Thursday, March 20, 2014

Perangai baru..




Sekarang ni kalau siap2 nak pergi kerja shift pagi atau ofice hours.. mesti hana akan terjaga. Dia macam tau2 je nak kena tinggal. Mula2 nak bangun g mandi dia tidur lagi.. Lepas tu lama2 masa nak siap2 dia dah terjaga..

Bangun senyum2... Gelak2.. Pusing2 katil..lepas je tengok aku siap2. Time aku xsiap lagi.. Tengah tepek krim dan bedak dia lek lagi.. Tapi time aku start pakai tudung.. Dia dah merengek2. Amboiii pandai nya dia..

Pastu pas kan kat opah dan tokwan dia.. Mama pun pergi kerja dengan hati yang kental.. Sila jangan toleh belakang.. Jalan je.. Nanti lagi parah. Sejak dia dah besar ni macam2 perangai dia. Anak oh anak. Manja tau...