Sunday, March 3, 2013

Ikut kemampuan kita



ni gambar sebelum akad nikah... 2.6.2012... masa ni berdebar2 sangat... rasa macam xnak keluar bilik je.. boleh?? hahaha. lama nya lah nak kena tadah muka untuk di make up.. lenguh leher aku. nasib lah hari bersejarah kan. kalau x... aku give up je lah.. hehe. xsanggup nak tadah muka lama2 macam tu. masa ni penat sangat2. xtahu nak cakap macam mana. nasib lah okey2 je. lepas dah kena tadah muka untuk di make up.. (nasib hasil nya memuaskan hati aku. alhamdulillah) lembutkan badan untuk sesi amek gambar. huhu... aduh2.. dah lah susah nak senyum kan.. asyik kena tegur je.. stress aku.. hehehe... =) =)


hataran ni.. aku yang buat.. hehehe... puas hati sebab diri sendiri yang buat. nak tempah macam budget xberapa nak ada sangat. so kita beli je lah. barang2 nak buat hantaran ni beli dekat nilai 3. masa nak beli tu memang xde idea langsung. tapi last2... bila dah pusing2 satu kedai tu.. tengok yang dah siap digubah.. terus dapat idea... hehe... aku tiru je tu. malas nak semak2 kepala nak fikir2 lagi. sebab dah datang jauh2 kan. jauh jugak lah dari shah alam ke sana. wajib okey kena bawak balik barang2 nya. jangan membazir masa dan tenaga. sila guna kan sebaik mungkin. alhamdulillah jimat berganda2...


dari awal lagi kita kena sediakan budget yang betul2. kena kira satu2. jangan pakai beli je. kalau x... susah kita. ye lah lepas nikah lagi banyak tau nak pakai duit. yang penting kita ikut kemampuan kita. jangan bila tengok orang lebih sikit.. kita pun nak jugak.. padahal duit kita pun xberapa nak ada. alah orang kan mulut mana nak reti diam.. macam2 nak di komen nya.. ah lantak kan semua tu.. yang penting kita puas hati.. dan semua nya berjalan dengan lancar.. lepas tu.. duit untuk hidup lepas kawin ada. kang dah meriah2 masa hari perkahwinan.. lepas kawin.. kena ikat perut.. hye... jangan2... sila fikir panjang2 ye...


kalau asyik nak dengar cakap orang.. sampai bila2 pun xkan pernah habis. berapa ramai orang dalam dunia ni. berapa banyak mulut pulak kan. kalau kita xnak.. berani kan je cakap xnak. kita je yang tau kemampuan diri kita. kalau betul2 nak meriah sangat.. ha... sila lah simpan duit banyak2.. lepas tu buat lah meriah2.. ha macam tu baru betul... =) ingat perkahwinan ni bukan sehari dua.. kita nak hidup dengan yang tersayang sampai hujung nyawa. rumah lagi.. barang2 dalam rumah lagi.. semua tu kena fikir. sebelum dan selepas. eh bila aku cakap ni yang xkawin jangan takut pulak nak kawin ye..


xpe kita percaya kepada rezeki yang ALLAH S.W.T. berikan... berdoa dan terus berdoa... tawakal.. dan yang penting usaha lah kan. simpan duit sikit2. insyaallah kalau niat kita baik nak mendirikan rumahtangga... insyaallah ada jalan nya. =) =) alhamdulillah... pada hari sabtu bersamaan 2.6.2012.. lepas asar... aku sah menjadi isteri kepada mohd idzuan. selepas 5 tahun lebih bercinta. macam xpercaya pun ada.. tapi tu lah dah jodoh.. alhamdulillah. semoga akan kekal sampai hujug nyawa.. xlama lagi.. insyaallah pertengahan atau hujung bulan 5 ni.. akan lahir lah baby.. =) semoga semua nya dipermudahkan... aku tawakal dan redha =) cinta yang halal jauh lebih indah... =) =)