Thursday, September 11, 2014

Check up 6 bulan (25 minggu)






kerja malam first night. alhamdulillah.. hari ni xberapa nak busy sangat. sangat santai berkerja. esok malam xtahu macam mana. apa yang penting balik rumah kena tidur.. zzzz.. kalau xtidur mau kerja malam tu kepala aku ting tong. hari ni jumpe doctor. check up untuk 6 bulan. baby dah 25 minggu. lepas tu berat dah 800g ++ . doctor cakap baby sihat. tadi macam nervous jugak sebab doctor tanya. "doctor ada bagitau xjantina apa yang lepas" aku dengan excited nya cakap "boy doctor"


"oh hari ni baby kepit kaki..sekejap ye" alamak... anak mama.. jangan lah kepit kaki tu. tunjukkan lah segalanya.. haha.. mamamu memang xsabar nak tahu. sila lah jangan malu. malu sebab kakak hana ada ye?? huhu. kakak hana diam je tengok mama baring kena scan perut. tengok xberkelip dia. pelik kot kenapa mama dekat situ. tunggu beberapa saat. doctor tekan2 sikit.. "okey memang boy lah.. tu nampak tu" aku yekan je.. xnampak pun.. hahaha. xpelah janji baby sihat. hati mama pun happy. mama pun bersyukur sangat dah. semoga anak boy mama keluar dengan selamat ye..