Saturday, September 14, 2019

Gilir jaga anak



Image result for sunway pinnacle office

dekat area2 sini la aku dengan iffat tunggu husband.. sunway area... =) =) 

Hujung tahun lepas husband bagitahu yang dia akan masuk shift malam untuk setahun dua. aku dengan ligat berfikir macam mana nak handle kehidupan. aku jenis memang suka fikir dari awal sampai habis untuk harungi kehidupan seharian. dan alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku. aku decide untuk kami jaga anak2 sendiri. dan kebetulan aku start kerja shift balik... so aku request untuk kerja pm shift.. start pukul 2pm-9pm

anak2 da start sekolah untuk tahun 2019.. sekali 2 terus sekolah tadika.. hana 6 tahun dan haziq 5 tahun. syukur sangat2 mereka dapat sesi yang sama kelas yang sama. sekolah anak2 start pukul 8am-12.30pm. sebab tu jugak la aku mintak shift petang. sebenarnya penat jugak.. sebab pagi urusan rumah dan anak2.. petang masuk kerja pulak.. kerja aku jenis jalan2 prepare ubat.. bukan duduk kat meja hadap komputer sampai habis duty..

so aku mula buat jadual kehidupan... aku follow untuk sebulan yang pertama.. bila da dapat rentak aku rasa lega sikit la. selain usaha untuk megatur kehidupan seharian.. aku serahkan 100% tawakal kepada Allah.. doa supaya dipermudahkan urusan seharian. aku juga kena kuat untuk setahun 2019 tu.. kuat dari segi mental dan fizikal.. sebab bila da buat 1 keputusan tu kita kena hadap dengan tenang dan sabar.. nak xnak xboleh turn back da.

jadual 2019 yang aku da buat  macam ni.. 


6am - 6.30am  = solat subuh dan terapi diri sendiri
6.30 - 7am  = siapkan anak2 lepas tu aku kena mandi bagi segar
7am - 7.30am   =  beli sarapan dan hantar anak2 kesekolah
7.30am - 9am   =  amek husband dekat sunway.. jem lagi kena hadap
9am - 10am   = balik rumah.. husband pulak drive
10am - 11.15am  =  buat kerja rumah apa yang patut
11.15am-12pm  =  masak untuk semua.. kemas dapur sekali
12pm  =  kejut husband amek anak2 dekat sekolah
12pm- 12.30pm =  aku akan rehat kan badan lelap sekejap ke
12.30pm-1pm   =  suap anak2 makan nasi
1pm - 1.40pm  =  mandi dan solat zuhur lepas tu siap2 pakai baju kerja
1.40pm - 2pm   =  gerak g kerja..
2pm - 9pm =  kerja shift petang
9pm - 9.30pm  =  otw balik ke rumah
9.30 pm - 10 pm  =  kemas apa yang patut sebelum naik atas.. anak2 kena ikut naik atas
10pm - 10.30 pm  = solat isyak.. terapi diri sendiri
10.50pm  = mesti dekat atas katil untuk tidur.. tutup lampu bilik


alhamdulillah bila aku buat jadual ni aku rasa tenang sikit... sebab masa aku sangat teratur.. sebulan tu memang aku follow betol2 la... betul la orang kata untuk jayakan sesuatu tu time management kena jaga.. bila kita jaga masa kita.. kita mampu untuk lebih tenang dan kurangkan stress. dan diam tak diam dah hampir 1 tahun aku buat semua tu.. yang mana mula2 rasa mampu ke.. mampu ke.

nasib la husband pun bagi kerjasama.. aku tetapkan anak2 balik sekolah mesti dia yang amek.. aku xkan amek.. sebab aku da susah payah pagi2 hantar mereka dan tunggu dia dekat sunway..so kita kena fair la jalankan tanggungjawab ni. setakat ni husband xpernah fail amek anak2 dekat sekolah. hampir sudah tanggungjawab untuk tahun 2019.. lagi 2 bulan lebih je lagi.. lepas tu aku da masuk kerja office hour untuk 1 tahun pulak..

 tahun 2020 kita kena buat jadual baru pulak.. hihi. untuk tahun 2019 ni memang gilir2 jaga anak.. aku settle pagi2.. dia pulak settle belah petang lepas aku g kerja.. tapi anak2 aku da besar dah.. dah xhisap susu botol.. pakai pampers pun iffat je.. so mudah sikit la nak dibandingkan dengan masa semua kecik2 lagi tu. zaman 3 anak semua pakai pampers.. fuhhhhh... semua tu kenangan yang indah.. semoga Allah sentiasa melindungi mereka sampai bila2