18.3.2014.. esok 19.3.2014.. makna nya esok umur hana irdina genap 10 bulan. alahai sekejap je rasa nya. sekarang dia dah pandai merangkak. dia dah maju satu step then undur balik untuk merangkak. mula2 dia mengiring.. lepas tu dia belajar meniarap. lepas meniarap.. dia belajar untuk bergerak... tapi dengan cara mengesot. lahu sangat.. pakai baju semua kotor. habuk. lepas tu dia belajar untuk duduk. lepas dah pandai duduk dia terus nak berdiri. eh merangkak xlagi dah nak berdiri. masa dia berdiri.. dia dah try nak lepas2 kan tangan dia. jatuh dia buat lagi.. lepas tu jatuh buat lagi...
lepas dah belajar yang tu.. baru dia nak pandai merangkak. ha laju jugak lah dia merangkak. lepas dah boleh merangkak.. dia dah lupa nak buat step untuk berjalan. xpe lah hana.. janji hana sihat dan ceria selalu ye. sekarang ni gigi dah ada 4 batang. 2 atas dan 2 bawah. gigi atas dia tu jarang.. hukhuk... sedih mama. bila dia senyum.. alahai jarang gigi nya. setakat ni kalau bagi dia direct feeding sekali je dia pernah tergigit. tu pun aku tengok dia tengah berangan.. sebab lepas tu dia senyum je.dia buat muka manja.. muka xbersalah. muka mintak peluk dia kuat. muka pujuk mama... huhuhu...
sempat jugak lah aku tertampar dia.. hahaha.. terkejut punya pasal. lepas2 tu dia xbuat dah. aku cakap baik2. hana.. jangan lah gigit. sakit tau mama. kalau hana gigit.. mama xnak bagi hana dah. tapi tu cuma ugutan manja je. mana boleh xbagi dia kan. kesian. dia minum susu formula kalau aku pergi kerja je. kalau aku ada dekat rumah.. aku bagi je direct. malas nak bancuh susu. tapi kalau aku puasa ke.. aku xlarat. aku bagi dia susu formula. susu lactogen.. lactogen langkah 2. harga dekat speedmart rm10.50 untuk yang 350gm. 350gm tu tahan lah 5 hari gitu... malam bagi direct je...
setakat ni dia xde masalah dengan susu tu. xde pulak dia cirit.. xde pulak dia sembelit. cari susu yang murah2 je. nasib baik dia okey je. lepas tu dia kuat jugak makan sekarang ni. dulu doctor pakar tu cakap... kalau boleh bagi dia makan ikut waktu orang dewasa.. jangan banyak.. tapi kerap. 3 kali sehari lah kena makan. yang aku perasan. kalau dia lapar... dia mengantuk dia akan meragam.. meragam yang xnak diam2 dah. huhu. satu lagi kalau dia xsihat lah... kalau hidung dia tersumbat lagi lah dia meragam2. kesian jugak tengok dia... pastu malam2 xnak tidur. stress jugak malam kalau dia x tidur
lepas tu kalau letak dia dekat lantai... dengan pantas nya dia tolong kemas kan rumah. kadang2 habis semua dia selongkar. aisyhhh. lepas tu mulut dah bising... asyik nak membebel je.. oh itu ikut mama dia. yang paling kelakar kalau dia takut dengan orang yang baru di jumpa.. kalau time tu tengah dukung dia.. automatik dia dengan sedaya upaya sorok muka dia dekat dada. alololo.. sweet nya. dari dulu sampai sekarang dia memang xsuka digomol. cukup pantang. iklan yang paling dia suka... iklan whoope dan iklan paya bakau tu.. yang ada ikan tu... kalau ada iklan tu... dia terus toleh tengok tv..
p/s : semoga hana iridina membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah.. amin.. dah ada anak sendiri ni baru lah rasa penat lelah nak besarkan dia... tapi tetap bersyukur diatas kehadiran dia dalam hidup aku. sayang dia sangat2.