Wednesday, March 19, 2014

10 bulan



Hari ni genap anak perempuan tunggal aku berumur 10bulan. Alhamdulillah.. Bersyukur diatas nikmat sementara hidup didunia ini. Masih diberi peluang untuk menatap muka dia setiap hari. Melihat segala macam ragam dia. Melihat perkembangan dia. Indah sungguh ciptaan Nya.

Bukan senang untuk membesarkan amanah ini. Bermula dari seketul daging.. Sehingga kan saat tiba dia untuk dilahirkan diatas muka bumi ini.. Hanya Allah yang mengetahuinya. Terima kasih ya Allah.. Kerana diberi kesempatan untuk merasainya. Fitrah wanita untuk melahirkan anak. 

Dulu aku perempuan yang pengecut.. Sebab aku xsuka untuk merasai kesakitan. Sakit itu sangat xbest. Tapi demi anak ini.. Aku redah semua nya. Aku harus kuat. Kuat untuk dia melihat dunia dan menceriakan kami. Akhirnya..oh xpercaya... Aku mampu lakukan... Syukur.

Aku tetap percaya setiap apa yang berlaku telah ditentukan. Siapa kita untuk menidak kan qada dan qadar. Pandangan tanpa tindakan umpama tin kosong. Huh.. Mudah untuk berkata.. Tapi sejauh mana kita melakukan?? Andai indah kabar dari rupa.. Berdiam lah. Meluat dengan omongan kosong. Luahan hati sekian lama.