Tuesday, November 29, 2011
Syukur... nikmat NYA
kadang2 kita perlukan masa untuk berfikir... berfikir sejenak kerana bertuah nya kita dilahir kan sebagai insan yang sempurna. mempunyai pekerjaan yang jauh lagi baik dari insan2 yang lain. takala terikan matahari memancarkan cahaya nya untuk menerangi seluruh dunia.. kelihatan insan yang bercucuk tanam.. masih mampu bertahan demi sesuap nasi..sedangkan kita..?? masih juga penat.. tapi bertuah!!
ya sangat bertuah kerana masih di beri peluang untuk bekerja ditempat yang berhawa dingin. tetapi mengapa masih mengeluh?? masih meratapi nasib.. sedangkan kita begitu bertuah. ya..aku..!! aku jua kadang2 mengeluh.. jiwa muda..seringkali memberontak. tapi kini aku sedar.. aku masih bertuah.. nak dibandingkan kepenatan aku dengan mereka2 yang bekerja dibawah sinaran matahari.. aku jauh lebih bertuah.. maka aku harus kental menahan semua dugaan.
apa lah sangat kepenatan aku... cuma penat!! tetapi masih bertuah... bekerja ditempat yang berhawa dingin.. di tempat yang selesa.. mengapa harus aku mengeluh.. buang masa!! lupa kan semua itu bangkit dari kelemahan diri. pekak kan telinga.. kental kan hati.. cekal kan jiwa.. kerana aku adalah aku.. aku perlukan sedikit kesabaran agar aku mampu bertahan. ah... jangan dilayan sangat jiwa muda... kelak diri yang merana. =) inilah takdir aku.. rezeki aku.. sentiasa lah bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. pasti kehidupan akan aman. aku bahagia kini.. =)