second nite.. sekarang jam dah pukul 4 pagi. makanya lagi 3 jam je lagi nak habis shift. xsabar nak balik nak peluk2 budak kecik tu. rindu sangat dekat dia. hari ni dia xberapa nak sihat. badan macam panas sikit. pagi2 aku dah mandikan dia. bagi suhu turun cikit. 2 kali dia bery2. mungkin sebab badan panas kot. kesian tengok dia. walaupun badan macam suam2 kuku gitu dia tetap aktif kesana dan kesini. turun naik katil. oh itu lah nur hana irdina. semangat yang sangat kuat. bagus anak mama. dalam kehidupan ni kita mesti kena kuat. harus tau sayang..
tengah hari aku nak tidurkan dia.. sebab dia merengek2. mintak nenen.. aku buatkan. dia kalau nak susu.. duk lah sebut banyak2 kali.. mamamama...nenenenen... sambil tunjuk botol dia. puas ajar.. susu.. susu hana.. tapi dia tetap dengan pendirian dia... nenenenen... suka hati lah anak.. janji apa dia nak mama paham. huhu. buat kan susu.. lepas tu konon2 nak ajak dia baring sekali lah. lepas tu kita sambung tidur balik. emmm.. hampeh.. lepas habis susu.. terus dia turun katil. aku tutup pintu. sedar2.. uwaaa... habis dia sepahkan. anak oh anak...
hari ni 3 kali mandikan dia. doctor cakap.. kalau demam.. sila mandikan anak tu. okey doctor. disebabkan malam ni kerja malam. aku terpaksa rela masuk kan voltaren suppository dekat bontot dia. terpaksa.. walaupun aku xrela.. takut bila aku xde nanti semua orang xsedar. nak EL.. kesian dekat kawan yang kerja malam. jadi kita redha dan tawakal je lah. semoga Allah melindungi mu wahai anak. al-fatihah mama kirimkan dari jauh.. semoga engkau cepat sihat dan cergas seperti sediakala.. mama sayang hana... hana buah hati mama.. =)
masa siap2 nak pergi kerja tadi.. rasa badan dia macam okey cikit. buat kerja slow2 je. xnak bagi dia terjaga. kalau dia terjaga kang nangis2 nak ikut. aduh.. lemah betul kalau nak pergi kerja dia menangis2. eh hana ni kadang2 berlakon je lebih. opah cakap bila mama hilang dia pun okey lah.. hoho. pandai ye.. nak kena ni. haip. nak cium pipi dia susah sebab dia tidur mengadap dinding. nak alihkan takut dia terjaga.. last2 cium kepala dia je. jadilah untuk buat semangat nak mengharungi kerja malam.. =) eh2 mama.. over terlebih emosi tu..
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
Sumber : klik sini... tq =)