nak sambung entri yang pasal NOVEL tu.. panjang sangat..huhu..so aku buat lah entri lain.. yeah xsabar nya lah nak tengok cerita ombak rindu dekat wayang. aku suka gila baca novel ni.. sedih.. sampai nak menangis2.. over kan. bila baca novel ni kena baca dekat bilik.. baru ade feel kan.. nak nangis2 xde lah orang nampak. nak2 lagi abang2 aku.. kang kena ejek kang. hampeh.
dulu... kalau baca novel..seminggu boleh habis.. sekarang ni.. malas dah nak baca novel..bila dah mampu nak beli.. xde pulak minat kan. nak beli satu pun.. amek..letak balik..sebab xde masa dah nak mambaca.. entah mana pergi masa aku.. atau minat nak membaca dah hilang dalam diri aku.. xpe2 kang akan aku putik kan balik minat membaca aku..
berbalik kepada filem ombak rindu yang nak keluar xlama lagi... jom aku refresh kan semua dengan sinopsis jalan cerita dalam novel ni... best tau.. kalau sapa2 yang xpernah baca....sila lah baca. confirm xmenyesal. emm..kalau ade yang cakap xbest.. no komen lah. sebab kebanyakan yang baca novel ni.. cakap best. aku memang suka baca novel keluaran alaf 21 je. jom kita baca sinopsis nya :
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
credit to : aku copy dekat sini jom2 semua peminat novel ombak rindu.. kita serbu wayang2 berhampiran.. =) awal bulan 12 xsilap aku filem ni keluar dekat wayang.. aku memang over excited tau =) lantak lah orang nak cakap apa pun..hehe =)
ade aaron aziz...hehe.. aku suka.... suka.. encik iwan.. jom kita pergi tengok.. nak tengok cerita ni.. sebab saya suka novel ombak rindu.. suka sangat2... sampai menangis2 tau baca novel ni.. over tau tunang awak ni.. huhu