alhamdulillah 19.2.2014 kelmarin... genap umur hana masuk 9 bulan. Ya Allah sekejap je rasa nya masa berjalan. siang malam.. siang malam.. tup2 anak dah masuk 9 bulan. syukur Ya Allah hana diberi kesihatan yang baik2 sahaja. alhamdulillah. setiap kali menatap wajah anak sendiri.. macam xpercaya akan takdir yang dah tertulis... bersyukur yang xterhingga sebab mempunyai anak sendiri. saat paling bahagia... bila tengok hana bergurau senda dengan ayah dia.. alhamdulillah... hebat nya perasaan tu... xdapat nak digambarkan.
nama dia nur hana irdina... tapi aku lagi suka panggil dia dengan panggilan hana. entah kenapa. cuba jugak panggil dia irdina tapi xberapa nak ngam dengan aku.. sebab dah terbiasa mungkin dengan panggilan hana. xpe lah kedua2 tu pun nama dia.. semoga hana menjadi anak yang baik. bila mama dan ayah dah tua.. hana boleh jaga mama dan ayah ye sayang. insyaallah. hana dah pandai berdiri.. tapi masih perlu berpaut kepada sesuatu. xberapa yakin dengan diri mungkin. xpe hana slow2.. mama xkesah pun.. gigi dah 4 batang.
2 gigi bawah... 2 gigi atas. gigi atas jarang. sedih mama. kenapa jarang. huhu. xpe lah hana.. janji ada gigi. hana dah cukup sempurna dia mata mama dan ayah. hana penyeri mama dan ayah. bila layan hana.. mama punya penat semua hilang. tapi kalau asyik nak melayan hana je... mama pun banyak kerja lain nak kena buat. mama sayang hana. mama mintak maaf.. sebab kadang2 mama xdapat nak bagi sepenuh perhatian dekat hana. mama banyak kerja. nak update blog lagi.. nak layan FB... instagram lagi... eh silap..!!
maaf kan mama ye hana.. kalau hana perlukan mama.. tapi mama xde.. mama kena kerja. zaman sekarang ni mana nak cukup kalau harapkan gaji ayah je. dunia semakin maju kehadapan. kita perlu sentiasa bangun dari mimpi.. perlu kejar masa depan. mama dan ayah nak hana dan adik2 hana hidup selesa. cukup lah mama dan ayah je yang rasa susah nya erti kehidupan. tapi dengan itu xbermaksud mama nak biar kan hana dan adik2 malas nak fahami erti kehidupan.. kadang2 takut mama nak fikir masa depan anak2 mama...
nikmat dunia ... bila tengok hana dan encik iwan bergurau senda. bahagia sangat tengok saat2 tu. tiba2 teringat saat lahirkan hana 9 bulan lepas. lepas je hana keluar encik iwan mengelabah xtahu nak buat apa. kelakar nya masa tu. pernah aku tanya dia apa perasaan tengok sendiri saat2 aku keluarkan anak dia.. dia cakap.. ayah menggigil... eh anak ayah dah selamat lahir ke dunia. rasa happy sangat2. oh terasa bahagia bila suami luahkan perasaan macam tu. alhamdulillah rezeki bersama2... =)
hana : hana mama doakan semoga hana menjadi anak yang baik dan solehah. mama sayang hana kerana Allah. setiap kali mama tengok muka hana.. hati mesti terdetik.. mampu ke mama nak bagi yang terbaik untuk hana... emmm.. mama ni selalu fkir jauh sangat lah. =) xpe lah hana biar kan masa berlalu... berlalu dengan 1001 manfaat... =) =) semoga keluarga kita sentiasa dilindungi ... =) =)