Wednesday, February 5, 2014

MC dan negative..=) =)




hari ni MC.. akibat semalam muntah yang sampai xkeluar apa dah...air je yang keluar... lepas tu kena cirit birit cikit. makan je muntah.. minum je muntah. malam isnin tu dah start xsedap badan dah. baring2.. lepas tu tekak rasa loya je.. ah sudah... angin dalam badan duk krok.. krok.. krok. last2.. malam tu terus pergi bilik air... uweekkkk... habis semua makanan. lepas tu macam lega cikit. masuk bilik... minum air.. tidur lah. lepas tu pagi2 pukul 4 pagi... uwekkk... muntah lagi..

last sekali bangun pukul 6 macam gitu... uwekkkk lagi... aduh... xde apa dah yang keluar... air semata2. lemah sangat badan.. hari selasa tu memang xlarat betul. nasib baik encik iwan boleh uruskan anak. hana pulak duk merengek2.. nak minum susu badan.. xnak susu botol.. alahai hana.. mama dah xde apa dah dalam badan ni. tapi aku bagi jugak lah. kesian sangat tengok dia. hari selasa tu adik2 aku pun muntah2. mak aku demam. habis semua sakit.... musim kot...

kesian tengok semua. yang sihat cuma lah abah.. dan encik iwan. lemah nya badan ni.. baring je.. bangun mandi.. lepas tu makan bubur.. abah masak kan. dapat makan 5 suap je.. lepas tu... uwekkkkk.... alahai.. sedih nya rasa nya.. macam mana esok nak kerja.. dah lah kerja petang dekat dispense pulak. nak bau makanan pun aku dah termuntah. ni kan kena bau perfume apa bagai.. mau aku termuntah dekat depan patient.. ah sudah.. kang kena complaint pulak..

bayang kan bertapa terseksa nya.. nak makan pun muntah.. minum air pun muntah..apa yang tinggal tah dalam badan ni... lepas tu bila baring je.. teringat makan.. uwekkk nak muntah... bau makanan pun nak muntah... Ya Allah... berat rasa nya... =( oh macam ni lah kalau kena alahan masa mengandung kot. sebab masa mengandungkan hana irdina dulu aku xde kena macam ni. bila da diberi kesempatan baru rasa bersyukur cikit. Allah itu maha adil...

lepas asar tu encik iwan duk lah ajak aku pergi hospital.. tengok bini dia ni dah macam mayat hidup kot.. hohoho. aku cakap.. nanti lah.. aku pun Zzzzz.. lepas tu aku bangun sedar2 eh dah pukul 8.30 malam lah.. emm badan pulak rasa panas2. emm jom lah pergi. hana pulak demam jugak. ada selsema cikit dan batuk. lepas tu cirit cikit. bawak sekali lah. hana ayah nya yang dukung. aku memang xlarat pun. =( emmm ramai nya orang dekat cini... xlarat dah rasa nya...

sebelum jumpe doctor kena cek dulu.. okey temperature aku dengan hana sama 37.4.. emm xlah tinggi nasib baik lah. lepas tu tunggu sekejap.. 1066.. ye my turn.. doctor cek anak aku je lebih2. dia tengok aku dah makan ubat sendiri dekat rumah.. dia just cakap esok nak rehat x?? aku cakap aah saya xlarat. okey.. ni nasib baik ada demam. kalau xdemam saya xbagi mc.. ha?? dalam hati.. aku cakap.. ok kalau saya muntah depan patient sila jangan salah kan saya.. hihi.

alhamdulillah.. dapat jugak MC.. yeaahh setelah 3 tahun lebih berkerja.. xpernah mintak MC... xpernah sakit jumpe doctor.. amek ubat sendiri je. malas nak jumpe doctor.. ramai orang. alhamdulillah selama ni kalau sakit pun masih mampu boleh tahan dan berkerja. cuma hari ni je xlarat sangat. sebab dari aku kecik... jarang bagitau mak kalau aku sakit. diam2 je. paling xpun mak bagi ubat panadol je. itu sahaja. so bila dah terdidik dari kecik.. sampai besar lah macam gitu..

bak cakap mak.. sakit ni kalau kita layan.. makin menjadi2.. terima kasih mak. dan hari ni aku memang nak rehat. lepas telan ubat tahan muntah.. lega sikit. dan baru boleh buat kerja. disebab kan mama nya demam semalam dan hana merengek2 nak susu badan... hana pun dah berjangkit dengan mama. sihat xsihat. sebagai seorang mak. kena kuat kan semangat. mandikan dia.. susu kan dia. alahai.. sedih nya tengok dia... bagi ubat selsema yang mengantuk.. terlentok2 dia...

bila sakit... baru rasa macam... alah best nya bila sihat.. nak sihat.. nak buat macam2 benda.. xnak sakit. kesian dekat anak. tapi sedap kan hati. sakit ni Allah bagi untuk bersihkan dosa2 kecik kita... =) alhamdulillah syukur. diberi untuk sakit seketika. =) dan bila dah macam ni.. terus ajak encik iwan pergi beli pregnancy test. yes terbaik.. mama xde adik lagi hana.. so boleh lah hana manja2 dengan mama lama2 cikit. tapi kalau dapat aku terima je.. rezeki kan =) =)