Thursday, May 2, 2013

Service baby persona



hari sabtu baru2 ni teman kan encik iwan service kereta dia.. ye kereta itu kereta dia.. aku tolong bawak kan pergi dan balik kerja sahaja... hehe..encik iwan pergi kerja kan naik tren. nak buat macam mana perut dah semakin membesar nak bawak motor dah xmampu. oh kesian itu motor... tersadai dekat parking.. bila tengok dia rindu sangat2 nak bawak dia.. tapi apa boleh buat... maaf ye motor ego ku... kerana tuan mu terpaksa meninggal kan mu bersendirian.. nak jaga pun dah xsempat.. maaf sangat... jangan buat hal lagi ye... ye...  saya sayang awak wahai motor... =) =)




eh2 dah jauh dah melalutkan... service dekat tempat biasa... jalan segambut.. nama kedai tu admitech auto sdn bhd... bila dah service best je bawak kereta tu.. hehe.. =) break dia dah haus... tukarkan sekali. semua dah okey... alhamdulillah. tapi agak bosan sebab nak dekat 2 jam tunggu. nasib baik lah dekat situ ada astro. dia pasangkan hbo.. ada cerita best. layan kan je lah. lepas tu dia sediakan internet... sakit pinggang aku duduk lama2 dekat situ.. huhuh.. lepas siap jom lah kita pergi makan.. perut dah lapar sangat dah ni. ingat nak balik kampung malam tu jugak...



tapi encik iwan cakap nak rehat.. sebab penat.. okey cyg. mengikut perintah.. =) so gerak balik shah alam balik lepas tu... singgah tesco cari barang2 baby.. cari diaper dia... aku pilih brand drypers.. sebab harga berpatutan dan okey. baby yang baru2 ni kan kuat ek2.. so beli yang berpatutan je lah harga nya. mintak2 lah baby sesuai ye xde sensitive kulitnya. beli botol susu tommee tippee.. susah nak cari botol susu ni. last2 jumpe jugak dekat tesco... suka sangat2 design dia...comel je. disebab kan xtahu baby sesuai ke x.. jadi beli dulu dalam 2 botol sahaja... xnak membazir..



sebab mama dia kerja.. maka start dalam pantang lagi dah kena ajar baby hisap botol. kang susah nak kerja. kena buat preparation awal2. kena ajar awal2. okey baby... akan ku ajar dikau minum dalam botol sekali sekala ye. =) lepas ni nak beli brand avent pulak.. nak beli dalam 2 je. xnak banyak2... nak beli yang design dia gemuk2 tu. bukan apa senang dan cepat je nak basuh kang. xpayah nak sental lama2 kan. aku memang suka benda yang memudahkan aku. yang merumitkan aku xsuka... hehe.. boleh x macam tu?? haiiii.. macam mana ni puan muda ayu... isyk2...

bila dah jumpe botol susu tu...suka sangat2 lah. susah sangat nak cari.. kebanyakan yang ada brand avent je. dengan usaha gigih jumpe jugak dekat tesco shah alam. lepas tu beli barang2 mandi baby. beli baju dalam 2 helai... tetiba dekat tesco tu pun ada jual romper jenama anak ku.. tanpa berfikir panjang aku pun beli je lah. comel nya... warna pink.. ah sudah.. banyak betol baju dia warna pink. kata nak kumpul warna purple kan.. kan.. hehe. nak buat macam mana.. banyak yang cantik2 warna pink.. oh apa kan itu?? makna nya aku sekali lagi dah jatuh cinta dengan warna pink..sekian.