Friday, February 21, 2014

Pusat akuatik shah alam




hari ni bawak hana pergi berenang dekat pusat akuatik. semalam dia tidur lambat. sekarangkan musim panas. jadi malam2 macam bahang je bilik. so disebab kan tu jugak kot hana selalu meragam malam2. rasa nya dia tidur pukul 2 lebih kot. last2 bagi susu dia pun tidur. 2 jam lepas tu.. nak susu lagi. okey.. lepas dah susu dia sambung tidur balik. so bila malam dah tidur lambat... nak bangun pagi2 pun susah. aku duk lah kacau2 dia.. hana bangun sayang... bangun... bangun.. 

emm nampak gaya nya macam xbangun je. last2 aku usik2 dia.. hana bangun... dia gosok2 mata dia. eii geram pulak. last2 aku bukak seluar dan baju dia... bawak dia pergi mandi. boleh pulak dia tutup mata lagi. sampai air kena muka baru dia sedar dari mimpi dia. tu lah semalam tidur lambat kan. mandi2 kan dia dan mama pun siap2. pukul 9 pagi keluar dari rumah. yeaaahhh jom kita berendam puas2. lapik perut dengan roti dan air susu je. siap lapik perut jom menuju ke sana...

aku pakai dia baju romper je. senang... lepas tu pakai kan diapers yang baru. make sure lah diapers dia tu xde najis besar dan kecil. lepas dah yakin bersih... maka jom lah kita redam kan hana... excited sangat dia masa aku bagi dia masuk kolam tu.aku mandikan dia dekat kolam dewasa je. malas nak bawak pergi kolam kanak2. lagi pun senang mama nak berenang jugak. hihi. waktu dia start pukul 9 pagi-11.15 pagi.. sebab hari ni hari jumaat kan. waktu solat jumaat dia tutup..

ingat nak mandi sampai pukul 11.15 pagi.. last2 pukul 10.20 pagi dah penat. hoho. dah lama sangat xberenang. skill dah xde dah. badan pun dah kembang... mana nak reti macam dulu dah kan. xpe lepas ni kita pergi lagi.. seronok pulak rasa nya. bayaran pulak murah je.. sekali masuk rm3 je. pergi bawak adik 2 orang dan encik iwan. total baru rm12. tapi kalau nak pergi kena lah pergi waktu hari2 biasa. kalau hujung minggu sesak sangat dengan orang ramai. 

kesian hana mengiggil dia.. last2 ayah nya dah suruh anak dia tukar baju. tengok gaya nya macam dah ngantuk sangat. bagus hana xmenangis pun bila mama masuk kan dia dalam kolam renang tu. dia diam je.. bila aku pegang badan dia... pusing2 kan dia.. dia suka je. good anak mama. nanti kita datang lagi ye. hana masuk free je.. xde kena cas apa2. setengah jam je hana dah mengiggil... ayah dah bagi kata muktamad. hana kena naik.. huhu.. okey ayah... jom lah siap2 balik.. =)