Sunday, March 3, 2013

Topik yang menarik...



kita perlu bercinta berkali-kali dengan orang yang sama (isteri kita). Cinta itu perlu diperbaharui. Perbaharuilah cinta dengan luahan kata-kata yang baik. Jangan membisu, jangan menjadi tuli. Sentiasa jadi lidah yang menuturkan kata-kata yang baik dan telinga yang sentiasa terbuka mendengarnya.

Maka begitulah dalam rumah tangga. Untuk bercinta lagi, luahkanlah kata-kata yang baik untuk mencairkan prasangka, meleburkan curiga dan memadamkan dendam. Cari-carilah topik yang menarik untuk diperbualkan. Antara kaedahnya ialah:


• Berdoa untuk Allah ilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa memulakan perbualan.

• Menerima dan berkongsi hobi dengan pasangan.

• Ulas apa yang anda dengar, lihat atau baca dengan pasangan serta kaitkan dengan situasi terkini dalam rumah tangga.

• Sekali-sekala masak bersama resipi kesukaannya.

• Jangan prasangka dan curiga dengan selalu memaafkan selagi pasangan tidak melanggar syariat.

• Amalkan peraturan 24 jam. Jangan biarkan "gencatan suara" melebihi masa 24 jam. Mujahadahlah untuk meminta maaf secara resmi atau tidak resmi.

• Tempoh-tempoh yang dirasakan sukar dalam perhubungan hendaklah diisi dengan amalan habluminallah seperti solat, munajat dan taubat. Jangan selesaikan masalah dengan satu masalah lain.

credit to : iluvislam.com ... teruskan membaca topik yang menarik ni di iluvislam.com.. sambungan..