Alhamdulillah.. Setelah 5 hari ulang alik ke hospital.. Akhir nya hana irdina dah okey dari demam kuning. Bersyukur sangat2. Kesian tengok dia masa kena amek darah. Masa nurse tu amek darah aku xsanggup nak pandang dia. Buat tengok tempat lain. Owh itu lah perasaan seorang ibu terhadap anak kan. doctor nasihat kan.. Brestfeed je dengan kerap.. Sejam ke 2 jam sekali..tu ubat paling mujarab.. Dengan itu baby boleh bebas dari kuning. Macam2 orang suruh aku buat. Tapi aku percaya Allah dah tetap kan setiap penawar bagi sesuatu penyakit tu. Maka aku dengan yakin nya.. Dan percaya susu ibu mampu membantu.
setiap kali susu kan hana irdina aku selalu sembang2 dengan dia.. "hana anak mama.. Minum susu banyak2 ye.. Lepas tu berak banyak2... Lepas tu kencing banyak2" xtau lah saiko ke apa... Hehehe.. Sungguh dia berak banyak sangat.... Kencing banyak sangat. Padahal sebab dia minum susu kerap maka berak kencing lah dia.. Hehehe.. Fuhhh lega hati aku.. Last cek semalam. Doctor kata xpayah datang follow up dah untuk kuning. Alhamdulillah... Syukur kepada Mu Ya Allah kerana memgurniakan susu badan yang melimpah ruah kepada hamba Mu ini. Semoga aku mampu untuk menyusukan hana irdiana sampai umur dia 2 tahun. =)
Masa mula2 tu susu xberapa nak keluar. Kerap jugak lah dia menangis. Kesian tengok dia. Aku bagi jugak dia walaupun xbanyak. Mungkin masa mula2 tu aku agak stress kot.. Maka penghasilan susu xberapa nak banyak. Betul lah minda kena tenang baru susu kita akan banyak. Tu pun banyak lepas bidan urut aku baru lah esok nya tu.. Susu melimpah ruah sampai basah je baju. Biasa lah anak first kan. Memang stress cikit mula2. Hehehe.. Tapi dah okey dah. Nak2 kita dalam keadaan yang penat. So kesimpulan nya.. Sila lah tenang kan hati dan minda anda.. Bahaya ooooo kalau xreti kawal emosi tu.. No2 sentiasa ingat Allah ye.. =)
Disebab kan bersalin dekat shah alam.. Balik kampung. Encik iwan pergi hospital gov untuk inform nak follow up dekat jururawat masyarakat. Alah yang datang rumah untuk cek baby kuning dan mak sekali tu kan. Hari ke2 sampai kampung. Hari ke3 baru dia orang datang rumah. Cek2 baby kena kuning. Petang tu bawak g hospital bacaan 11.. Esok nya turun 10.8 hari sabtu bacaan 11.6 kena ceramah cikit.. Heheh. Lepas tu esok turun 9 pulak.. Disebab kan dah turun kena datang hari selasa.. Dan alhmdulillah setelah 5 hari ulang alik ke hospital..turun terus jadi 7 sahaja. Seronok sangat masa tu.. Bersyukur xterkira.. Yeahhh hana dah okey...
Doctor nasihat...terus kan bagi susu badan.. Kerap kan macam mana masa dia kena kuning. Okey doctor. Saya akan buat.. =) owh yang bacaan tu kalau xfaham xpe.. Kalau faham bagus.. Entah lah ada jugak yang xfaham bila aku kata bacaan macam tu. Alah biasa lah. Lain hospital.. Lain cara nya. So sila jangan nak compare2 kan ye. Yang penting baby sihat dah lah. Usaha lah ikut mana pun... Asal anak kita sihat dari kuning. Bukan apa kesian tengok dia kena amek darah tu. Xsampai hati...sedih oooo... Tapi nak buat macam mana. Kena jugak kan. =)