Friday, May 10, 2013

Tak boleh tidur...

   

               

Apakah terjadi kepada diri ini... Mengapakah tidak dapat untuk aku melelapkan mataku. Wahai mata.. Tutup lah kau.. Esok tuan mu nak kerja... Kerja pukul 8.30 pagi. Jawab nya ting tong lah kepala aku. Walaupun dah bukak 2 cm aku xamek mc pun... Huhuhu... duduk rumah pun bosan... Xpasal2 naik pulak tekanan darah aku duk tunggu dekat rumah. So lebih baik kerja kan. Kalau esok ditakdirkan bersalin.. pergi je naik dekat atas tu. nasib lah kerja hospital. 

Nervous kah hati??? Mungkin jugak... Walaupun muka nampak tenang... Tapi hati aku Allah je yang tau. nervous okey... Anak first.. Xpernah ada pengalaman lagi. Dalam hati redha dan pasrah je. Disebabkan dah bukak 2cm dan xtau bila nak bersalin... Jadi nya tadi dah letak siap2 baju mama dan baju baby dekat dalam bonet kereta. Xpayah nak ulang alik dah kan. Encik iwan terpaksa kerja macam biasa...xpe lah cyg... Kang dah nak bersalin... Saya bagitau ye...

Tu lah ingat nak suruh dia cuti je esok.. Tapi xboleh.. Kang terpaksa EL pulak xnak lah EL... Sebabnya dia xconfirm lagi...record kena jaga okey. Tempat kerja barukan. Huhu. Sila behave sikit. Xnak nakal2 ye sayang. Xpe jangan risau.. Bini awak ni kuat... Kuat macam badang... Hehehe... Oh itu ayat sedapkan hati je. Hakikat nya... Nervous wehhhhh.... Xpe redha je....

P/s : sebelum tidur dan sebelum pergi kerja mintak ampun dulu dengan encik suami... Kot2 ada terguris hati dia ke.. Apa ke...Restu dia penting untuk seorang perempuan yang bernama isteri. Amin... Amin. Insyaallah... =)