Sunday, October 27, 2019

Hari Sukan Negara 2019



Sekolah anak2 ada buat walkathon larian dekat tasik shah alam sempena hari sukan negara 2019. mula2 macam malas nak join sebab nya petang tu kerja pm shift..  tapi sebabkan anak2 terus rasa macam okey la mama join la ye. saje je nak spend time dengan anak2.




ko tengok anak2 aku mengantuk lagi.. ye la pukul 6.30 pagi da kena bangun sebab pukul 7 pagi da kena keluar rumah.. anak2 gembira mama pun gembira.. seronok tengok anak2 dengan kawan2.. 


banyak jugak aktiviti anak2 sekolah tahun ni..  tapi mama kerja jadi mana yang sempat je mama akan join..  mama cuba jugak untuk join.. ayah memang xdapat join sebab ayah kerja malam balik pagi.. 


mak2 yang sporting cuba untuk join semua aktiviti anak2.. tahniah jugak untuk diri sendiri.. bukan senang nak join aktiviti ni   memerlukan pengorbanan jugak ni ... huhuhuhu 



lepas da berjalan dan berlari anak2 dalam 5000 steps kita makan nasi lemak pulak.. terima kasih ada yang sponsor makanan hari tu.. sedap nasi lemak tu 




Saturday, September 14, 2019

Gilir jaga anak



Image result for sunway pinnacle office

dekat area2 sini la aku dengan iffat tunggu husband.. sunway area... =) =) 

Hujung tahun lepas husband bagitahu yang dia akan masuk shift malam untuk setahun dua. aku dengan ligat berfikir macam mana nak handle kehidupan. aku jenis memang suka fikir dari awal sampai habis untuk harungi kehidupan seharian. dan alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku. aku decide untuk kami jaga anak2 sendiri. dan kebetulan aku start kerja shift balik... so aku request untuk kerja pm shift.. start pukul 2pm-9pm

anak2 da start sekolah untuk tahun 2019.. sekali 2 terus sekolah tadika.. hana 6 tahun dan haziq 5 tahun. syukur sangat2 mereka dapat sesi yang sama kelas yang sama. sekolah anak2 start pukul 8am-12.30pm. sebab tu jugak la aku mintak shift petang. sebenarnya penat jugak.. sebab pagi urusan rumah dan anak2.. petang masuk kerja pulak.. kerja aku jenis jalan2 prepare ubat.. bukan duduk kat meja hadap komputer sampai habis duty..

so aku mula buat jadual kehidupan... aku follow untuk sebulan yang pertama.. bila da dapat rentak aku rasa lega sikit la. selain usaha untuk megatur kehidupan seharian.. aku serahkan 100% tawakal kepada Allah.. doa supaya dipermudahkan urusan seharian. aku juga kena kuat untuk setahun 2019 tu.. kuat dari segi mental dan fizikal.. sebab bila da buat 1 keputusan tu kita kena hadap dengan tenang dan sabar.. nak xnak xboleh turn back da.

jadual 2019 yang aku da buat  macam ni.. 


6am - 6.30am  = solat subuh dan terapi diri sendiri
6.30 - 7am  = siapkan anak2 lepas tu aku kena mandi bagi segar
7am - 7.30am   =  beli sarapan dan hantar anak2 kesekolah
7.30am - 9am   =  amek husband dekat sunway.. jem lagi kena hadap
9am - 10am   = balik rumah.. husband pulak drive
10am - 11.15am  =  buat kerja rumah apa yang patut
11.15am-12pm  =  masak untuk semua.. kemas dapur sekali
12pm  =  kejut husband amek anak2 dekat sekolah
12pm- 12.30pm =  aku akan rehat kan badan lelap sekejap ke
12.30pm-1pm   =  suap anak2 makan nasi
1pm - 1.40pm  =  mandi dan solat zuhur lepas tu siap2 pakai baju kerja
1.40pm - 2pm   =  gerak g kerja..
2pm - 9pm =  kerja shift petang
9pm - 9.30pm  =  otw balik ke rumah
9.30 pm - 10 pm  =  kemas apa yang patut sebelum naik atas.. anak2 kena ikut naik atas
10pm - 10.30 pm  = solat isyak.. terapi diri sendiri
10.50pm  = mesti dekat atas katil untuk tidur.. tutup lampu bilik


alhamdulillah bila aku buat jadual ni aku rasa tenang sikit... sebab masa aku sangat teratur.. sebulan tu memang aku follow betol2 la... betul la orang kata untuk jayakan sesuatu tu time management kena jaga.. bila kita jaga masa kita.. kita mampu untuk lebih tenang dan kurangkan stress. dan diam tak diam dah hampir 1 tahun aku buat semua tu.. yang mana mula2 rasa mampu ke.. mampu ke.

nasib la husband pun bagi kerjasama.. aku tetapkan anak2 balik sekolah mesti dia yang amek.. aku xkan amek.. sebab aku da susah payah pagi2 hantar mereka dan tunggu dia dekat sunway..so kita kena fair la jalankan tanggungjawab ni. setakat ni husband xpernah fail amek anak2 dekat sekolah. hampir sudah tanggungjawab untuk tahun 2019.. lagi 2 bulan lebih je lagi.. lepas tu aku da masuk kerja office hour untuk 1 tahun pulak..

 tahun 2020 kita kena buat jadual baru pulak.. hihi. untuk tahun 2019 ni memang gilir2 jaga anak.. aku settle pagi2.. dia pulak settle belah petang lepas aku g kerja.. tapi anak2 aku da besar dah.. dah xhisap susu botol.. pakai pampers pun iffat je.. so mudah sikit la nak dibandingkan dengan masa semua kecik2 lagi tu. zaman 3 anak semua pakai pampers.. fuhhhhh... semua tu kenangan yang indah.. semoga Allah sentiasa melindungi mereka sampai bila2
















Sunday, August 11, 2019

Pusat akuatik shah alam


Minggu lepas kebetulan aku punya day off jatuh sama dengan day off husband.. so fikir punya fikir nak bawa anak2 kemana la kali ni kan.. nak bawa pergi mall aku memang malas.. sebab dengan mereka yang tengah lasak nak berlari sana sini je.. xlarat nak handle semuanya. fikir punya fikir sekali ajak husband.. eh jom la kita bawa anak2 pergi swimming.. rasa macam dekat sana ada taman sekali.. so terus on..  kita pergi sana je bawa anak2. bukan main seronok anak2.. 

Masa bawa dorang tu hari rabu so tak ramai sangat la orang dalam tu.. kita rasa kolam itu kita yang punya ye.. enjoy ke sana ke sini.. hihi.. mama baru nak berenang.. sekali anak2 semua duk ikut sebab dorang xpandai sangat berenang.. xpe nanti kita pergi selalu.. lama2 ok la tu.. mula2 memang takut. dulu pun masa kecik2 tokwan selalu bawak mama pergi mandi kolam awam macam ni.. seronok sangat sebab berenang tu best.. jom aku share details untuk akuatik shah alam ni .. 




ni kolam renang bahagian kanak2.. kalau kita dewasa ni paras lutut la..xde la dalam sangat...  tak de la cetek sangat.. sedang2 la... tapi kalau anak2 nak main gelunsur tu kena pantau sikit.. kalau da pandai renang tak pe.. kalau jenis baru nak belajar kena pantau la sebab takut lemas pulak nanti.


untuk hari selasa - jumaat    

( kolam terbuka ) kanak-kanak rm2.. dewasa rm3 .. oku, pesara, warga emas rm1.50

( kolam tertutup ) kanak- kanak rm3.. dewasa rm4.. oku, pesara, warga emas rm1.50

untuk hari sabtu, ahad cuti umum 

( kolam terbuka ) kanak-kanak rm2.50 ... dewasa rm3.50 .. oku, pesara, warga emas rm1.50

( kolam tertutup ) kanak-kanak rm3.50 .. dewasa rm4.50.. oku, pesara, warga emas rm1.50


waktu operasi kolam renang

1) 9am - 11.15am

2) 12pm - 2.15pm

3) 3pm - 5.15pm

4) 6pm - 8.15pm


waktu operasi kaunter tiket 

1) 9am - 10.45am

2) 12pm - 1.45pm

3) 3pm - 4.45pm

4) 6pm - 7.45pm


  • kanak-kanak ( 0-3 tahun ) percuma , yang dikira start dari umur ( 4 - 12 tahun ) 
  • isnin kolam renang ni tutup untuk proses penyelenggaran
  • kategori warga emas start dari umur 50 tahun  







Sunday, June 23, 2019

Raya tahun 2019




Selamat hari raya untuk tahun 2019.. alhamdulillah hari raya tahun ni bersyukur sebab masih diberi peluang untuk menyambut dan meraikan dengan insan2 yang tersayang, terima kasih Ya Allah. Tahun ni turn beraya rumah mak mertua.. rumah mak mertua dekat ampang je. so xde la nak kena menghadap jem kan.. haha. eh tapi rumah mak abah aku dekat sabak bernam je pun. syukur sebab dekat2 je kampung2 aku. ampang-sabak bernam-shah alam..

Tahun ni tema pilihan raya warna kelabu.. dan tahun ni aku buat kelainan sikit untuk pemilihan warna.. aku da xnak boria semua kami2 ni sama je sepesen warna kelabunya. Tahun ni aku buat anak2 light grey.. aku dan husband dark grey. so nampak la kontra sikit..  xde la dalam gambar suram je. Dan lepas2 ni mungkin sama dengan anak perempuan.. husband sama dengan anak lelaki. jom la kita transform dalam memilih warna..

Tapikan untuk tahun2 akan datang.. anak2 kena pilih yang dark2 je biar mak ayah pulak pilih yang light2.. sebab nya alahaiiii.. susah jugak la bila baju kena makanan.. kotor... aku da redha je.. tak pe la janji perut anak2 kenyang dan xmeragam sebab lapar. balik tu kena rendam dulu baju dalam baldi untuk hilangkan kotor2.. esok tu baru boleh basuh dalam mesin basuh. untuk anak2 mama xbijak lagi pilih warna ye.. haha.. biasa la nak membesar... makan mana nak elok lagi kan.. 



tahun ni xsempat nak bergambar 1 keluarga sebab beraya rumah mertua.. malu pulak nak amek gambar 1 keluarga.. huhu. nanti kena pakai balik baju raya.. amek sendiri2 je la kot.. huhu


so raya pertama tu pagi macam biasa makan dulu.. lepas husband pergi sembahyang raya terus gerak dengan mak mertua pergi beraya area2 kl.. 1st rumah ke rumah sedara kl entah la apa nama tempat tu.. lupa pulak.. lepas tu gerak ke keramat... habis keramat terus ke segambut. Dan last sekali rumah nenek husband dekat pandan indah.. settle semua rumah kita terus gerak balik sabak bernam.. 


ni raya ke dua.. tema pilihan adalah dark blue untuk anak2 dan mama ayah pakai warna grey dan hitam.. ni semua last minit punya pilihan ni.. huhu. raya kedua kita ikut mak beraya ke perak.. rumah makngah abah aku dan tiba2 last minit mak ajak beraya ke ipoh rumah kak long.. along aku xraya tahun ni sebab kerja.. so kita jalan2 la ke ipoh.. alhamdulillah sampai.. mak mintak husband drive kan kereta.. abah naik dengan abang ke3. balik dari ipoh tu aku tido.. nasib baik la mak setia teman menantu dia bawak kereta... hahaha 


bersama anak2 mama.. tiga da anak aku.. semua da pandai bawak diri masing..  sekejap je raya tahun ni sebab nya raya ke3 husband aku dah start kerja malam da.. so lepas zohor raya ke 3 dah gerak balik ke shah alam da... tema raya ke3 pun tak dirancang pun... huhuhu.. 


mama ayah warna merah.. anak2 hitam dan dark blue... sebelum balik shah alam memang rancang nak amek gambar dekat sawah padi area sekinchan.. dekat Padi box sekinchan tu.. sawah padi dekat situ best.. nak2 musim tengah hijau ni.. cantik la pemandangan nya... 


bukan senang ye nak kawal anak2 ni ambek gambar.. semua nak berlari sana sini.. mana nak jaga takut ada kereta time tu.. so semua kena alert.. anak gambar dan kepuasan bergambar.. haha. nasib la dapat suami sporting..  layankan je isteri dia nak bergambar... terima kasih sayang =) 


selamat hari raya dari kami.. family mohd idzuan dan norhidayu.. Raya tahun 2019

  
nur hana irdina binti mohd idzuan


muhammad haziq iman bin mohd idzuan


muhammad hasif iffat bin mohd idzuan 

Boba tea..




Sekarang ni tengah trending air buba tea.. jadi di kesempatan itu aku pun tak melepaskan peluang untuk merasai sendiri beberapa air dari brand2 itu.. jom aku nak review dari tekak aku la.. yang aku try ni semua pearl dan fresh milk..  aku memang suka sangat2 fresh milk..kalau yang tak berapa suka susu tu mungkin xberapa suka la kot fresh milk ni...bagi aku, aku boleh terima semua nya.. Dari brand2 ni aku try flavor ni je setiap 1.. so aku review apa yang aku try la ye.. 

1) tealive - bang bang fresh milk ( rm8.45)

2) family mart - brown sugar bubble milk ( rm4.90)

3) xi fu tang - brown sugar pearl milk ( rm13.50)

4) The alley - brown sugar deerioca fresh milk (rm12.90) 

bagi aku semua ada rasa sedap masing-masing.  daaaannn paling best bagi aku dari xi fu tang sebab dia rasa berlemak dan berkrimmm... so setakat ni xi fu tang paling best. kalau korang tak minat susu korang oder la yang ada tea.. mungkin rasa dia takde la mauk sangat.  apa2 perasa semua ikut tekak masing-masing...  so pilihan di tangan anda sendiri.. 

korang boleh waze je SS15 subang jaya... semua tu ada dekat area2 sana... senang sebab dekat2 2 kedai tu.. xi fu tang dan the alley.. daboba dekat SS15 jugak.. boba tea yang lain ada dekat sunway pyramid.. 

Ada lagi tau yang kena cuba.. Tiger sugar bubble tea... Chizu tea ... Daboba tea ... Koi the tea.. so lepas aku cuba nanti aku buat review lagi okey..  selamat mencuba semua.. 



tapi ramai yang cakap brown sugar deerioca creme brulee milk best.. dan aku dah cuba pun.. sedap jugak bagi tekak aku... boleh habiskan sorang2.. tak mau share dengan siapa2 pun.. haha