada siang hari nya... kalau tidur sekejap je.. mana nak 100% full untuk second night tu. tapi walaupun mata kadang2 xboleh blah ngantuk sangat.. tetap usaha sedaya upaya untuk bertahan. sila jangan tewas dengan kegagalan diri sendiri.. minum air kopi secawan.. baru mata kembali berkerjasama dengan jaya nya. lepas tu perut memulas2 mintak ke toilet.. huhu.. itu dugaan paling benci.. malam2 nak ke toilet.. kalau kerja malam nak pergi toilet.. sepenuh kekuatan aku kumpul.. hohoho... kalau dah perut memulas tahap xboleh tahan dah.. pergi buat2 berani.. dah siap.. terus cabut laju2.. hihi...

okey tukar topic. full stop. kadang2 terfikir nak tambah anak lagi sorang.. tapi macam kesian pulak dekat irdina... nanti dia xdapat kasih sayang yang tip top dari mama dan ayah dia. mesti nanti dia jelez bila aku duk layan adik dia.. hihi. tahun ni umur dah 25 tahun.. xpe2 kita stop sekejap.. tunggu 26 nanti baru tambah lagi sorang anak. nak jarak kan 2 tahun.. tapi kalau dah rezeki nak buat macam mana.. aku terima dengan hati yang terbuka.. lepas tu umur 28 tahun nak lagi sorang.. umur 30 tahun lagi sorang.. umur 32 tahun lagi sorang. eh ramai nya?? aah hajat nak 5 orang anak.. best anak ramai ni.. masa kecik je lah penat cikit.. dah besar cikit senang dah nak handle.. insyaallah..

apa2 pun kita hanya mampu merancang... mana tau kan.. ajal bila2 masa je. ingat lagi masa nak dekat2 bersalinkan hana irdina. selalu terfikir2.. ada lagi ke aku dekat dunia ni. mampu ke aku nak melahirkan anak tu nanti. kuat ke aku nak hadapi. bersalin umpama nyawa dihujung tanduk. bertarung nyawa.. antara hidup dan mati. tapi masa tengah memalui saat2 tu.. aku redha.. andai itu penghujung usia aku didunia.. aku terima dengan hati yang terbuka. sempat lagi mintak maaf dengan encik iwan. takut2 xsempat kan. encik iwan malas nak layan masa tu. hahaha. tapi masa tu aku cuba sedaya upaya xnak amek apa2. bersalin dekat swasta kan. xnak bayar mahal2.. hospital xcover untuk bersalin...

demi xnak susah kan suami dan diri sendiri.. aku redah jugak.. apa nak jadi.. jadi lah.. aku tawakal je masa tu.. yang aku tau.. aku nak normal.. xnak epidural.. xnak painkiller.. mak ai.. sangat berkira okey masa tu. berdoa siang malam.. berinteraksi dengan anak masa dia dalam perut lagi.. "baby2 bila mama push.. push.. dan push.. baby keluar tau. mama xnak kena operate.. nanti bill hospital mahaiii.." hihi.. lawak betol lah bila ingat2 balik. alhamdulillah dengan izin Nya.. aku mampu bersalin normal. syukur ya amat.. part paling kronik.. bila nak push.. doctor aku xsampai2 lagi. diaorang cakap jangan push.. aku push jugak. mana boleh tahan korang.. baby dah nak keluar ni...



bersalin ni ibarat nak buang air besar tu.. haaa... gitu lah.. tapi sakit dia berganda dengan tu lah. tapi kalau dah sampai waktu nya.. teran je.. jangan angkat bontot tinggi.. nanti koyak banyak. =) sakit masa contraction macam sakit masa kena period.. kalau kita pernah kena period pain tu.. insyaallah... kita mampu bertahan. aku masa anak dara.. period pain memang sakit tahap nak pengsan punya. tapi jangan risau lah.. sebab Allah jadikan kita wanita ni memang boleh tahan punya lah untuk hadapi saat2 melahirkan anak tu. yakin pada diri.. buat solat hajat. mintak maaf dengan suami sebelum tidur. banyak baca al-quran. mintak restu mak.. insyaallah.. semua dipermudahkan..

kalau tanya aku.. macam mana sakit bersalin tu.. susah nak cakap.. kena rasa sendiri.. =) xpe kita kuat.. =) ingat lagi masa lepas bersalin.. " awak saya xnak anak lagi.. sakit lah" hihi.. tapi sekarang bila irdina dah besar sikit.. eh best nya ada baby kecik2.. rindu bau baby.. dan paling best..eh dah lupa lah macam mana sakit nya masa nak hadapi saat2 melahirkan tu. oh.. itu semua kuasa Allah. ye memamg.. bila anak dah keluar je.. terus lupa. macam mana ye rasa sakit tadi tu... =) =) indah nya cipataan Dia.. terlalu sempurna. syukur sangat kerna diberi peluang untuk merasai nya sendiri. num 2 nak anak lelaki pulak.. best nya kalau dapat num 2 lelaki.. hana irdina kawan dengan mama..

yang adik nya kawan dengan ayah.. =) oh panjang nya entry hari ni.. maaf kan saya.. saya terlebih masa.. jadi nya up kan satu entry. insyaallah awal bulan 3 berpindah ke sec 23 kita. disebab kan mak abah dah duduk sekali.. cari rumah yang selesa sikit untuk diaorang. semoga mak abah sihat2 je. dan semoga aku dapat bagi yang terbaik untuk mereka. rasa macam xsabar nak pindah. dan paling xsabar.. nak tunggu hana irdina besar dan boleh jalan.. lepas tu rambut panjang.. bila dia dah boleh jalan nak pakai kan baju gaun. sekarang ni kalau pakai kan xberapa nak best.. bila dia dah pandai jalan baru macam comel sikit. bulan 5 ni dia dah setahun... alahai.. sekejap nya laaaa.....